NEW
Font size
WorksheetsTRIAL SEJARAH 2021 PENANG
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh? A.
Kawasan tanah jajahan dan takluk raja
Kawasan yang dinaungi oleh raja dan kerabatnya
Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja
Kawasan yang rakyatnya menganggap raja sebagai tuhan atau wakil tuhan
[GAMBAR = ILUSTRASI GAJAH MADA]
Bagaimanakah Raja dalam kerajaan Alam Melayu memperkukuhkan kedudukannya?
Ketaatan rakyat kepada raja
Rakyat dianggap suci
Rakyat menyembah raja
Raja menjalankan kerahan tenaga
Apakah faktor perbezaan idea nasionalisme antara negara dengan zaman?
Ekonomi
Keturunan
Politik
Darjat
Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tokoh mengenai nasionalisme.
[ Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain. ]
Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran nasionalisme tersebut?
Dr. R. Suntharalingam
Profesor William R. Roff
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Dato' Onn Jaafar
Antara berikut, yang manakah faktor berlakunya Perang Dunia Pertama?
I. Persaingan kuasa imperialis
II. Pakatan ketenteraan
III. Perselisihan faham
IV. Mendapatkan barang mewah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara berikut, yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?
I. Krisis Manchuria
II. Kemuncak krisis Balkan
III. Kesan Perjanjian Versailles
IV. Kegagalan perjanjian pelucutan senjata
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Dibwah merujuk kepada pentadbiran Malayan Union.
[ X mengawal = Majlis Eksekutif Majlis perundangan.]
Siapakah tokoh yang boleh dikaitkan dengan X?
Pesuruhjaya Tinggi British
Sultan
Residen
Gabenor
Apakah inti pati syarat kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli?
Seluruh rakyat yang dilahirkan di mana-mana negara diiktiraf sebagai warga Malayan Union
Melayu sahaja diiktiraf sebagai warga Malayan Union
Seluruh rakyat yang dilahirkan di Britain diiktiraf sebagai warga Malayan Union
Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union
Antara berikut, tokoh manakah merupakan wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja?
I. Dato Hamzah Abdullah
II. Haji Mohamad Sheriff Osman
III. Dato Abdul Rahman Mohd Yassin
IV. Haji Megat Yunus
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah cadangan yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut?
Menubuhkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Menyatukan sesetengah negeri Melayu dalam satu pentadbiran
Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat
Menjaga kepentingan orang Melayu sahaja
Gambar menunjukkan kegiatan komunis di Tanah Melayu sekitar tahun 1925. Apakah yang anda faham mengenai ideologi Komunisme?
Fahaman politik
Ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara
Perjuangan menentang kuasa penjajah
Perjuangan Parti Komunis Malaya
Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan mereka di Tanah Melayu?
Kegagalan menguasai Pulau Jawa
Mendapatkan sokongan orang Melayu
Menyusup kesatuan sekerja
Mengasaskan PKM
Pada pendapat anda, mengapakah pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan satu tindakan yang wajar bagi negara berbilang bangsa?
Mencapai kemerdekaan
Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum
Menggalakkan penubuhan parti politik berasaskan kaum
Mengadakan Pilihan Raya Umum
Maklumat berikut berkaitan dengan isu kedudukan ekonomi orang Melayu.
[Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum lain dalam sektor perniagaan dan perusahaan]
Bagaimanakah isu tersebut diatasi melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Menubuhkan Rural Industrial Development Authority RIDA
Menubuhkan FELDA
Melaksanakan Sistem Ahli
Mewujudkan Jawatankuasa Kebangsaan
Apakah tujuan pilihan raya 1955 diadakan di Tanah Melayu pada ketika itu?
Melatih orang tempatan dalam pentadbiran
Langkah ke arah berkerajaan sendiri
Rakyat berpeluang memilih wakil dalam membentuk kerajaan
Membetulkan pandangan politik
Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Raya.
[Sebelum proses Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Persekutuan diadakan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Raya ]
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Mengkaji dan membuat cadangan
Menubuhkan kabinet pertama
Memastikan kemenangan Parti Perikatan
Mengendalikan proses pilihan raya
Gambar di atas berkaitan dengan perhimpunan bersejarah yang pernah berlaku di negara kita.
Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?
Menghargai jasa pemimpin negara
Mengumumkan tarikh kemerdekaan
Pemasyhuran kemerdekaan
Menentang Malayan Union
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 terdiri daripada beberapa tokoh. Apakah fungsi penubuhan suruhanjaya tersebut?
Menetapkan tarikh kemerdekaan
Merangka Perlembagaan Persekutuan
Merundingkan kemerdekaan
Membentuk Kabinet
Apakah pengertian kemerdekaan menurut Soekarno, Presiden Indonesia?
Perjuangan menghadapi penjajahan
Merangkumi politik, ekonomi dan moral
Membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat
Bebas selama-lamanya
Penyataan berikut berkaitan dengan pendapat tokoh tentang kemerdekaan.
[Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah, tetapi merangkumi penghayatan semangat jiwa menyayangi negara dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara melalui apa cara sekalipun]
Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan penyataan di atas?
Mahatma Gandhi
Nelson Mandela
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan di bawah?
