wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PJPK Ting.1

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama alat yang digunakan untuk membolehkan seseorang murid membuat pelbagai bentuk dan layangan di udara?

a)

Troli

b)

Trompet

c)

Trampolin

d)

Tamborin

2.

Apakah kelebihan memiliki kemahiran trampolin?

a)

Membina keresahan

b)

Membina kekuatan otot

c)

Membina kestabilan

d)

Membina imbangan

3.

Aktiviti lantunan dan layangan di atas

trampolin melibatkan ________ .

a)

bahagian tangan

b)

bahagian badan

c)

bahagian kaki

d)

bahagian belakang badan

4.

Terdapat pelbagai jenis bentuk badan yang boleh dilakukan semasa layangan di atas trampolin. Bentuk badan manakah yang biasa dilakukan?

a)

Lompatan

b)

Statik

c)

Gulingan

d)

Terjahan

5.

Aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar rajah adalah bertujuan untuk

a)

lompatan Tuck

b)

lompatan Straddle

c)

lompatan Pike

d)

lompatan Putaran 90º

6.

Aspek manakah bukan elemen penting dalam pergerakan berirama?

a)

Pergerakan lokomotor

b)

Pergerakan bukan lokomotor

c)

Pergerakan langkah lurus

d)

Pergerakan statik

7.

Tarian Joget juga dikenal sebagai

a)

tarian Ballet

b)

tarian Ronggeng

c)

tarian Zapin

d)

tarian Gamelan

8.

Pernyataan berikut merupakan salah satu asas Tarian Joget.

*Hujung kaki kanan dan kaki kiri menyentuh lantai secara berselang-seli.

*Kedua-dua tangan murid lelaki dibuka ke sisi, manakala siku murid perempuan dirapatkan.

a)

terancang setempat

b)

maju dan undur

c)

gerak ke kiri

d)

setempat

9.

Berapakah kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak?

a)

6

b)

5

c)

4

d)

7

10.

Dalam aktiviti menanduk bola ke hadapan, badan dilentikkan ke belakang untuk

a)

menambah kuasa

b)

menambah beban

c)

menambah tekanan

d)

menambah kekuatan

11.

Tidak sedarkan diri dalam jangka masa pendek akibat kecederaan pada kepala.

Pernyataan di atas merujuk kepada satu jenis kecederaan, iaitu

a)

patah tulang

b)

pengsan

c)

konkusi

d)

retak

12.

Dalam permainan bola sepak, kemahiran menjaring gol boleh menggunakan semua anggota badan KECUALI

a)

kuku

b)

kaki

c)

kepala

d)

tangan

13.

Pernyataan berikut merujuk kepada satu kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak.

Bergerak dengan bola sambil mengelak daripada ditakel oleh pihak lawan.

a)

Kemahiran menanduk

b)

Kemahiran menendang

c)

Kemahiran mengelecek

d)

Kemahiran menjaringkan gol

14.

Dalam sukan bola jaring, nyatakan jenis hantaran yang biasa dilakukan.

a)

Hantaran sisi

b)

Hantaran leret

c)

Hantaran lantun

d)

Hantaran aras dada

15.

Apakah koordinasi yang diperlukan dalam kemahiran menerima bola?

a)

Mata dan kaki

b)

Mata dan tangan

c)

Tangan dan kaki

d)

Tangan dan gerakan badan

16.

Dalam satu perlawanan bola jaring, pemain bermain di posisi manakah yang boleh menjaringkan gol?

a)

GA

b)

GS

c)

GW

d)

GK

17.

Pergerakan ini perlu apabila pemain yang menerima bola ingin berpusing dan bersedia untuk melakukan hantaran.

Kemahiran di atas merujuk kepada kemahiran

a)

hantaran sisi

b)

hantaran lambung

c)

gerakan pivot

d)

gerakan menghadang

18.

Apakah kegunaan kemahiran mengacah dan dodge?

a)

Membebaskan diri daripada pengadang

untuk menerima hantaran

b)

Merapatkan diri untuk mendapatkan

bola daripada rakan

c)

Menghalang hantaran penerimaan dan

jaringan

d)

Melompat dan menerima bola daripada

rakan sepasukan

19.

