wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS SUKAN SPM

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud sains sukan

a)

A. Sains sukan merupakan satu kajian yang saintifik mengenai perkembangan dan perubahan fisiologi

b)

B Sains sukan ialah perkembangan dan pengetahuan aplikasi sains terhadap peningkatan prestasi atlet

c)

C. Sains sukan ialah bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan untuk meningkatkan prestasi

d)

D. Sains sukan merupakan satu kajian yang sainstifik yang melibatkan perkembangan pertumbuhan fisioterapi dan anatomi sahaja.

2.

Disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya merujuk kepada bidang ilmu sains sukan.........

a)

A. natomi

b)

B, Fisiologi

c)

C Kawalan motor

d)

Kecergasan fizikal

3.

1. Ilmu tentang keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan dalam menghadapi cabaran kerja fizikal harian …………………………………………………………………….

a)

A anatomi

b)

B Fisiologi

c)

C Kawalan Motor

d)

D Kecergasan Fizikal

4.

4. Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan aktiviti Sukan Untuk Semua?

a)

A. Squash Terbuka Malaysia 2018

b)

B. Larian 100 meter Sukan Asia 2018

c)

C. Kejohanan Bola sepak MSSM 2018

d)

D. Sukaneka Komuniti Kampung Pisang

5.

Pernyataan manakah yang menunjukkan etika dan patroitisme yang rendah dalam sukan?

a)

A. Penonton menunjukkan emosi dan mempertikaikan keputusan pengadil

b)

B. Penonton berasa terhibur menyaksikan pertandingan dijalankan dengan adil

c)

C. Penonton menunjukkan sikap bertimbang rasa, saling memahami dan semangat kesukanan yang tulen

d)

D. Penonton masuk ke padang meraikan kejayaan pasukan sebagai tanda sokongan sejurus tamat perlawanan

6.

Rajah menunjukkan aksi seorang pemain tenis. Pilih bahagian yang melibatkan penggunaan sendi engsel

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

1. Rajah 3 menunjukkan satu gerakan menghasilkan pengucupan isotonik

a)

A (X) Penguncupan Konsentrik (Y) Penguncupan esentrik

b)

B (X) Penguncupan konsentrik (Y) Penguncupan Konsentrik

c)

C (X) Penguncupan esentrik (Y) Penguncupan esentrik

d)

D (X) Penguncupan esentrik (Y) Penguncupan konsentrik

8.

8. Maklumat menunjukkan data yang diperolehi bagi seorang atlet. Hitungkan kadar keluaran jantung atlet tersebut. [ Q = KDJ x IS]

a)

A. 0.13 L.min­¹

b)

B. 0.86 L.min­¹

c)

c. 1.16 L.min­¹

d)

D. 4.20 L min­¹

9.

Rajah menunjukkan aksi perenang dalam acara renang 1500 meter gaya bebas yang melibatkan perubahan penggunaan sistem tenaga. Apakah jenis sistem tenaga yang digunakan selepas 300 meter bagi acara renang 1500 meter gaya bebas.

a)

A. Sistem tenaga aerobik

b)

B. Sistem tenaga ATP-PC

c)

C. Sistem tenaga oksidatif

d)

D. Sistem tenaga glikolisis anaerobic

10.

Latihan kecergasan fizikal yang progresif akan menyebabkan berlaku adaptasi terhadap struktur sistem kardiovaskular. Apakah adaptasi yang berlaku kepada jantung?

a)

A. Pertambahan saiz jantung

b)

B. Kadar keluaran jantung menurun

c)

C. Kaviti ventrikel kanan bertambah besar

d)

D. Penebalan pada kedua-dua dinding ventrikel

11.

Keterangan manakah yang merujuk kepada posisi Superior anatomi badan manusia

a)

A. Bahagian yang terhampir dengan garisan tengah jasad

b)

B. Bahagian atas tubuh atau bahagian yang menuju ke arah kepala

c)

C. Bahagian bawah tubuh atau bahagian yang menuju ke arah kaki

d)

D. Bahagian yang menjauhi garisan tengah jasad atau bahagian yang menuju ke sisi tubuh

12.

Apakah maksud kinematik dalam pergerakan?

a)

A. Pergerakan yang mengambil kira daya luaran

b)

B. Pergerakan tanpa mengambi kira aplikasi daya

c)

C. Pergerakan yang menerangkan objek bergerak dalam bentuk linear

d)

D. Pergerakan yang menerangkan objek bergerak dalam bentuk oblik

13.

Hukum Inersia merujuk kepada jenis

a)

A. Hukum Newton Kedua

b)

B. Hukum Newton Ketiga

c)

C. Hukum Newton Pertama

d)

D. Hukum Newton Pecutan

14.

Rajah menunjukkan tahap pembelajaran kemahiran motor.

Pilih ciri-ciri tahap kemahiran motor P


I. Pencapaian tahap tertinggi

II. Pencapaian tahap pertengahan

III. Telah menguasai sepenuhnya kemahiran asas

IV. Peringkat menerima dan mentafsir arahan lisan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan IV

d)

D. II dan III

15.

Rajah menunjukkan satu aksi dalam permainan badminton.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan lakuan tersebut?

I Pegun atau statik

II Tapak sokongan diluaskan

III Merendahkan pusat graviti

IV Jasad bergerak dan berada dari luar garisan pusat gravitinya

a)

A. I dan II

b)

B. II dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

16.

Rajah menunjukkan aksi dalam gimnastik. Rajah 10

Namakan komponen kecergasan fizikal yang dominan dalam aksi tersebut?

a)

A. Kuasa

b)

B. Fleksibiliti

c)

C. Imbangan

d)

D. Kekuatan otot

17.

