Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH SPM S5 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Menjamin keutuhan pemerintahan

c)

Mempertahan sistem perundangan

d)

Memastikan sistem warisan terpelihara

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Mengetuai rombongan diplomatik

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan

3.

Ibrahim Haji Yaakob

Ishak Haji Muhammad

Ahmad Boestamam

Maklumat di atas adalah tokoh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Ke-2.

Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?

a)

Mengenakan hukuman penjara

b)

Menyekat sumber kewangan yang diperolehi

c)

Menjalin kerjasama dengan golongan radikal

d)

Menggunakan perintah sultan untuk bertindak

4.

Gerakan nasionalisme di Thailand disasarkan terhadap pemerintahan raja mereka sendiri.

Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku?

a)

Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan

b)

Menghapuskan sistem perundangan tradisional

c)

Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik

d)

Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa barat

5.

Bagaimanakah Jerman melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919?

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Mengeksport senjata ke luar negara

d)

Menjalin kerjasama dengan komunis

6.

Tahun 1895 --> Menewaskan China

Tahun 1905 --> Menewaskan Rusia

Maklumat di atas berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Pengukuhan sistem pertahanan

b)

Perluasan kawasan pemerintahan

c)

Kemunculan semangat nasionalisme

d)

Kemantapan kuasa pemerintah tempatan

7.

Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut?

a)

Menyokong gerakan Islah

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Melibatkan diri dalam persatuan

d)

Memberi kerjasama dengan British

8.

Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Maklumat di atas berkaitan dengan unit politik yang telah disatukan di Tanah Melayu sewaktu pentadbiran British.

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Kos pengurusan dapat dikurangkan

b)

Melemahkan golongan penentang

c)

Hak kaum peribumi terpelihara

d)

Sistem monarki diperkukuh

9.

Akhbar Suara Rakyat diterbitkan oleh golongan Melayu radikal pada tahun 1940-an. Mengapakah akhbar tersebut diterbitkan?

a)

Menyekat penularan pengaruh media asing

b)

Memperluas idea kemerdekaan daripada penjajah

c)

Meningkatkan mutu hasil kesusasteraan tempatan

d)

Menyokong permodenan sistem pentadbiran kerajaan

10.

Petikan berikut berkaitan golongan nasionalis Melayu radikal sebelum merdeka.

Bagaimanakah golongan tersebut memainkan peranan mereka untuk menyatukan semua kaum?

a)

Membentuk kerajaan yang kuat dan adil

b)

Menekan kebebasan bersuara

c)

Berkompromi dengan penjajah

d)

Berhimpun secara aman

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada orang Melayu?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Parti-parti politik digabungkan

d)

Syarat kerakyatan dipermudah

12.

Rundingan Baling diadakan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Disember 1955.

Mengapakah rundingan tersebut gagal mendesak PKM meletakkan senjata?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

PKM tidak diiktiraf oleh kerajaan

c)

PKM enggan menamatkan keganasan

d)

Pengampunan oleh kerajaan gagal diperolehi

13.

Pada tahun 1946, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan penubuhan parti tersebut?

a)

Mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum

d)

Menghalang pelaksanaan Malayan union

14.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu. 

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Tenaga pengajar kurang

c)

Kurikulum pelajaran berbeza

d)

Peruntukan kewangan dikurangkan

15.

Mengapakah tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya penting?

a)

Memilih ketua parti

b)

Mengekalkan tradisi bangsa

c)

Memperkukuh sistem beraja

d)

Membentuk sebuah kerajaan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya untuk merangka perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

b)

Kepentingan sah kaum lain dikurangkan

c)

Kewangan negara masih dikawal oleh British

d)

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

18.

Apakah DUA jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permohonan sebagai rakyat

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Persetujuan Dewan Undangan Negeri

19.

Apakah DUA sebab peristiwa kemerdekaan negara kita dianggap unik dan dikagumi oleh pemimpin dunia?

a)

Perkembangan ekonomi berasaskan kerohanian

b)

Permuafakatan & rundingan dilaksanakan

c)

Pertumpahan darah tidak berlaku

d)

Penamatan dasar konfrantasi

20.

