wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemasaran Produk Rambut

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tugas seorang perunding perkhidmatan salun?

a)

Membeli produk rambut dari pengeluar.

b)

Membuat penyata kewangan kunci kira-kira akaun salun.

c)

Memberi khidmat nasihat tentang penggunaan produk.

d)

Menyedia pengauditan akaun salun pada setiap hujung tahun.

2.

Berikan contoh sumber-sumber produk dari bahan semulajadi.

a)

Aloe vera, daun sirih, kelapa dan bunga kantan.

b)

Daun inai, kelapa, daun bunga raya dan aloe vera.

c)

Perapi rambut, syampu asid seimbang dan serum rambut.

d)

Losyen keriting, hydrogen peroksida dan pewarna rambut.

3.

Apakah maksud pemasaran produk?

a)

Aktiviti jual beli antara peruncit dan pelanggan.

b)

Aktiviti khidmat nasihat berkaitan produk dan perkhidmatan salun.

c)

Aktiviti penyediaan penyata kewangan kunci kira-kira akaun salun.

d)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan produk dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

4.

Pilih kenyataan yang BENAR tentang maksud kontra indikasi produk.

a)

Keadaan tertentu dimana produk tersebut mesti dibeli oleh pelanggan.

b)

Keadaan tertentu dimana sesuatu produk tersebut mesti digunakan pada pelanggan.

c)

Keadaan tertentu yang menjadikan sesuatu produk tidak boleh digunakan oleh pelangan.

d)

Keadaan tertentu yang membolehkan produk tersebut diberikan secara percuma kepada pelanggan.

5.

Senaraikan bahan semulajadi yang sesuai digunakan pada kulit kepala berminyak.

I. Aloe Vera

II. Tea tree oil

II. Apple cider vinegar

IV. Clarifying shampoo

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV

6.

Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di dalam salun rambut?

a)

Membentuk, melicinkan dan menganjalkan kulit.

b)

Merawat, memutihkan dan melembapkan muka.

c)

Mengurut, membetulkan dan menguatkan tulang.

d)

Menggayakan, mengeriting dan mewarna rambut.

7.

Aktiviti pemasaran adalah merupakan kegiatan membeli, menjual, mengangkut, menyimpan dan sebagainya. Kebanyakan pengusaha-

pengusaha salun akan menggunakan Teknik Strategi 4P’s (bagi perusahaan kecil) dan 7P’s (bagi perusahaan besar) dalam urusan pemasaran produk atau perkhidmatan mereka.

Berdasarkan kenyataan di atas, namakan Teknik Strategi 4P’s tersebut?

a)

Protocol, Price, Place and Promise.

b)

Product, Price, Promotion and Place.

c)

Promise, Perfection, Price and Product.

d)

Place. Promotion, Protocol and Perfection.

8.

Apakah kelebihan kaedah jualan secara tunai?

I. Produk boleh dijual pada harga yang rendah.

II. Mengelakkan hutang lapuk yang dialami oleh peniaga.

III. Wang yang diterima boleh dilaburkan dengan serta merta.

IV. Pelanggan dibenarkan untuk membeli produk secara hutang.

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV

9.

Mempunyai latar belakang yang kuat dalam urusan khidmat nasihat, pengetahuan yang luas tentang produk dan perkhidmatan salun serta mempunyai kredibiliti yang cerdas dan pantas dalam menangani permasalah pelanggan.

Individu yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas?

a)

Pengeluar produk.

b)

Pendandan rambut.

c)

Perunding perkhidmatan.

d)

Penjaga kaunter hadapan.

10.

Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR tentang arahan dan garis panduan dasar peruncitan di Malaysia.

a)

Produk harus dilupuskan sekiranya telah tamat tempoh.

b)

Produk yang dijual hendaklah disahkan oleh JAKIM dan SSM.

c)

Pengguna mempunyai hak untuk menerima produk yang tidak berbahaya kepada kesihatan mereka.

d)

Pengeluar boleh membekalkan harga yang disyorkan dan penjual tidak diwajibkan untuk menjual dengan harga yang sama.

11.

Berapa lamakah tempoh masa yang sesuai untuk menyimpan penyata dan dokumen kewangan salun?

a)

6 tahun

b)

7 tahun

c)

8 tahun

d)

9 tahun

12.

Dimanakah Penyata Kewangan tahunan perlu dihantar setelah siap diaudit?

a)

Suruhanjaya Tenaga (ST)

b)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

c)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

13.

Pilih kenyataan yang BENAR dan paling tepat tentang kad kredit.

a)

Pinjam wang dengan bank dan bayar kemudian.

b)

Pinjam wang dengan akaun bank syarikat peribadi.

c)

Wang dari akaun semasa ditolak terus dari akaun bank syarikat.

d)

Wang dari akaun simpanan ditolak terus dari akaun bank peribadi.

14.

Nyatakan kegunaan Invois?

a)

Digunakan untuk merekod perbelanjaan harian yang dibayar dari kotak tunai.

b)

Digunakan untuk merekod wang hasil dari jualan produk dan perkhidmatan harian.

c)

Dikeluarkan oleh peruncit sebagai rekod wang yang dibayar masuk oleh pelanggan secara tunai.

d)

Dikeluarkan oleh peruncit sebagai rekod wang yang perlu dibayar oleh pelanggan secara kredit.

15.

Namakan jenis pembayaran secara tunai yang hanya boleh dilakukan dengan bantuan alat atau mesin pengimbas.

a)

Cek

b)

Baucar

c)

Kad debit

d)

Wang tunai

16.

Mengapakah Rekod Jualan Harian perlu disimpan?

a)

Untuk menggalakkan pelanggan membeli produk.

b)

Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan stok produk.

c)

Dapat mengenal pasti produk yang telah dibeli oleh pelanggan.

d)

Disimpan sehingga hujung tahun agar Simpan Penyata Kewangan lengkap tersedia.

17.

Menyediakan maklumat mengenai terimaan kasar syarikat dan bayaran kasar untuk tempoh masa yang tertentu.

Jenis dokumen yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas?

a)

Aliran Tunai

b)

Kad Inventori Stok

c)

Kad Kawalan Stok

d)

Rekod Jualan Harian

18.

Apakah kegunaan Buku Rekod Harian Tunai?

a)

Merekod stok produk yang dibeli daripada pembekal.

b)

Merekod wang hasil dari jualan produk dan perkhidmatan harian.

c)

Merekod perbelanjaan harian yang dibayar dari kotak tunai salun.

d)

Merekod hasil terimaan kasar syarikat untuk tempoh masa tertentu.

19.

Apakah perkara yang TIDAK perlu direkodkan ke dalam Kad Inventori Stok?

a)

Kuantiti asal

b)

Jenis produk

c)

Baki simpanan

d)

Jenis perkhidmatan

20.

Apakah yang perlu dilakukan, jika pelanggan membuat pembayaran melalui kad kredit?

I. Periksa nama dan tarikh luput.

II. Simpan resit asal pembayaran.

III. Beri resit asal kepada pelanggan.

IV. Imbas kod pada mesin pengimbas.

a)

A. I, II dan III

b)

B. I, II dan IV

c)

C. I, III dan IV

d)

D. II, III dan IV