NEW
Font size
WorksheetsEpistemologi - FIS
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah tiga syarat asas untuk menganggap sesuatu sebagai 'pengetahuan' menurut epistemologi?
Kepercayaan, logik, bukti
Kepercayaan, kebenaran, justifikasi
Pengalaman, akal, wahyu
Pemerhatian, eksperimen, analisis
Kenapa aliran pemikiran empirisisme menolak elemen mistik "supernatural" sebagai sumber pengetahuan?
Kerana supernatural bertentangan dengan wahyu
Kerana supernatural tidak dapat dibuktikan melalui deria
Kerana akal manusia adalah terhad
Kerana tradisi tidak mengiktirafnya
Jika seseorang berkata, 'Pen itu kelihatan bengkok dalam air', kesilapan ini disebabkan oleh:
Kegagalan akal
Refleksi cahaya (faktor yang mengganggu persepsi deria)
Kelemahan undang-undang adat
Pengaruh skeptisisme
Kenapa undang-undang akal dan undang-undang adat boleh bertentangan dalam isu seperti 'mendarat di bulan'?
Undang-undang adat berubah mengikut pengalaman, akal tetap sama
Akal bergantung kepada wahyu
Undang-undang adat lebih tinggi daripada akal
Deria tidak boleh dipercayai
'Teori pragmatik menolak pengetahuan yang tidak praktikal.'
Mengapakah pernyataan ini relevan dalam konteks pendidikan Malaysia
Tidak relevan – semua pengetahuan adalah berguna
Relevan – pengetahuan mesti boleh digunakan untuk pembangunan negara
Hanya relevan untuk sains tulen
Bertentangan dengan FPK
Bagaimana anda menerapkan teori koheren untuk menilai kebenaran isu 'media sosial menyebabkan polarisasi masyarakat'?
Selaras dengan kenyataan lain: 'Media sosial mempercepat penyebaran maklumat', 'Maklumat palsu meningkatkan konflik'
Menguji dengan data statistik sahaja
Merujuk kepada wahyu agama
Menolak secara langsung tanpa bukti
Menurut tradisi Islam, apakah sumber utama pengetahuan?
Akal
Deria
Wahyu
Intuisi
Kenapa skeptisisme berpendapat bahawa 'kebenaran mutlak tidak wujud'?
Kerana Tuhan tidak menjamin kebenaran
Kerana pengetahuan adalah relatif bergantung kepada individu
Kerana deria adalah sempurna
Kerana wahyu adalah terhad
Bagaimana wahyu (sebagai sumber pengetahuan) berbeza daripada ilham?
Wahyu adalah untuk diri sendiri, ilham adalah untuk umum
Wahyu adalah mutlak dan mesti diikuti, ilham terhad oleh keadaan dan peribadi
Wahyu berdasarkan akal, ilham berdasarkan emosi
Wahyu tidak memerlukan justifikasi, ilham memerlukan bukti empirik
'Seorang saintis menolak kewujudan Tuhan kerana 'ia tidak dapat dibuktikan secara empirik kerana tiada pengalaman pancaindera'.
Nilaikan kelemahan pernyataan ini saintis ini berdasarkan epistemologi
Mengabaikan undang-undang akal: Kewujudan Tuhan boleh dibuktikan secara rasional
Betul – hanya empirisme yang sah
Beliau harus merujuk kepada tradisi
Beliau adalah seorang skeptik yang konsisten
Apakah sumber utama pengetahuan menurut aliran empiris?
Akal
Wahyu
Deria
Intuisi
Kenapa empirisme menolak kewujudan malaikat sebagai pengetahuan?
Kerana ia bertentangan dengan akal
Kerana ia tidak dapat dibuktikan melalui pengalaman deria
Kerana ia tidak terdapat dalam tradisi
Kerana ia bersifat relatif
Dalam kajian pencemaran sungai, kaedah manakah yang mencerminkan pendekatan empiris?
Merujuk kepada teks-teks agama tentang larangan mencemarkan alam sekitar
Menganalisis sampel air di makmal
Berbahas menggunakan logik deduktif
Mematuhi adat tempatan
Contoh sumber ilmu melalui perkhabaran yang benar ialah:
Melihat sendiri piramid di Mesir
Membaca tentang Plato dalam buku sejarah
Merasai panas api
Mengira menggunakan akal
Nilaikan pernyataan: 'Empirisme tidak sesuai untuk mengkaji cinta kerana emosi tidak boleh diukur.'