Bagaimanakah kedaulatan dapat memelihara hak rakyat?

a)

Mengamalkan sistem satu parti

b)

Mengutamakan keadilan individu

c)

Membenarkan kebebasan bersuara

d)

Menggalakkan semangat kenegerian

21.

Apakah DUA kepentingan konsep daulat dalam politik Melayu tradisional?

a)

Memperkukuhkan kedudukan raja

b)

Memperluaskan peranan pembesar

c)

Menyekat pengaruh kuasa asing

d)

Mengikat taat setia rakyat terhadap raja

22.

Gambar berikut berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.

Apakah DUA peranan rakyat dalam memastikan perpaduan tercapai?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik

c)

Menggunakan bahasa kebangsaan

d)

Menghormati agama lain

23.

Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

b)

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

d)

Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

24.

Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Mengehadkan kuasa raja

b)

Menentang penyebaran agama

c)

Menghalang berlaku penindasan

d)

Mengurangkan peranan pembesar

25.

Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak merdeka. 

Apakah perkara yang berkaitan dengan sistem tersebut?

a)

Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran

b)

Badan kehakiman meluluskan undang-undang

c)

Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan ketua utama Persekutuan & Negeri.

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

EXCO Kerajaan

27.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan wilayah berikut digabungkan dalam satu persekutuan.

Apakah X dan Y?

a)

Indonesia

b)

Singapura

c)

Brunei

d)

Filipina

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Apakah X?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)

Hiburan awam

d)

Perancangan bandar

29.

Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Apakah DUA kesan pembentukan persekutuan tersebut?

a)

Tekanan antarabangsa berkurangan

b)

Bahan mentah dikongsi bersama

c)

Kemerdekaan wilayah terlibat

d)

Pengaruh British meningkat

30.

Singapura menunjukkan minat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi.

Mengapakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut?

a)

Memberi kerakyatan kepada orang dagang

b)

Mengurangkan perasaan perkauman

c)

Mempercepatkan proses kemerdekaan

d)

Mempertahan sistem monarki

31.

Apakah dua sebab British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia?

a)

Dapat menghalang kemasukan imigran

b)

Mampu membendung pengaruh komunis

c)

Berupaya memperkukuh sistem pertahanan

d)

Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja

32.

Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

a)

Memohon naungan pihak British

b)

Enggan mematuhi dasar kerajaan

c)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

d)

Menurut kehendak kaum bumiputera di negeri lain

33.

Berikut adalah prinsip keempat Rukun Negara.

Apakah sikap warganegara Malaysia yang menepati prinsip tersebut?


a)

Menghormati lagu negaraku

b)

Mematuhi peraturan jalan raya

c)

Menghormati sesama jiran tetangga

d)

Mematuhi ajaran agama yang dianuti

34.

Gambar berikut menunjukkan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuhkan perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

35.

Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.

Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Memiliknegarakan industri

b)

Mengurangkan hak milik asing

c)

Sistem kewangan disusun semula

d)

Kekayaan negara dikongsi bersama

36.

Mengapakah Dasar penswastaan dilaksanakan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Memperluas pembukaan tanah baru

c)

Menambah modal pemilikan kaum bumiputera

d)

Memperbanyak syarikat milik pengusaha asing

37.

Rajah berikut berkaitan dengan keahlian Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA).

Mengapakah negara-negara tersebut menubuhkan ASA?

a)

Mengatasi ancaman komunis

b)

Menetapkan kawasan sempadan

c)

Menyelaraskan struktur pentadbiran

d)

Menyeragamkan sistem perundangan

38.

Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?

a)

Mempertahan hak penduduk asal

b)

Menghalang program senjata kimia

c)

Memiliknegarakan pelaburan asing

d)

Menghapuskan sekatan perdagangan

39.

Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Pendirian pertubuhan serantau

b)

Kepentingan ekonomi negara

c)

Keperluan ketenteraan

d)

Pengaruh kuasa besar

40.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan & keamanan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Apakah nilai daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam isu tersebut?

a)

Bertanggungjawab

b)

Menghargai

c)

Kegigihan

d)

Prihatin