wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P.Kesihatan T6-Tingkahlaku Seksual

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Tingkah laku seksual merujuk kepada

a)

perubahan fizikal individu

b)

tiada berlaku perubahan fizikal

c)

sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual

d)

perubahan ketinggian

2.

Bolehkah gangguan seksual berlaku di tempat-tempat awam?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda diganggu dengan sengaja ?

a)

Membiarkan saja

b)

Melaporkan kepada pihak berkuasa

c)

Tidak mengambil peduli

4.

Pilih DUA situasi yang mendorong kepada gangguan tingkah laku sosial

a)

Berhimpit-himpit dengan penumpang lain dengan sengaja semasa berada di dalam pengangkutan awam.

b)

Memasuki tandas awam (perempuan) dengan sengaja

c)

Makan bersama-sama ahli keluarga

d)

Beriadah bersama-sama ahli keluarga

5.

Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual

b)

Supaya dapat belajar bersama-sama

c)

Supaya tidak bergaduh

6.

Pilih DUA pernyataan yang betul.

a)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan

tidak terkawal ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

b)

Tingkah laku seksual yang terlarang boleh diamalkan.

c)

Tingkah laku seksual yang terlarang tidak menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak

d)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal akan

menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak individu.

7.

Bolehkah anda bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

8.

Melayari laman pornografi dan mengunjungi pusat hiburan adalah mendorong tingkahlaku seksual.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Ciri-ciri seksualiti yang baik sebagai remaja ialah berpakaian menjolok mata. BENAR Atau TIDAK

a)

BENAR

b)

TIDAK

10.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?

a)

Membaca bersama-sama

b)

Membuang majalah tersebut

c)

Mengambil dan menyimpan majalah tersebut

d)

Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah

11.

Nyatakan DUA kesan melayari video lucah ?

a)

Berasa seronok

b)

Boleh mencemarkan jiwa dan hati

c)

Menghargai masa

d)

Menambah dosa

12.

Apakah yang berlaku dalam situasi gambar di atas ?

a)

Iklan menaiki pengangkutan awam

b)

Gangguan seksual daripada seorang penumpang lelaki

c)

Iklan sopan santun di dalam bas

d)

Menambah ilmu dengan melayari Internet

13.

sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang mendatangkan kesan buruk kepada fizikal, _____________ dan ______________.

a)

sosial, emosi

b)

minda, emosi

c)

psikologi, emosi

14.

sumbang mahram merupakan penganiayaan seksual yang dilakukan oleh individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

a)

betul

b)

salah

15.

Ciri-ciri Seksualiti yang dianjurkan oleh agama dan budaya

a)

Memakai pakaian yang menjolok mata

b)

Mengasingkan dan menjarakkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan

c)

Menjalankan aktiviti yang tidak sihat seperti menonton video lucah

d)

Pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan

16.

Mengapakah masalah seks sibersemakin berleluasa dalam kalangan remaja?

i) Faktor dunia tanpa sempadan

ii) Kemudahan jalur lebar di rumah

iii) Peningkatan laman sesawang pornografi

iv) Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawat oleh anak

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

17.

Gangguan seksual bukan sahaja melalui sentuhan fizikal, ganggual seksual juga boleh dikatakan berlaku secara

I) Lisan

II) Pandangan atau renungan

III) Bunyi seperti bersiul

IV) Mesej

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, II dan IV

18.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda diganggu dengan sengaja ?

a)

Membiarkan saja

b)

Melaporkan kepada pihak berkuasa

c)

Tidak mengambil peduli

d)

Melawan

19.

Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual

b)

Supaya dapat belajar bersama-sama

c)

Supaya tidak bergaduh

d)

Untuk mengelakkan sifat cemburu kawan yang lain

20.

Pilih tiga kesan melayari video lucah

a)

Berasa seronok

b)

Boleh mencemarkan jiwa dan hati

c)

Menghargai masa

d)

Terlibat seks luar nikah

e)

Ketagihan pornografi

21.

Situasi 1 :-

Syazwan memujuk Aliah berjumpa di tempat yang sunyi berdua-duaan. Apakah tindakan yang perlu Aliah lakukan? Pilih 2 tindakan yang betul.

a)

Menolak pelawaan Syazwan

b)

Menerima pelawaan tersebut

c)

Menghubungi guru yang bertugas untuk berlindung

d)

Mengikut Syazwan ke tempat yang sunyi

22.

