wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK akhir tahun ting2 kssm

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah alatan yang digunakan untuk melonjak ke atas peti lombol?

a)

tilam

b)

bangku

c)

trampolin

d)

papan anjal

2.

Mengapakah lutut perlu fleksi semasa mendarat dalam aktiviti menghambur?

a)

regangan

b)

lonjakan

c)

ikut lajak

d)

serap daya

3.

Berikut adalah ragam pergerakan dalam tarian inang kecuali__________

a)

Ragam C

b)

Ragam L

c)

Ragam X

d)

Ragam sudi

4.

Namakan jenis hantaran bola baling berdasarkan gambar di atas

a)

Hantaran atas bahu

b)

Hantaran dada

c)

Hantaran bawah lengan

d)

Hantaran sisi

5.

Mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang

Menggagalkan pihak lawan daripada menjaringkan gol

Penyataan di atas merujuk kepada kemahiran ________________.

a)

Mengacah

b)

Mengadang

c)

Melantun

d)

Mengelecek

6.

Namakan tiga jenis kemahiran menjaring dalam permainan bola baling.

I jaringan junam

II jaringan menyerkap

III jaringan lantun

IV jaringan atas kepala

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, III, dan IV

7.

Mengapakah kemahiran seperti bounce try, touch atau dive dilakukan dalam permainan ragbi sentuh?

a)

Mendapatkan mata kemenangan

b)

Mematikan pergerakan pihak lawan

c)

Mendapatkan bola baling dari rakan

d)

Kemahiran merampas bola pihak lawan

8.

Apakah jenis hantaran yang dibenarkan dalam permainan ragbi sentuh?

a)

Hadapan dan sisi

b)

Belakang dan sisi

c)

Hadapan dan lantun

d)

Belakang dan lantun

9.

Aspek manakah yang membezakan permainan ragbi sentuh dengan permainan ragbi biasa?

a)

Kemahiran menghantar dan menangkap

b)

Saiz bola dan alatan yang digunakan

c)

Mesti menyentuh pihak lawan bagi merampas bola

d)

Lima kali sentuhan boleh mematikan pihak lawan

10.

Dalam sepak takraw, selain daripada digunakan untuk menerima servis, anggota kepala juga digunakan untuk __________.

I merejam

II melibas

III menimang

IV mengumpan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

11.

Namakan Anggota badan yang digunakan ketika menerima bola servis dalam permainan sepak takraw.

I Kaki

II Kepala

III Paha

IV Badan

a)

I, III dan IV

b)

I, II dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

12.

Kemahiran menimang, mengumpan melibas dan menanduk dalam permainan sepak takraw merupakan ____________.

a)

Strategi menyerang

b)

Strategi pertahanan

c)

Latih tubi sepakan bahagian dalam kaki

d)

Latih tubi menggunakan kekura kaki

13.

Bagaimana mengira satu larian lengkap dalam permainan kriket?

a)

Larian ke tempat jatuhan bola

b)

Larian dari tempat menyambut bola ke wiket

c)

Larian dari wiket ke tempat jatuhan bola

d)

Larian dari wiket ke wiket yang bertentangan

14.

Apakah kesalahan Teknik lakuan yang membatalkan peserta lumba jalan kaki pada gambar di bawah?

a)

Lutut bengkok

b)

Badan condong ke hadapan

c)

Jarak langkah terlalu pendek

d)

Kaki belakang keadaan lurus

15.

Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali

________________.

a)

Ayun tangan selari dengan dada

b)

Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu

c)

Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar tidak mencecah tanah

d)

Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus

16.

Nyatakan fasa-fasa yang telibat dalam gaya lompat jauh.

I.Fasa lari landas

II.Fasa melonjak

III.Fasa melayang

IV.Fasa mendarat

a)

I dan II

b)

I, II, dan III

c)

I, II dan IV

d)

I,II,III dan IV

17.

Mengapakah badan dicondongkan ke hadapan semasa mendarat dalam acara lompat jauh?

a)

Supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan

b)

Peraturan cara mendarat dalam acara lompat jauh

c)

Untuk mengurangkan tekanan semasa pendaratan

d)

Bagi melambatkan dan menjauhkan pendaratan

18.

Apakah faktor yang tidak menpengaruhi jarak lompatan dalam acara lompat jauh?

a)

Lari lantas dengan pantas dan terkawal

b)

Tolakkan kaki kuat semasa melonjak

c)

Keseimbangan badan semasa layangan

d)

Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat

19.

· Mengawal kelajuan

· Mengekalkan keseimbangan badan.

· Tidak melepasi garisan lengkung.

Pernyataan tersebut merupakan lakuan fasa ________________ dalam acara merejam lembing.

a)

persediaan

b)

lari landas

c)

rejaman

d)

ikut lajak

20.

Berapakah kedudukan sudut pelepasan lembing yang sesuai semasa melakukan acara merejam lembing?

a)

30-35 darjah

b)

35-40 darjah

c)

40-45 darjah

d)

45-50 darjah

21.

Apakah ikatan yang dilakukan sebagai permulaan sebelum aplikasi ikatan lain?

a)

Ikatan pengail

b)

Ikatan serong

c)

Ikatan silang gunting

d)

Ikatan simpul manuk.

22.

Ikatan ini sesuai untuk membuat rakit , Menara dan jambatan.Apakah nama ikatan ini?

a)

Ikatan seraya

b)

Ikatan serong

c)

Ikatan Pengail

d)

Ikatan silang gunting

23.

