Font size
WorksheetsBTS A+ SEJARAH B4T5
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dalam ______________
Perlembagaan Negara
Perlembagaan Persekutuan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Prinsip __________________ dalam Rukun Negara telah mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita.
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Persekutuan berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri Persekutuan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gabenor
Raja-Raja Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British
Yang di-Pertuan Agong
Dalam Persekutuan 1896, keputusan pentadbiran dibuat oleh
Gabenor
Residen Jeneral
Majlis Raja-Raja
Pesuruhjaya Tinggi British
Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Raja-Raja Melayu
Gabenor Jeneral
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Bilakah Kerajaan Persekutuan memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Lumpur ke Putrajaya?
1963
1985
1990
1999
Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Majlis Perbandaran
Pihak Berkuasa Tempatan
Institusi manakah yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia?
Parlimen
Mahkamah
Majlis Peguam Negara
Dewan Undangan Negeri
Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
Perumahan
Pelajaran
Perundangan Islam
Pilihan raya negeri
Antara berikut yang manakah terkandung dalam Senarai Bersama?
Pertahanan dalam negeri
Perhubungan dan pengangkutan
Penyelidikan pertanian dan perhutanan
Perancangan bandar dan luar bandar
Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam Senarai Persekutuan?
Kewarganegaraan
Pentadbiran keadilan
Kebudayaan dan sukan
Perubatan dan kesihatan
Apakah akta yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah untuk mengekalkan kuasa kawalan kemasukan dan kediaman di negeri-negeri berkenaan?
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Imigresen 1963
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai
Dewan Bandaraya
Pihak Berkuasa Tempatan
Kerajaan Negeri
Kerajaan Pusat
Antara berikut yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri?
Biasiswa
Pertahanan
Tanah
Undang-undang Adat
Taman Negara dan perlindungan haiwan liar terletak dalam
Senarai Bersama
Senarai Negeri
Senarai Persekutuan
Senarai Tambahan
Apakah DUA peranan Kerajaan Tempatan?
Menjaga kesihatan awam
Menguruskan rangkaian telekomunikasi
Memantau pengurusan taman laut dan marin
Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
Apakah sumbangan Kerajaan Negeri membantu pembangunan sosioekonomi kepada Kerajaan Persekutuan?
Memberi modal
Membuka agensi
Menyediakan tanah
Memberi kepakaran
Badan ini bertanggungjawab menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan pembangunan tanah baharu. Apakah badan tersebut?
X bertanggungjawab menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh negara. Apakah X?
Apakah maksud pembangunan In-Situ?
Meningkatkan ekonomi negara
Membangunkan fizikal desa
Memajukan kawasan bandar
Menyusun semula masyarakat
Siapakah yang mengilhamkan Segitiga Jengka?
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak Hussein
Tun Hussein Onn
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Kerajaan telah melaksanakan kerjasama pembangunan sosioekonomi selepas tahun 1970. Apakah DUA kerjasama pembangunan sosioekonomi tersebut?
Pembangunan Tanah
Pembangunan Wilayah
Pembangunan Ekonomi
Pembangunan Bandar
Agensi manakah bertanggungjawab dalam pembangunan sosioekonomi di Sarawak?
DARA
PERDA
SALCRA
FELCRA
Agensi manakah bertanggungjawab dalam pembangunan sosioekonomi di Terengganu?
Mengapakah pembangunan wilayah dan negeri dilaksanakan di bawah Pembangunan Koridor Wilayah?
Memulih kawasan berproduktiviti rendah
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
Merapatkan jurang pendapatan penduduk
Mewujudkan keseimbangan pembangunan
Jabatan Mergastua Negeri yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia kemudian dinamakan sebagai
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Jabatan Taman Laut Malaysia
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Taman-Taman Sabah merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1964. Mengapakah taman tersebut ditubuhkan?
Menjaga perairan negara
Melindungi kawasan marin
Mengeluarkan lesen skuba
Menyelenggara sistem saliran
Di manakah spesies Rafflesia azlanii mula ditemukan?
Taman Negara Pahang
Taman Negeri Royal Belum, Perak
Taman Negara Johor Endau Rompin
Taman Negara Kinabalu, Sabah
Apakah sumbangan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada awal kemerdekaan?
Menyediakan perumahan kos rendah
Membuka kawasan perusahaan baharu
Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah
Menyelaras program pembangunan bandar
- Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
- Rumah Selangorku (Selangor)
Apakah persamaan bagi program perumahan mampu milik tersebut?
Membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah
Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah
Memberi peluang golongan atasan memilikinya sebagai pelaburan
Membantu kerajaan menghapuskan kemiskinan bandar
- Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Program Awam Kos Rendah (PAKR)
Apakah DUA kepentingan projek perumahan tersebut?
Membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah
Membina perumahan awam bagi rakyat berpendapatan rendah
Menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah untuk projek perumahan
Menyelesaikan masalah kekurangan tanah dan menghapuskan kemiskinan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) diselaraskan oleh
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Majlis Perumahan Negara
Majlis Penasihat Kebangsaan
Apakah DUA kementerian yang diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN)?
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan
Kementerian Pertahanan
Kementerian Dalam Negeri
Mengapakah Rajang Area Security Command (RASCOM) ditubuhkan pada 26 Mac 1972?
Bencana alam
Perbalahan etnik
Ancaman komunis
Serangan pengganas
Mengapakah Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan?
Menyelaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan
Meningkatkan kawalan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada sebarang ancaman
Merancang dan melaksanakan segala kegiatan gerak saraf
Mengekalkan keselamatan dan keamanan di bahagian tengah Sarawak
Apakah peristiwa yang mendorong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuhkan ESSCOM?
Peningkatan ancaman komunis
Penularan kes jangkitan COVID-19
Penculikan pelancong asing di Semporna
Pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu
Antara yang berikut, bagaimanakah Sistem Persekutuan diperkukuhkan?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Rakyat dan pemimpin memahami tanggungjawab masing-masing
Pemimpin sentiasa mendengar cadangan rakyat dalam memajukan negara
Prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara
Penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebutkan bahawa jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan maka undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang tersebut.
Apakah kepentingan prinsip keluhuran perlembagaan tersebut?
Mengelakkan perbalahan rakyat
Mengukuhkan kedaulatan negara
Meningkatkan kerjasama kerajaan
Mengukuhkan sistem Persekutuan
Mengapakah Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri dilaksanakan?
Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar
Memutuskan pembangunan sosioekonomi
Mengukuhkan keselamatan dalam negara
Menjamin keselarasan pentadbiran negeri
