wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kecergasan Fizikal: Kekuatan Otot

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan otot?

a)

Keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penegangan ketika ditarik.

b)

Kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan.

c)

Keupayaan otot atau kumpulan otot untuk membuat pengecutan dalam tempoh masa yang lama.

d)

Keupayaan otot jantung mengepam darah keseluruh tubuh badan dalam jangka masa yang lama.

2.

Berikut merupakan kepentingan daya tahan otot kecuali...

a)

Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang

b)

Dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih baik

c)

Meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik

d)

Mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan aktiviti

3.

Contoh aktiviti daya tahan otot untuk bahagian upper body termasuklah...

a)

lunges

b)

squats

c)

leg press

d)

bench press

4.

Berdasarkan gambar di atas, aktiviti manakah yang boleh menguatkan otot tersebut?

a)

Squats

b)

Biceps Curl

c)

Push-Up

d)

Bench Press

5.

Apakah faedah-faedah latihan kekuatan otot kepada tubuh badan?

a)

Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko mendapat osteoporosis

b)

Membentuk postur yang kurang baik

c)

Mengurangkan tekanan

d)

Otot menjadi hipotropi

6.

Berdasarkan gambarajah tersebut, apakah nama keadaan otot yang ditonjolkan?

a)

Hipotropi

b)

Hipertropi

c)

Hipertensi

d)

Atropi

7.

Berdasarkan gambarajah tersebut, apakah yang dimaksudkan dengan Latihan Isotonik?

a)

Otot tiada perubahan saiz dan dalam keadaan yang normal.

b)

Melibatkan pemanjangan saiz otot dalam kadar masa yang tertentu.

c)

Melibatkan penguncupan otot tanpa melibatkan perubahan saiz.

d)

Melibatkan pemendekan otot (konsentrik) dan pengembalian otot ke tahap asal atau esentrik.

8.

Berdasarkan gambarajah tersebut, apakah yang dimaksudkan dengan Latihan Isometrik?

a)

Melibatkan penguncupan otot tanpa melibatkan perubahan saiz otot.

b)

Melibatkan pemendekan otot (konsentrik) dan pengembalian otot ke tahap asal (esentrik).

c)

Otot tidak mengalami sebarang perubahan saiz.

d)

Melibatkan pemanjangan otot dan melibatkan perubahan saiz otot.

9.

Apakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan aktiviti daya tahan otot?

a)

Melakukan aktiviti warming-up sebelum memulakan aktiviti daya tahan otot.

b)

Memakai pakaian sukan yang sesuai dan kasut yang selesa untuk mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti daya tahan otot.

c)

Menggunakan beban atau alatan yang bersesuaian dengan kemampuan diri berdasarkan prinsip 1RM.

d)

Melakukan aktiviti daya tahan otot secara berterusan tanpa rehat supaya momentum tidak terhenti.

10.

Aktiviti Bench Press boleh menguatkan otot...

a)

Latissimus Dorsi

b)

Pectoralis Major

c)

Biceps Brachii

d)

Gluteus Maximus

11.

Aktiviti untuk menguatkan otot Abdominals termasuklah...

a)

Half Squats

b)

Sits-Up

c)

Leg Raises

d)

Rowing

12.

Aktiviti Rowing dan Pulldown adalah untuk menguatkan otot...

a)

Biceps Brachii

b)

Triceps

c)

Latissimus Dorsi

d)

Rectus Abdominis

13.

Fasa-fasa dalam melakukan aktiviti Bench Press adalah...

a)

Persediaan, Menaikkan beban, Menurunkan beban

b)

Persediaan, Menurunkan beban, Menaikkan beban

c)

Persediaan, Bangun, Duduk

d)

Persediaan, Duduk, Bangun

14.

Fasa-fasa dalam melakukan Bangkit Tubi adalah...

a)

Persediaan, Duduk, Bangun

b)

Persediaan, Bangun, Duduk

c)

Persediaan, Menaikkan beban, Menurunkan beban

d)

Persediaan, Menurunkan beban, Menaikkan beban

15.

Berapakah jumlah minimum hari dalam seminggu untuk melakukan aktiviti daya tahan otot?

a)

3

b)

5

c)

2

d)

7