Situasi 2 :-

Semasa berkunjung ke rumah jiran, jiran anda sedang melihat-lihat majalah lucah. Jiran mengajak anda sama-sama untuk melihat majalah tersebut. Apakah tindakan anda?


Tandakan satu pilihan yang paling tepat.

a)

Menolak pelawaan jiran, putus kawan & pulang ke rumah sendiri

b)

Menerima pelawaan jiran tetapi menonton majalah tersebut pada hari esok

c)

Menolak pelawaan jiran dan menasihati jiran supaya jangan menonton majalah tersebut dan buang majalah itu.

d)

Menerima pelawaan dan melihat majalah tersebut pada waktu itu juga

23.

Situasi 3 :-

Semasa Raja sedang melayari Internet untuk mencari bahan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru, secara tiba-tiba terpapar gambar-gambar lucah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Raja?

a)

Menonton gambar tersebut pada waktu itu juga

b)

Menutup gambar lucah tersebut dan teruskan mencari bahan kerja

24.

Bolehkah orang lain menyentuh anggota seksual kita?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

25.

Apakah maksud Zon Larangan Sentuh di bahagian badan?

a)

Bahagian badan yang kotor

b)

Bahagian badan yang tidak cantik

c)

Bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun

d)

Bahagian badan yang tidak sampai disentuh oleh tangan

26.

Bahagian manakah yang merupakan Zon Larangan Sentuh di badan?

(Pilihan jawapan lebih daripada satu)

a)

Mulut

b)

Dada

c)

Kemaluan

d)

Punggung

27.

Seorang bapa saudara boleh membuka baju dan mengambil gambar kamu tanpa pakaian.

a)

BENAR

b)

SALAH

28.

Apakah tindakan pertama sekiranya seseorang cuba meraba dan mencium kamu?

a)

Ketawa

b)

Pura-pura pengsan

c)

Sendawa

d)

Menjerit

29.

Tindakan penting sekiranya ada cubaan jenayah seksual dilakukan kepada kamu.

(Pilihan jawapan lebih daripada satu)

a)

Menjerit sekuat hati

b)

Lari dari tempat itu

c)

Beritahu ibu bapa atau orang dewasa yang berdekatan

d)

Menangis

30.

Sekiranya seseorang yang dikenali atau tidak dikenali meminta kamu berahsia atau tidak memberitahu sesiapa tentang perkara yang tidak baik yang dilakukannya. Kamu perlu...

a)

menyimpan rahsianya, kerana ia adalah amanah dan memalukan.

b)

menulis rahsianya di dalam buku catatan agar tidak lupa.

c)

menyebarkan melalui media sosial seperti facebook, instagram dan youtube.

d)

memberitahu ibu bapa atau guru atau orang dewasa yang boleh dipercayai dengan segera secara terperinci supaya tindakan dapat diambil.

31.

Yang manakah perbuatan yang tidak dibenarkan ke atas anggota seksual kita?

a)

menyentuh

b)

merakam atau memfoto

c)

menutup mata

d)

melihat

32.

Apakah anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain?


i. kemaluan

ii. dada

iii. kaki

iv. punggung

v. tangan

a)

i dan v

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua sekali

33.

Tandakan kesan tidak menjaga kehormatan diri yang telah dipelajari.

a)

Maruah diri dan keluarga tercemar.

b)

Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran.

c)

Disayangi oleh guru dan rakan-rakan.

d)

Dpandang serong dan dianggap negatif oleh masyarakat.

34.

Apa yang adik lakukan jika ada orang asing ingin memegang dadamu?

a)

Diam saja

b)

Menangis

c)

Marah dan berteriak

d)

Bersikap tenang

35.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya orang lain menyentuh anggota seksual kita?

a)

Memberitahu kawan

b)

Melaporkan kepada guru / ibu bapa / polis.

c)

Memberitahu kepada pengawas

36.

Antara situasi berikut yang manakah merupakan sentuhan tidak selamat?

a)

Farzana bersalam dengan ibu dan bapanya sebelum ke sekolah

b)

Afif memegang tangan Lina ketika berjalan ke kantin sekolah

c)

Cikgu Mai bersalaman dengan Cikgu Maheran ketika bertemu

d)

Fadzal bersalaman dengan Cikgu Faisal ketika ingin pulang.

