wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gaya Hidup Sihat

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah penyakit yang termasuk dalam “penyakit tiga serangkai”?

a)

Kanser, migrain, dan asma

b)

Kencing manis, darah tinggi, dan kolestrol tinggi

c)

Asma, strok, dan ulser perut

d)

Tekanan darah rendah, gout, dan obesiti

2.

Ali mempunyai penyakit kencing manis. Untuk mengawal penyakitnya, pilih jawapan yang PALING TEPAT:

a)

Ali mengambil supplement set kencing manis yang dibeli secara online untuk menggantikan ubat kencing manis yang dirasa akan merosakkan buah pinggang

b)

Ali menjaga diet yang ketat dan meninggalkan ubatan dan temujanji yang diberi oleh doktor

c)

Ali menjaga pemakanan seimbang dan mengambil ubat serta temujanji yang diberi oleh doktor

d)

Penurunan berat badan merupakan tanda penyakitnya telah sembuh dan Ali berhenti mengambil ubat dan temujanji doktor

3.

Apakah tanda awal diabetes jenis 2?

a)

Kerap berpeluh pada waktu malam

b)

Kerap membuang air kecil, selalu merasa letih dan cepat haus

c)

Kerap rasa lapar dan sakit pinggang

d)

Berat badan meningkat mendadak

4.

Pilih kenyataan yang BENAR:

a)

Penyakit kencing manis boleh sembuh dengan pengambilan supplement yang ketat

b)

Pengambilan ubat kencing manis dan darah tinggi jangka masa panjang adalah punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia

c)

Kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan strok tanpa ada penyakit darah tinggi

d)

Tekanan darah tinggi sahaja yang akan menyebabkan risiko mendapat strok

5.

Tanda-tanda STROK adalah semua dibawah KECUALI:

a)

Hilang keseimbangan

b)

Telinga berdesing

c)

Lemah sebelah anggota badan

d)

Percakapan tidak jelas

6.

Berapa kekerapan senaman aerobik disarankan untuk individu dewasa?

a)

Sekali seminggu

b)

2–3 kali seminggu

c)

Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu

d)

Hanya apabila berasa letih

7.

Aiman mempunyai masalah obesiti dan osteoartritis (sakit lutut). Apakah senaman yang perlu dilakukan oleh Aiman?

a)

Skipping

b)

Renang

c)

Jogging

d)

Hiking sambil healing

8.

Pilih jawapan yang BENAR mengenai pengambilan protein yang sihat?

a)

Mengambil ayam dan telur setiap hari adalah memadai untuk keperluan protein

b)

Susu dan produk tenusu adalah sumber protein yang digalakkan hanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar

c)

Perlu mengambil protein dari sumber tumbuhan, haiwan dan produk tenusu

d)

Pengambilan supplement protein shake tambahan sangat digalakkan untuk hidup yang lebih sihat

9.

Labelkan Piramid makanan Malaysia dari atas ke bawah

a)

Lemak dan minyak - Kanji - Sayur dan buah - Protein dan bijirin

b)

Kanji - lemak dan minyak - Protein dan bijirin- Sayur dan buah

c)

Lemak dan minyak - Protein dan kekacang (legumes) - Kanji dan bijirin - Sayur dan buah

d)

Lemak dan minyak - Protein dan bijirin - Kanji dan kekacang (legumes) - Sayur dan buah

10.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan:

a)

Tekanan darah tinggi

b)

Gout

c)

Paras gula rendah

d)

Berat badan menurun

11.

Pilih jenis menu yang paling rendah kalori?

a)

Mee kari

b)

Bihun sup

c)

Roti canai telur

d)

Nasi lemak telur

12.

Apakah julat BMI yang normal di Malaysia

a)

18.5 - 24.9

b)

18.5 - 22.9

c)

17.0 - 24.9

d)

18.0 - 25.5

13.

Pilihan air minuman mana yang lebih sihat

a)

Susu coklat Kurma dan malt barli

b)

Milo dan Maltodextrin

c)

Jus Oren Peel fresh

d)

Fresh Milk

14.

Pemeriksaan kesihatan berkala penting untuk semua situasi dibawah KECUALI:

a)

Orang yang menghidap penyakit kronik

b)

Ibu mengandung yang mempunyai masalah GDM(kencing manis sewaktu hamil) selepas setahun melahirkan anak

c)

Hanya jika mempunyai tanda-tanda penyakit kronik

d)

Mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit kronik

15.

Apa yang menghalang anda dari bersukan/bersenam?

a)

Tiada masa lapang, anak ramai dan kecil, susah nak keluar bersenam

b)

Masalah obesiti dan cepat penat

c)

Tiada motivasi dan sokongan dari pasangan

d)

Tiada berkaitan

16.

Aminah akan menjalani temuduga pengambilan kerja pada minggu hadapan. Dia berasa cemas dan gelisah hingga menyebabkan kurang lena tidur dan kerap berjaga malam untuk membuat persediaan. Pada hari temuduga, Aminah mulanya berdebar dan terketar-ketar ketika menjawab soalan tetapi setelah habis temu duga, Aminah tersenyum lega. Pilih jawapan yang TEPAT tentang keadaan Aminah.

a)

Aminah mempunyai masalah anxiety disorder dan perlu rujukan psikiatri.

b)

Aminah mengalami panic attack

c)

Aminah mengalami anxiety yang normal

d)

Aminah mempunyai masalah kemurungan(depression)

17.

Farezan semakin kerap menyendiri dan tidak bercakap dengan ahli keluarganya. Dia tidak lagi memarahi anak-anaknya yang nakal atau meleteri suaminya yang malas membantu urusan rumahtangga. Farezan merasa lesu dan tidak bersemangat untuk menjalani rutin harian dan memilih untuk tidur sepanjang hari. Pilih pernyataan yang BENAR

a)

Farezan mengalami masalah kelesuan (burn out)

b)

Farezan sekadar mengalami fasa perubahan hormon dan karekter diri

c)

Farezan mempunyai masalah meroyan

d)

Farezan mengalami anxiety disorder

18.

Apakah tujuan utama mengambil suplemen tambahan?

a)

meningkatkan tenaga

b)

Untuk kesihatan setelah disarankan oleh doktor

c)

Untuk kesihatan setelah disarankan oleh doktor

d)

Hanya ikut trend

19.

Maklumat yang sahih berkenaan suplemen boleh didapati daripada mana?

a)

Social media / influencer

b)

Ahli farmasi dan doktor

c)

Rakan atau ahli keluarga

d)

iklan di internet

20.

Adakah suplemen boleh berinteraksi dengan ubat tertentu?

a)

Ya, suplemen dan ubat tertentu boleh berinteraksi antara 1 sama lain

b)

Tidak jika suplemen daripada bahan semulajadi

c)

Tidak jika suplemen itu original

d)

Tidak ambil tahu kerana saya tidak makan ubat