Memilih dan menamakan jenis aktiviti fizikal atau senaman untuk dilakukan mengikut keupayaan dan minat merupakan prinsip _______ dalam latihan berlandaskan prinsip F.I.T.T.

a)

Frequency (kekerapan

b)

Intensity (Intensiti)

c)

Time (masa)

d)

Type (Jenis)

24.

Ahmad perlu melakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya lima kali seminggu untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikalnya. Ini merupakan prinsip ______ dalam rancangan latihan.

a)

Frequency (kekerapan)

b)

Intensity (Intensiti)

c)

Time (masa)

d)

Type (Jenis)

25.

Apakah yang mempengaruhi keupayaan individu untuk melakukan aktiviti secara berterusan dalam jangka masa lama?

a)

Kekuatan otot dan tahap ketangkasan

b)

Kepantasan dan masa tindak balas

c)

Tahap fleksibiliti yang cemerlang

d)

Tahap kapasiti aerobik yang tinggi.

26.

Bagaimanakah aktiviti regangan membantu dalam pergerakan harian?

a)

Meningkatkan julat pergerakan yang maksimum

b)

Menguatkan otot rangka dan jantung

c)

Meningkatkan jangka masa yang lama melakukan aktiviti

d)

Tiada peningkatan dalam berat badan

27.

Apakah kegunaan alat di bawah dalam uijan kecergasan fizikal?

a)

Menguji tahap kelenturan badan

b)

Menguatkan kekuatan otot tangan

c)

Mengukur peratusan lemak badan

d)

Meningkatkan daya tahan otot kaki

28.

· Meningkatkan prestasi atlet

· Mengurangkan risiko kecederaan otot.

· Melakukan aktiviti atau bekerja dalam masa yang lama

Pernyataan diatas merujuk kepada faedah komponen _________ kecergasan fizikal.

a)

Komposisi badan

b)

Kelenturan

c)

Kekuatan otot

d)

Daya tahan otot

29.

Mengapakan ujian SEGAK perlu dijalankan dua kali setahun?

a)

Meningkatkan kemahiran murid

b)

Mencungkil bakat murid

c)

Memantau tahap kecergasan murid

d)

Tindakan susulan pemeriksaan kesihatan

30.

Apakah jenis orientasi seksual yang dibenarkan agama di Malaysia melalui perkahwinan yang sah?

a)

Biseksual

b)

Heteroseksual

c)

Transeksual

d)

Homoseksual

31.

· Memberi bimbing dan nasihat

· Mengamalkan budaya hidup sihat

· Memantau pergaulan dan tingkah laku

Siapakah yang akan bertanggungjawab melaksanakan tugasan seperti di atas?

a)

rakan sebaya

b)

ibubapa

c)

masyarakat

d)

kaunselor

32.

Bagaimana menangani kecelaruan identiti gender dalam kalangan remaja?

a)

Bergaul Bersama rakan kearah positif

b)

Mencuba perkara-perkara negative melalui media social

c)

Mengikut rakan-rakan keluar berfoya-foya

d)

Memberi pandangan mengenai rakan-rakan yang tidak berakhlak

33.

Pernyataan manakah menggambarkan maksud kehormatan diri?

a)

Menjaga kebersihan imej kendiri

b)

Penampilan dan tingkah laku sesesorang

c)

Berakhlak mulia dan tidak baik hati

d)

Maruah diri dan harga diri seseorang

34.

Apakah kesan kepada keluarga jika salah seorang ahli keluarga diambil tindakan seperti dalam gambar di bawah ini?

a)

Menjauhkan diri daripada polis

b)

Masyarakat mengambil tindakan

c)

Malu dan maruah keluarga tercemar

d)

Bertindak ganas dan menjauhkan diri

35.

Berikut adalah kesan tidak menjaga kehormatan diri kecuali __________

a)

Merosakkan akhlak dan imej tercemar

b)

Dihormati kenalan dan masyarakat

c)

Terjerabak dengan gejala negative

d)

Dipandang rendah oleh masyarakat

36.

Apakah kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan?


I Bergaul bebas dengan mesra

II Membuat keputusan yang tepat

III Berkomunikasi dengan jelas

IV Berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II,III dan IV

37.

Remaja boleh menangani konflik dengan pelbagai cara kecuali _______

a)

Berbincang dengan ibu bapa

b)

Bersikap prejudis terhadap sesuatu isu

c)

.Menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

d)

Perbincangan terbuka untuk menyelesaikan sesuatu masalah

38.

Hafiz berasa kecewa dan cepat marah. Emosi beliau tidak stabil menyebabkan beliau sering berasa cemas dan sukar focus terhadap pelajarannya.

Menurut pernyataan di atas, apakah yang telah berlaku kepada Hafiz?

a)

Kesan kecelaruan identiti seksual

b)

Akibat sikap tidak puas hati terhadap keluarga

c)

Kesan konflik dan stress pada dirinya

d)

Tindakan akibat daripada kegagalan terpilih dalam pasukan sekolah

39.

Susun kategori generasi berikut dari tahun sebelum 1965 hingga tahun 2025

a)

Generasi Alpha, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z, Baby Boomers.

b)

Baby Boomers, Generasi X , Generasi Y, Generasi Z , Generasi Alpha.

40.

Cara pengendalian makanan penting bagi mengekalkan keselamatan dan kualiti makanan KECUALI_________

a)

Menggunakan kaedah penyediaan yang canggih

b)

Memastikan ruang penyediaan makanan bersih

c)

Menggunakan peralatan masakan yang selamat

d)

Memastikan bahan mentah segar dan berkualiti