wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN - Akta & Prosedur

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan akta penubuhan perniagaan?

a)

Akta Syarikat 2012

b)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

c)

Akta Perihal Dagangan 1972


d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

2.

Pernyataan manakah yang benar tentang Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

a)

Mewajibkan semua pendaftaran syarikat berhad di Malaysia

b)

Mewajibkan pendaftaran semua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

c)

Memberi hak eksklusif kepada pencipta, pengarang, atau penerima haknya untuk mengawal pengeluaran semula sesebuah karya

d)

Menyediakan garis panduan tentang kuasa lembaga pengarah, hak ahli, pengendalian akaun, dan pengendalian mesyuarat agung

3.

Bentuk perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 ialah .........

a)

Perniagaan dimiliki oleh seseorang pemilik perniagaan sahaja.

b)

Bilangan pemilik perniagaan sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 60 orang.

c)

Bilangan ahli 2 hingga tidak terhad

d)

Bilangan ahli minimum 100 orang dan tiada had maksimum

4.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan akta penubuhan entiti perniagaan.


•Menggabungkan ciri-ciri sesebuah syarikat


•Memberi perlindungan untuk rakan-rakan kongsinya


•Memberikan fleksibiliti kepada usahawan dan pelabur

a)

Akta Koperasi 1948

b)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

c)

Akta Syarikat 2016

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

5.

Apakah faedah yang diperoleh oleh seorang peniaga yang mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

a)

Memperoleh untung yang lumayan

b)

Dikenakan cukai perniagaan yang rendah

c)

Melayakkan mendapat kemudahan menjalankan perniagaan

d)

Dikecualikan membayar lesen perniagaan untuk tempoh tiga tahun pertama

6.

Antara yang berikut, manakah prosedur pendaftaran perniagaan milikan tunggal?


I Perlantikan setiausaha syarikat

II Permohonan pemerbadanan syarikat

III Mendapat kelulusan nama perniagaan

IV Mengisi Borang Pendaftaran Perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan proses penubuhan perniagaan.


Perniagaan yang meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau apa-apa aktiviti yang bermatlamatkan keuntungan adalah perlu didaftarkan


Antara yang berikut, akta manakah yang sesuai dengan penyataan di atas?

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Francais 1998 (pindaan 2012)

c)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

8.

Ciri-ciri manakah yang berkaitan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Liabiliti terhad

b)

Entiti berasingan

c)

Tidak fleksibel

d)

Mudah dibubarkan

9.

Berapakah tempoh masa syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas pemerbadanan syarikat?

a)

10 hari

b)

15 hari

c)

30 hari

d)

45 hari

10.

Milikan perniagaan manakah yang tertakhluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?


I Butik Nurin & Farisha

II Aisyah Enterprise

III Fit Hijabstyle Sdn Bhd

IV Dreamworld Technology PLT

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Borang manakah yang perlu diisi oleh Fatin Pastry untuk mendapatkan lesen perniagaannya?

a)

Borang A

b)

Notis Pendaftaran

c)

Notis Pemerbadanan Syarikat

d)

Borang PNA 42

12.

"Encik Adam dan Encik Aziz berhasrat menubuhkan syarikat persendirian"


Mengapakah mereka perlu membuat permohonan carian nama syarikat?

a)

Untuk mencari nama yang ringkas dan mudah disebut

b)

Untuk mencari nama yang bercirikan identiti negara Malaysia

c)

Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama

d)

Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang telah didenda

13.

Borang manakah yang perlu digunakan untuk carian nama penubuhan syarikat sendirian berhad?

a)

Borang PNA 42

b)

Borang 13A

c)

Borang A

d)

Borang 9C

14.

Encik Saiful ingin menubuhkan sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Apakah prosedur penubuhan perniagaan tersebut.

a)

Permohonan carian nama syarikat - Melantik setiausaha syarikat -Permohonan pemerbadanan syarikat

b)

Permohonan kelulusan nama perniagaan - Notis pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

c)

Permohonan carian nama syarikat - Permohonan pemerbadanan syarikat - Notis pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

d)

Permohonan kelulusan nama perniagaan - Mengisi borang A - Menghantar borang bersama dokumen ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15.

Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

a)

Koperasi Nelayan

b)

Restoran Mohd Rafi

c)

Sime Darby Berhad

d)

Wira Digital Sdn Bhd