Permainan bola tampar boleh dijalankan menggunakan gelanggang

a)

luar dewan sahaja

b)

atas rumput sahaja

c)

dalam dewan sahaja

d)

dalam dan luar dewan

20.

Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar untuk melakukan servis mengikut

a)

arah jam

b)

lawan jam

c)

sesuka hati

d)

arahan jurulatih

21.

Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk

a)

mengawal bola

b)

mematikan bola

c)

melakukan rejaman

d)

menghantar bola kepada pihak lawan

22.

Lakuan menghantar bola kepada rakan supaya dia dapat membuat rejaman dikenal sebagai

a)

menyangga

b)

mengumpan

c)

menghadang

d)

merejam

23.

Dalam permainan bola tampar, kemahiran servis amat penting.

Apakah jenis servis yang memerlukan pemain melambung bola tinggi di hadapannya dan memukul bola dengan daya yang tinggi?

a)

Servis tinggi

b)

Servis bawah

c)

Servis lompat

d)

Servis statik

24.

Dalam kemahiran membuat rejaman, apakah elemen penting yang perlu ada pada perejam dalam permainan bola tampar?

a)

Kuasa rejaman

b)

Kekuatan tangan

c)

Ketinggian

d)

Kuasa lompatan

25.

Dalam sukan badminton, yang manakah tidak dikategorikan sebagai kemahiran menyerang?

a)

Pukulan Smesy

b)

Pukulan Junam

c)

Pukulan Junam Kilas

d)

Pukulan Lob Hadapan

26.

Pukulan “Lob” dalam permainan badminton digunakan untuk

a)

mematikan permainan pihak lawan

b)

meletihkan pihak lawan

c)

menyerang dan menyukarkan pihak lawan

d)

bertahan dan menyukarkan pihak lawan

27.

Apakah fasa X?

a)

Fasa pecutan

b)

Fasa ikut lajak

c)

Fasa pelepasan

d)

Fasa lari landas

28.

Antara berikut, yang manakah pelakuan yang perlu diberi perhatian oleh atlet lari pecut semasa berada pada “peringkat sedia”?

I Fokuskan mata ke hadapan

II Kedudukan bahu sedikit ke belakang daripada tangan

III Kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang

IV Pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi aras bahu

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

29.

Zon pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti adalah dalam jarak

a)

15 meter

b)

20 meter

c)

25 meter

d)

10 meter

30.

Dalam acara padang, lompat tinggi gaya Fosbury Flop memerlukan atlet melakukan

I Kelajuan larian landas yang terkawal

II Menggunakan tandaan agar larian yang dilakukan sama

III Melonjak dengan daya eksplosif dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas

IV Melonjak dengan kedua-dua belah kaki untuk melepasi palang

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III, dan IV

31.

Apakah kesalahan yang biasa dilakukan oleh atlet dalam acara lontar peluru?

a)

Atlet melakukan lontaran sambil

melompat-lompat

b)

Atlet masuk ke sektor lontaran melalui

arah hadapan

c)

Selepas melontar, atlet keluar ikut arah

hadapan sektor

d)

Selepas melontar, atlet keluar ikut arah

belakang sektor

32.

Dalam acara lontar peluru, gaya Parry O’Brien merupakan teknik lontaran yang popular hingga ke hari ini.

Manakah fasa-fasa dalam kemahiran lontaran mengikut urutan yang betul?

a)

Fasa persediaan→Fasa gelongsor

→Fasa lontaran→Fasa ikut lajak

b)

Fasa persediaan→Fasa lontaran→Fasa gelongsor→Fasa ikut lajak

c)

Fasa persediaan→ Fasa ikut lajak→ Fasa lontaran→ Fasa gelongsor

d)

Fasa ikut lajak→ Fasa persediaan→ Fasa gelongsor→ Fasa lontaran

33.

Apakah komponen T?

a)

Intensiti

b)

Ulangan

c)

Kekerapan

d)

Tempoh masa

34.

Senaraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

I Pembentukan personaliti

II Peningkatan kecergasan fizikal

III Peningkatan amalan menyendiri

IV Peningkatan kemahiran sosial dan berinteraksi

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

35.

