Font size
WorksheetsTrial Test 1 (MIB DALAM MENANGANI ISU-ISU MEMBENTERAS RASUAH)
Total questions: 21
Worksheet time: 18mins
Dari segi bahasa Melayu, rasuah bermaksud __________ untuk menumbuk rusuk.
A) Pemberian
B) Perbuatan
C) Hadiah
D) Imbalan
Di dalam bahasa Arab, rasuah disebut sebagai __________.
A) ar-rasuah
B) ar-rasywah
C) ar-rahnu
D) ar-wasyah
Ar-rasya adalah membawa maksud __________ yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi.
A) tarik tali
B) tali rimbun
C) tali rimba
D) tali timba
“Sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk menghancurkan kebenaran”, adalah istilah rasuah dari segi syarak mengikut pendapat __________.
A) Dr Yusuf Qardawi
B) Ibrahim An-Nakha’i
C) Ibrahim An-Nuari
D) Ibrahim an-Najashi
“Suatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kuasa atau jawatan (apa saja) untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya sesuai dengan apa yang ia inginkan, atau untuk memberikan peluang kepadanya atau menyingkirkan saingannya...”, adalah definisi rasuah dari segi istilah syarak mengikut pendapat __________.
A) Ibrahim An-Nakhai
B) Dr Yusuf Aslam
C) Dr Yusuf Qardawi
D) Dr Yusuf Malawi
Dari sudut undang-undang pengertian ‘rasuah’ tidak dinyatakan, tetapi yang hanya dinyatakan ialah takrif __________.
A) suap
B) Menyuap
C) bersuap
D) suapan
Takrif suapan menurut Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131, Negara Brunei Darussalam menyatakan bahawa terdapat __________ perkara yang termasuk di dalam rasuah.
A) 6
B) 7
C) 8
D) 9
Sesuatu pemberian yang diberikan kepada seseorang dengan niat untuk mendapat balasan atau ganjaran di sebalik pemberian yang diberi adalah maksud bagi __________.
A) pemberian
B) rasuah
C) hadiah
D) sedekah
Di antara cara untuk mengelakkan daripada berlakunya gejala rasuah ialah dengan menitikberatkan soal-soal moral yang tinggi seperti yang tersenarai di bawah ini kecuali __________.
A) jujur
B) ada udang di sebalik batu
C) amanah
D) ikhlas
Pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan __________ dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa, keuntungan, perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasminya.
A) tujuan yang baik
B) percuma
C) ikhlas
D) niat yang tidak baik
Di dalam Islam rasuah dikategorikan dalam amalan berdosa besar kerana terdapat unsur __________ dan mengambil hak orang lain dengan tidak jujur
A) keburukan
B) penindasan
C) kemungkaran
D) kezaliman
Dali mengenai dengan pengharaman rasuah sebenarnya sudah terkandung di dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Baqarah ayat __________
A) 168
B) 178
C) 188
D) 198
Di dalam hadith, Nabi Muhammad SAW telah mejelaskan bahawa rasuah boleh menyebabkan seorang itu dimasukkan ke dalam api neraka disebabkan oleh adanya __________ yang tumbuh daripada yang haram.
A) daging
B) makanan
C) minuman
D) rezeki
Sila lengkapkan petikan titah Kebawah Duli, di bawah ini:
"JANGAN anggap ' rasuah kecil ' tidak mengapa, tetapi ingatlah kepada risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang __________.
A) gemilang
B) masyhur
C) terbilang
D) malang
Kenyataan di bawah adalah merupakan peribahasa atau ungkapan lain yang membawa maksud rasuah kecuali __________.
A) kuntau
B) sunglau
C) duit kopi
D) faham-faham saja
Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131), Undang-Undang Negara Brunei Darussalam menyatakan bahawa hukuman bagi pemberi, penerima dan menghadapkan tuntutan palsu adalah __________.
A) Hukuman denda $30,000 dan penjara 7 tahun.
B) Hukuman denda $40,000 dan penjara 8 tahun.
C) Hukuman denda $50,000 dan penjara 9 tahun.
D) Hukuman denda $60,000 dan penjara 10 tahun.
Nyatakan lima (5) sahaja punca berlakunya rasuah?
Jelaskan lima (5) sahaja akibat berlakunya rasuah di dalam kehidupan masyarakat dan negara?
Huraikan lima (5) sahaja cara menangani masalah rasuah?
Jabatan yang diamanahkan untuk mengendalikan kes-kes rasuah ialah __________.
A) Biro Kawalan Narkotik
B) Biro Mecegah Rasuah
C) Pasukan Polis Diraja Brunei
D) Jabatan Anti Rasuah
Seseorang telah diberikan voucher oleh seorang pelanggan kerana dia telah banyak membantu dalam melancarkan urusan pelanggan tersebut. Perbuatan seumpama ini boleh dikategorikan sebagai __________.
A) hadiah
B) sedekah
C) pemberian
D) Rasuah