Palsu – cinta boleh diukur melalui tindakan fizikal
Benar - emosi adalah subjektif dan melampaui deria
Tidak relevan - empirisme hanya untuk sains
Bergantung kepada budaya
Kenapa rasionalisme meragui maklumat dari deria?
Kerana deria terlalu lambat
Kerana deria boleh menipu (contohnya, ilusi optik)
Kerana Tuhan tidak menciptakan deria
Kerana deria terhad kepada objek fizikal
Contoh pengetahuan manakah yang diperoleh semata-mata melalui akal?
Warna langit pada waktu matahari terbenam
'Sebuah segitiga mempunyai tiga sisi'
Kepedasan cili
Keberadaan graviti
Bagaimana rasionalisme menerangkan konsep 'keadilan' yang tidak pernah dilihat secara fizikal?
Sebagai idea yang wujud dalam minda
Melalui pengalaman berulang
Merujuk kepada wahyu agama
Berdasarkan tradisi masyarakat
Nilai: 'Rasionalisme adalah lebih unggul daripada empirisme dalam matematik.'
Benar – matematik bergantung pada penaakulan logik, bukan deria
Salah – matematik memerlukan eksperimen
Tidak relevan – matematik bukan pengetahuan
Bergantung kepada guru
Teori manakah yang mematuhi prinsip 'sesuatu kenyataan adalah benar jika ia memberi manfaat'?
Teori Kesepadanan
Teori Koheren
Teori Pragmatik
Teori Agama
Kenapa pernyataan 'Malaysia adalah negara jiran Indonesia' dianggap benar oleh teori koresponden?
Kerana ia disokong oleh ramai orang
Kerana ia sepadan dengan realiti geografi
Kerana ia konsisten dengan peta dunia
Kerana ia memberikan manfaat politik
Jika seseorang menerima hukuman mati kerana pengedaran dadah berdasarkan keseragaman undang-undang, teori kebenaran manakah yang sedang digunakan?
Keselarasan
Koheren
Pragmatik
Skeptikal
Kenapa teori pragmatik dikritik sebagai 'terlalu relatif'?
Kerana kebenaran berubah mengikut kepentingan individu
Kerana ia bergantung kepada wahyu
Kerana ia menolak pengalaman
Kerana ia tidak memerlukan bukti
Nilai: 'Teori koheren adalah paling sesuai untuk menilai kebenaran sistem matematik.'
Benar – matematik memerlukan konsistensi antara aksioma
Salah – matematik memerlukan bukti fizikal
Hanya sesuai untuk etika
Bergantung kepada budaya
Apakah kedudukan asas skeptisisme tentang kebenaran mutlak?
Kebenaran mutlak wujud melalui wahyu
Kebenaran mutlak tidak wujud
Hanya Tuhan yang mengetahui kebenaran mutlak
Kebenaran mutlak boleh dicapai melalui akal
Kenapa skeptisisme berpendapat bahawa 'moraliti adalah relatif'?
Kerana Tuhan tidak menciptakan moraliti
Kerana nilai baik/buruk bergantung kepada perspektif individu
Kerana moraliti boleh dibuktikan secara saintifik
Kerana masyarakat tidak memerlukan moraliti
Bagaimana skeptisisme mempengaruhi penerimaan fakta sejarah?
Menggalakkan pemeriksaan semula bukti dan sumber
Menolak semua rekod sejarah
Menerima sejarah tanpa persoalan
Hanya percaya sejarah yang tertulis dalam legenda dan mitos
Siapakah yang menyenaraikan empat cara mencari kebenaran termasuk ilmu kalam dan sufisme?
Imam al-Ghazali
Endang Saifuddin
Shaharir Mohamad Zain
Noor Hisham Md Nawi
Apakah kesan utama perkembangan epistemologi di Barat?
Penyatuan ilmu dengan agama
Pemisahan ilmu daripada nilai agama
Penekanan terhadap ilmu tradisi
Pengabaian sains dan matematik
Epistemologi membantu dalam semua berikut, KECUALI:
Memahami pola pemikiran
Menentukan kemajuan sains dan teknologi
Menetapkan hukum syarak secara langsung
Mempengaruhi peradaban manusia