Dalam permainan Frisbee, beberapa kemahiran asas perlu dikuasai seperti

I lemparan hadapan (forehand)

II lemparan kilas (backhand)

III lemparan ke bawah

IV menangkap cakera pada paras pinggang dan kepala

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

36.

Nyatakan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam lakuan menimang bola bagi sepak raga ratus.

I Mata difokuskan pada bola

II Memastikan bola berada di tengah dan hampir dengan badan semasa menimbang bola

III Mengawal bola menggunakan bahagian dalam kaki

IV Mengawal bola menggunakan bahagian dalam kaki dan tangan

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

37.

Dalam permainan sepak raga ratus, berapakah bilangan pemain yang terlibat dalam satu pasukan?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

38.

Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kelenturan?

a)

Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan

b)

Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama

c)

Keupayaan otot, sendi, tendon, dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat yang maksimum

d)

Kemampuan melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban menggunakan daya yang maksimum

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan seksual sekunder?

a)

Perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh dari aspek fizikal dan emosi

b)

Perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh dari aspek mental dan emosi

c)

Perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh dari aspek kesihatan dan emosi

d)

Perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh dari aspek fizikal dan kecergasan

40.

Tingkah laku seksual berisiko disebabkan oleh pelbagai faktor seperti

I pengaruh rakan sebaya

II masalah kesihatan mental

III kecelaruan personaliti

IV masalah kewangan

a)

I, II, dan III

b)

1, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

41.

Yang berikut merupakan tanda-tanda akil baligh bagi seorang murid lelaki kecuali

a)

ada misai

b)

suara garau

c)

saiz otot membesar

d)

pinggul mula membesar

42.

Apakah penyakit yang tidak disebabkan oleh amalan merokok?

a)

Jantung

b)

Darah tinggi

c)

Barah paru-paru

d)

Penyakit saluran pernafasan

43.

Apakah kesan penyalahgunaan dadah kepada negara?

I Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial

II Negara akan dipulau oleh negara-negara lain

III Kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda

IV Menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan penagih

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

44.

Interpersonal merujuk kepada kemahiran berinteraksi dengan individu lain yang melibatkan semua aspek komunikasi kecuali

a)

pembujukan

b)

penegasan

c)

kekerasan

d)

komunikasi bukan verbal

45.

Remaja perempuan sering kali dilihat mengalami senggugut.

Apakah yang dikatakan senggugut yang sering dialami oleh remaja perempuan?

a)

Kesakitan yang dialami di bahagian

bawah perut semasa didatangi haid

b)

Kesakitan yang dialami di bahagian

bawah kaki semasa didatangi haid

c)

Kesakitan yang dialami di bahagian atas

perut semasa didatangi haid

d)

Kesakitan yang dialami di bahagian

kepala semasa didatangi haid

46.

Faktor-faktor kes buli berlaku adalah disebabkan oleh

a)

pengaruh media massa

b)

memenuhi hobi

c)

pengaruh rakan sebaya

d)

menunjukkan kuasa kepada yang lemah

47.

Apakah fungsi-fungsi utama makanan?

I Membekalkan tenaga

II Mengawal metabolisme

III Merencatkan proses tumbesaran

IV Membina dan membaiki tisu badan

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

48.

Makanan seimbang merupakan kualiti makanan yang perlu dimakan pada setiap hari.

Apakah makanan seimbang?

a)

Makanan yang mempunyai karbohidrat

b)

Makanan yang mempunyai banyak

vitamin

c)

Makanan yang mempunyai banyak

protein

d)

Makanan yang mempunyai semua kelas

makanan mengikut nisbah kuantiti yang

diperlukan oleh badan

49.

Prinsip D. R. A. B. C bagi mengalihkan mangsa daripada daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Bahaya (Danger)

c)

Pernafasan (Breathing)

d)

Saluran Udara (Airways)

e)

Peredaran Darah (Circulation)

50.

Rawatan resusitasi berada pada prinsip ________ dalam D.R.A.B.C.

a)

kedua

b)

ketiga

c)

keempat

d)

kelima