Font size
WorksheetsT5 PK Kesihatan Diri dan Reproduktif
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Kesihatan reproduktif bermaksud :
keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang tidak sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang sihat serta ADA penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang mental dan berpenyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM, 2012), mentakrifkan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati.
Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual
adalah seperti yang berikut, KECUALI:
Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.
Sesuatu yang tidak perlu di dipelajari oleh keluarga
Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.
Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.
'Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan keluarga'.
Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
'Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan'.
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
'Golongan remaja perlu mendapat bimbingan masyarakat tentang kesan dan akibat daripada gejala sosial yang mudah mempengaruhi diri mereka. '.
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.
Betul
Salah
Berikut merupakan kaedah untuk penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif dan seksual KECUALI
Pendidikan formal
Pendidikan tidak formal
Perbincangan dengan kekasih hati
Media massa
Apakah yang dimaksudkan dengan amang seksual?
Serangan seksual terhadap kanak-kanak
Serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal walaupun tanpa persetubuhan
Serangan seksual dengan melakukan persetubuhan
Hubungan seksual di antara lelaki dan perempuan
Gangguan secara lisan melibatkan
Kata-kata gurauan, usikan, bunyian dan soalan yang berbentuk cadangan seksual
Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat
Menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah
Sentuhan yang tidak diingini
Bagaimanakah mengatakan TIDAK kepada Amang Seksual?
Sentiasa berada di tempat yang tersembunyi.
Menolak pelawaan untuk berdua-duaan.
Berdiam diri apabila diri diancam dan dalam keadaan berbahaya.
Mencabar diri dan mencari bahaya.
Apakah tingkah laku yang betul apabila menerima video atau gambar lucah?
Sebarluas kepada rakan-rakan lain.
Diam sahaja sekiranya pengirim adalah berjantina sama.
Terus padam dan tidak memberi respon.
Hantar kepada kawan baik sahaja.
Seorang menghubungi anda melalui media sosial dan mengajak anda untuk berjumpa di taman yang berdekatan. Apakah tingkah laku anda yang bijak?
Berjumpanya bersama dengan rakan lain.
Tidak memberi respon dan tidak menerima pelawaannya.
Ajak ibu untuk berjumpa dengannya.
Beranikan diri untuk berjumpa dengannya.
Seorang kawan suka bergurau-senda dan selalu menyentuh bahagian tubuh badan anda menyebabkan anda merasa kurang selesa. Apakah reaksi anda yang paling baik? (Anda boleh pilih lebih daripada satu)
MembIarkan sahaja perbuatan tersebut.
Terus memukul kawan berkenaan.
Maklum kepada kawan ini bahawa anda tidak selesa dengan perbuatannya.
Lapor kepada guru atau kaunselor sekiranya kawan berkenaan masih terus berbuat demikian walaupun sudah dimaklumkan.
Anda telah berkongsi gambar peribadi anda dengan kawan media sosial dan sekarang kawan ini telah mengugut untuk menyebarluas gambar berkenaan sekiranya tidak dibayar jumlah wang tertentu. Apakah tindakan anda yang terbaik? (Boleh pilih daripada satu)
Bayar jumlah wang yang diminta.
Berunding dengannya untuk membayar secara ansuran.
Tutup akaun media sosial.
Buat laporan polis.
Pilih TIGA (3) tindakan yang betul bagi menjauhi amang seksual.
Menolak pelawaan untuk berdua-duaan
Menjerit sekuat hati apabila berada dalam keadaan bahaya
Sentiasa berada ditempat terbuka serta dapat dilihat oleh orang lain
Percaya pada orang yang baru dikenali dengan mudah
Merelakan diri daripada disentuh oleh jantina yang berlainan
Berikut adalah kesan emosi terhadap mangsa amang seksual KECUALI
Mangsa gangguan seksual akan berasa malu untuk bergaul dengan masyarakat kerana berasa rendah diri dan tidak layak untuk bersama mereka
Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan dan curiga dengan keadaan sekeliling mereka
Mangsa juga akan mengalami trauma dan sukar untuk melupakan peristiwa tersebut.
Mangsa akan merasa sangat tenteram dan hati sentiasa tenang
Berikut adalah kesan kepada psikologi mangsa amang seksual KECUALI
Mangsa akan hilang motivasi diri. Mereka hilang minat erhadap sesuatu dan diri sendiri.
Mangsa juga akan mengalami kemurungan dan trauma.
Mangsa juga akan cenderung untuk mengasingkan diri dan suka berseorangan
Mangsa akan lebih yakin dan ceria
Contoh Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Hak untuk Mendiskriminasikan Gender
Hak untuk Hidup, Kebebasan dan Keselamatan
Hak untuk Menghukum sesiapa sahaja
Hak untuk Bebas daripada kongkongan ibu bapa
Yang manakah contoh bagi bentuk tingkah laku gangguan bukan lisan/bahasa tubuh?
Kata-lata gurauan,usilan,bunyian dan soalan berbentuk seksual
pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau keinginan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks
serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal
sentuhan yang tidak diingini seperti memegang tangan mangsa secara paksa.
Contoh bentuk tingkah laku berkaitan gangguan visual adalah seperti:
Kata-lata gurauan,usilan,bunyian dan soalan berbentuk seksual
pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau keinginan,menjilat bibir, atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks
menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah, dan menulis surat berunsur lucah
serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal
Manakah merujuk kepada amang seksual? Pilih DUA (2)
anggota penyelamat
pedofilia
anak emas
haruan makan anak
Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual
Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi
_____, _______, ______, ______dan sosial. PILIH 4 PERNYATAAN YANG BETUL
jasmani,
emosi
mental
rohani
psikologi
Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual adalah
Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek _______, _______ dan _______.
PILIH 3 JAWAPAN YANG BETUL
biologikal
sosiobudaya
psikologikal
rohani
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara _________tahun.
PILIH JAWAPAN YANG BETUL
10 hingga 19
20 hingga 30
12 hingga 20
Bagi menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial, murid disarankan menggunakan Pendekatan 4M (Nazri, 2018) iaitu
Mendengar, Memahami, Mendidik, Memerhati
Mendengar, Melindungi, Mendidik, Memerhati
Mendengar, Menegur, Mendidik, Memerhati
Mendengar, Memelihara, Mendidik, Memerhati