[ Sovereignty ]
Kuasa negara bebas
Kuasa penuh negara
Kuasa tertinggi kerajaan
Kuasa mutlak pemerintah
Maklumat di Rajah 3 berkaitan dengan pandangan tokoh tentang kedaulatan sesebuah negara.
[ X = Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan ]
Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah tokoh X ?
Ibn Khaldun
Tunku Abdul Rahman
Jean Bodin
Aristotle
Sebelum kedatangan kuasa Barat ke negara kita, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Apakah kepentingan undang-undang dan adat Melayu?
I. Panduan raja
II. Punca kuasa raja
III. Menjamin hak rakyat
IV. Kawalan pembesar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Undang-undang berikut diambil daripada undang-undang yang digubal di England
[Charter of Justice ]
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
Melindungi penduduk asal
Memelihara kepentingan British
Melaksanakan undang-undang British
Menggantikan undang-undang tempatan
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
[Pemerintahan negeri Melayu diterajui oleh Raja Melayu]
Apakah bukti pernyataan tersebut?
Raja ketua agama Islam
Undang-undang Tubuh dirujuk
Pegawai British dilantik oleh Raja-raja Melayu
British mentadbir melalui surat perisytiharan Raja-raja Melayu
Berbanding dengan raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kedudukan raja-raja di Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih kukuh. Mengapakah hal demikian berlaku?
Raja berkuasa mutlak
Pentadbiran oleh pembesar Melayu
Pentadbiran tidak bersifat persekutuan
Undang-undang Tubuh Kerajaan dirujuk
Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan hari ini?
Menggubal undang-undang tempatan
Melaksanakan arahan kerajaan negeri
Menjayakan program kerajaan persekutuan
Menjadi perantara kerajaan negeri dengan rakyat
Apakah kepentingan kerja sama erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Memajukan ekonomi negara
Memelihara kedaulatan negara
Menjamin kesejahteraan Rakyat
Memartabatkan undang-undang
Mengapakah Brunei yang pada peringkat awal mengala-alukan cadangan pembentukan Malaysia namun akhirnya mengubah pendirian dan menarik diri?
I. Isu kemerdekaan
II. Sultan hilang kuasa
III. Peranan Parti Rakyat
IV. Kepentingan kekayaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah reaksi dari negara Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?
Menentang gagasan
Menyokong gagasan
Tiada campur tangan
Berpandangan positif
Senarai berikut berkaitan dengan hasil bumi yang terdapat di Sarawak dan Sabah.
• Lada hitam
• Kayu balak
• Petroleum
Apakah kepentingan hasil bumi tersebut berikutan pembentukan Malaysia?
Strategi perdagangan
Asas pertanian moden
Mempelbagaikan ekonomi
Peningkatan eksport negara
.Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil hutan dan sumber alam.
Mengapakah usaha mengimbangi pembangunan dan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut menjadi satu cabaran?
Rakyat tidak berpendidikan
Pengamatan ekonomi sara diri
Kekurangan kemudahan awam
Tiada rancangan pembangunan ekonomi
Berikut boleh dikaitkan dengan pelaksanaan dasar sosial untuk mengukuhkan perpaduan rakyat
DASA SOSIAL NEGARA =
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
3. X
4. Y
Apakah X dan Y
I. Parti politik
II. Pilihan raya
III. Rukun Negara
IV. Bahasa kebangsaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan dalam memajukan ekonomi negara.
*Dasar Ekonomi Baru (DEB)
*Dasar Pembangunan Negara (DPN)
Apakah tujuan negara kita melaksanakan dasar tersebut?
Kestabilan politik
Kepelbagaian eksport
Kemajuan perindustrian
Kemakmuran ekonomi rakyat
Senarai berikut berkaitan dengan rancangan pembangunan untuk penduduk luar bandar
• Kegiatan gerakan Koperasi
• Penerokaan tanah baharu
Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui rancangan pembangunan tersebut?
Keamanan negara
Kestabilan ekonomi
Peningkatan taraf hidup
Peningkatan eksport negara
Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Apakah objektif rancangan tersebut?
Menambah rakyat pendapatan
Menebus guna tanah pinggir hutan
Mewujudkan industri kecil dan sederhana
Menjayakan program pembangunan wilayah
Tahun 1990-an menyaksikan Malaysia mula menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan negara di Kepulauan Pasifik Selatan.
Apakah faktor utama yang membawa kepada perubahan tersebut?
Kepimpinan
Ikatan sejarah
Keperluan semasa
Tuntutan perdagangan
Dasar luar Malaysia berubah selari dengan perkembangan negara.
Apakah ciri dasar luar Malaysia berikutan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an?
Probarat
Anti komunis
Tidak berpihak
Hubungan diplomatik dengan semua negara
Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang diperjuangkan oleh Malaysia tercinta.
[ Isu Palestin - Isu Syria ]
Mengapakah tercetusnya kedua-dua isu tersebut?
Peperangan
Bencana alam
Perang saudara
Kelemahan kepimpinan
Mengapakah Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat Syria?
Mewujudkan kesedaran
Mengeratkan silaturahim
Menamatkan peperangan
Mengurangkan kesengsaraan