Dato Lee Chong Wei ialah pemain badminton negara yang sentiasa tenang dan tidak mudah terganggu dengan tekanan dari penonton. Apakah dimensi kesejahteraan yang dimiliki beliau..

a)

A. Emosi

b)

B. Mental

c)

C. Fizikal

d)

D. Rohani

18.

Maklumat di bawah berkaitan dengan prinsip latihan fizikal


  • Tukar lokasi tempat latihan
  • Ubah bentuk latihan

Apakah prinsip latihan tersebut?

a)

A. Jenis

b)

B. Progresif

c)

C. Keseronokan

d)

D. Kepelbagaian

19.

Latihan pliometrik adalah untuk melatih pergerakan atlit supaya menjadi pantas dan eksplosif. Namakan kecekapan sistem tenaga bagi latihan pliometrik.

a)

A. Sistem otot rangka

b)

B. Sistem tenaga aerobic

c)

C. Sistem latihan bebanan

d)

D. Sistem tenaga anaerobik

20.

Jadual menunjukkan fasa-fasa pertandingan.

Namakan fasa bagi Y.

a)

A. Fasa Latihan

b)

B. Fasa Transisi

c)

C. Fasa Persediaan

d)

D. Fasa Pertandingan

21.

Gambar menunjukkan sukan ragbi.

Pilih dua komponen kecergasan yang terlibat bagi sukan tersebut.


I. Kuasa

II. Koordinasi

III. Masa reaksi

IV. Ketangkasan

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. I dan IV

22.

Gambar menunjukkan Piramid makanan atlet. Namakan makanan bagi aras 4

a)

A. Sayur

b)

B. Bijirin

c)

C. Daging

d)

D. Minyak

23.

Sistem tenaga yang manakah menggunakan sumber tenaga utama eksogenus.

a)

A. Sistem aerobik

b)

B. Sistem anaerobik laktik

c)

C. Sistem anaerobik alaktik

d)

D. Sistem anaerobk glikolisis

24.

Proses pemindahan haba secara langsung apabila bersentuh dengan objek dinamakan sebagai

a)

A. Radiasi

b)

B. Konduksi

c)

C. Perolakan

d)

D. Penyejatan

25.

Makanan yang manakah perlu dielakkan oleh atlet sebelum latihan dan pertandingan.

a)

A. Bar

b)

B. Gel

c)

C. Kacang

d)

D. Minuman sukan

26.

Gambar menunjukkan pelbagai bentuk kafein.

Pilih jawapan yang betul berkaitan dengan fungsi kafein.


I. Menambahkan jisim otot.

II. Meningkatkan tumpuan atlet

III. Meningkatkan sintesis asid amino

IV. Meningkatkan stamina dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular

a)

A. I dan III

b)

B. II dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. I dan IV

27.

Farah Ann merupakan atlet gimnastik negara yang akan bertanding dalam Sukan Asia 2018. Atlet ini mengalami perasaan gementar untuk menghadapi kejohanan tersebut. Nyatakan bidang kerjaya yang boleh dirujuk.

a)

A. Pendidik

b)

B. Penyelidik

c)

C. Pakar perunding

d)

D. Psikologis sukan klinikal

28.

Khairul Hafiz jantan telah menetapkan sasaran untuk mencapai 10.15 saat acara 100 meter bagi bagi Sukan Asia 2018. Apakah jenis penetapan matlamat beliau.

a)

A. Matlamat hasil

b)

B. Matlamat proses

c)

C. Matlamat prestasi

d)

D. Matlamat jangka panjang

29.

Rajah menunjukkan keagresifan yang berlaku dalam sukan. Berdasarkan rajah tersebutA yang manakah keagresifan asertif.

a)

A

b)

B

30.

Seorang atlet telah membayangkan situasi perlawanan sebelum menghadapi pertandingan sebenar. Apakah jenis latihan kemahiran psikologi sukan tersebut.

a)

A. Imageri

b)

B. Latihan pernafasan

c)

C. Relaksasi otot progresif

d)

D. Kata rangsangan kendiri

31.

Maklumat di bawah menunjukkan konsep asas sukan.

  • Mengikut turutan masa
  • Tiada tekanan
  • Tiada penamat

Berdasarkan maklumat di atas, apakah konsep tersebut

a)

A. Main

b)

B. Sukan

c)

C. Rekreasi

d)

D. Pendidikan jasmani

32.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan positif penglibatan dalam sukan terhadap individu.


I. Meningkatkan mobiliti sosial

II. Memupuk semangat kekitaan

III. Mengukuhkan nilai perpaduan

IV. Memupuk semangat patriotisme

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

33.

Rajah menunjukkan kecederaan tisu lembut.

a)

A. Strain

b)

B. Sprain

c)

C. Tendonitis

d)

D. Radang bursa

34.

Maklumat di bawah berkaitan kecederaan yang disebabkan oleh stres haba.

· Kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan

· Berlaku kerana terdedah kepada suhu tinggi dam dehidrasi


Maklumat di atas merujuk kepada

a)

A. Strok haba

b)

B. Ruam haba

c)

C. Keletihan haba

d)

D. Kekejangan haba

35.

Rajah menunjukkan kecederaan tisu keras. Berdasarkan rajah tersebut, Q menunjukkan patah

a)

A. Patah serong (Oblique)

b)

B. Patah terpusing (Spiral)

c)

C. Patah lesung (Impacted)

d)

D. Patah melintang (Tranverse)

36.

Rajah menunjukkan sistem badan manusia. namakan bahagian bertanda X

a)

A. Jantung

b)

B. Paru-paru

c)

C. Usus kecil

d)

D. Usus Besar