37.

Apakah tindakan perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat dalam hubungan kekeluargaan?

a)

Mendiamkan diri.

b)

Memberitahu kepada orang boleh dipercayai seperti ibu bapa atau guru.

c)

Mengikut kehendak pemangsa supaya tidak dicederakan.

d)

Menangis sendirian.

38.

Apakah anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain?


i. pipi

ii. dada

iii. kaki

iv. punggung

v. tangan

a)

i dan v

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua sekali

39.

Kita boleh membenarkan orang asing menyentuh bahagian alat sulit kita.

a)

Betul

b)

Salah

40.

Selain daripada perubahan fizikal, perubahan tingkah laku seksual juga berlaku seperti......

a)

Berasa malu dan perasaan kadang-kadang tidak tentu hala

b)

Tiada perasaan

41.

Apakah yang perlu kamu lakukan jika mengalami kejadian

gangguan seksual?

a)

Mengajak berbual

b)

Mengikut orang yang tidak dikenali

c)

Berkata "TIDAK" dan beredar

42.

Berikut merupakan Gangguan Seksual kecuali

a)
b)
c)
d)
43.

Seorang menghubungi anda melalui media sosial dan mengajak anda untuk berjumpa di taman yang berdekatan. Apakah tingkah laku anda yang bijak?

a)

Berjumpanya bersama dengan rakan lain.

b)

Tidak memberi respon dan tidak menerima pelawaannya.

c)

Ajak ibu untuk berjumpa dengannya.

d)

Beranikan diri untuk berjumpa dengannya.

44.

Seorang kawan suka bergurau-senda dan selalu menyentuh bahagian tubuh badan anda menyebabkan anda merasa kurang selesa. Apakah reaksi anda yang paling baik? (Anda boleh pilih lebih daripada satu)

a)

BIar sahaja.

b)

Terus pukul kawan berkenaan.

c)

Maklum kepada kawan ini bahawa anda tidak selesa dengan perbuatannya.

d)

Lapor kepada guru atau kaunselor sekiranya kawan berkenaan masih terus berbuat demikian walaupun sudah dimaklumkan.

45.

Anda telah berkongsi gambar peribadi anda dengan kawan media sosial dan sekarang kawan ini telah mengugut untuk menyebarluas gambar berkenaan sekiranya tidak dibayar jumlah wang tertentu. Apakah tindakan anda yang terbaik? (Boleh pilih daripada satu)

a)

Bayar jumlah wang yang diminta.

b)

Berunding dengannya untuk membayar secara ansuran.

c)

Tutup akaun media sosial.

d)

Buat laporan polis.

46.

Pilih situasi yang memerlukan anda mengatakan "tidak" bagi melindungi anggota seksual. Anda boleh tandakan lebih dari satu jawapan.

a)

Jika ada yang ingin menyentuh anggota seksual kita secara paksa

b)

Apabila seorang rakan memeluk bahu kita

c)

Jika ada yang merakam atau mengambil gambar anggota seksual

d)

Apabila seseorang meminta untuk melihat anggota seksual kita

47.

Keluarga kita akan bangga bila kita suka berpakaian seksi dan menjolok mata.

a)

Betul

b)

Salah

48.

Devi merasa sangat gembira apabila gambar dia berpakaian seksi di media sosial mendapat banyak "like"

a)

Betul

b)

Salah

49.

Ketika hendak ke taman, Syila melalui kawasan semak seorang diri tanpa berteman.

a)

Betul

b)

Salah

50.

Pintu bilik hendaklah ditutup semasa kita menukar pakaian

a)

Betul

b)

Salah

51.

Kita boleh melihat kawan kita semasa dia hendak menukar pakaian sukan ketika di bilik persalinan,

a)

Betul

b)

Salah

52.

Ahmad hendak merakam gambar kakaknya yang sedang mandi.

a)

Betul

b)

Salah

53.

Kita boleh bergurau dengan memegang anggota seksual kawan.

a)

Betul

b)

Salah

54.

Kita hendaklah memakai pakaian yang sopan ketika beriadah.

a)

Betul

b)

Salah

55.

Bahagian manakah yang merupakan Zon Larangan Sentuh di badan?

(Pilihan jawapan lebih daripada satu)

a)

Mulut

b)

Dada

c)

Kemaluan

d)

Punggung