wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sajak roti

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Maksud selera kian menggelepar ialah

a)

kemahuan seseorang yang ingin kebebasan

b)

kemampuan seseorang untuk menikmati makanan

c)

keinginan untuk makan semakin bertambah

d)

kehendak manusia yang mahu makan makanan mahal

2.

Apakah ciri bagi Sajak Roti?

a)

Sajak ini mempunyai enam rangkap

b)

Sajak ini berbentuk terikat

c)

Jumlah perkataan bagi sajak ini adalah antara dua hingga tujuh patah perkataan

d)

Sajak ini terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata

3.

Mengapakah seseorang itu dianggap sebagai orang yang beriman?

a)

Membantu seseorang yang berada dalam kesusahan

b)

Menghulurkan derma kepada orang yang susah

c)

Memikirkan nasib orang yang kelaparan

d)

Memberikan sokongan moral kepada orang susah

4.

Apakah tema bagi Sajak Roti?

a)

Cara membuat roti

b)

Orang yang meminta-minta makanan

c)

Orang yang beriman ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin

d)

Menjual roti

5.

Sajak ini mempunyai berapa rangkap?

a)

enam rangkap

b)

tiga rangkap

c)

lapan rangkap

d)

lima rangkap

6.

Apakah maksud rangkap pertama sajak?

a)

Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti itu dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.

b)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.

7.

Di bawah merupakan nilai bagi Sajak Aku, kecuali.

a)

Kesabaran

b)

Kesyukuran

c)

Keimanan

d)

Kasih Sayang

8.

Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak?

a)

Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera

b)

Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan

c)

Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka kenyang

d)

Apabila manusia makan makanan yang sedap, manusia akan makan sehingga kenyang dan bersendawa

9.

Berapakah bilangan baris dalam rangkap kelima?

a)

empat baris

b)

lima baris

c)

tiga baris

d)

enam baris

10.

Apakah maksud juadah?

a)

pakaian

b)

makanan

c)

minuman

d)

alat tulis

11.

Apakah tema Sajak Roti?

a)

Kehidupan masyarakat susah yang terbela

b)

Kehidupan masyarakat kaya yang mementingkan diri sendiri

c)

Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

12.

Antara persoalan yang dikemukakan dalam Sajak Roti ialah..

a)

Manusia yang dapat menahan nafsu makan ketika lapar.

b)

Bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.

c)

Orang yang beriman akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.

13.

Percikan iman ialah contoh gaya bahasa (a)  

14.

Berikut ialah nilai yang terdapat dalam sajak KECUALI...

a)

Nilai kesabaran

b)

Nilai keimanan

c)

Nilai kegigihan

15.

' nafsu makan pun bergelora' ialah gaya bahasa

a)

Anafora

b)

Simile

c)

Hiperbola

16.

Kita hendaklah (a)   dengan nikmat kurniaan Tuhan

17.

Dari cerobong dapur

asap berjelaga berkepul

terkecur liur

harum berbau juadah tersohor.

Maksud rangkap di atas ialah

a)

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

b)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.

c)

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

18.

Berikut ialah bentuk Sajak Roti KECUALI

a)

Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

c)

Sajak berbentuk terikat

19.

Kita hendaklah (a)   ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.

20.

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

Nilai yang terdapat dalam maksud rangkap rangkap di atas ialah

a)

Kesabaran

b)

Kesyukuran

c)

Keimanan

21.

pilih simile yang betul

a)

terhidang seumpama permaidani terhampar

b)

berkeping keping menggegar selera

c)

nafsu makan pon bergelora

d)

melangit damai rasa

22.

Berikan nilai yang terdapat dalam puisi ini

a)

kasing sayang

b)

rasional

c)

prihatin

d)

kesyukuran

23.

pilih bentuk puisi dengan tepat

a)

ada tiga rangkap

b)

ada lima rangkap

c)

kesemua baris ialah maksud sajak

d)

baris yang genap saja ialah maksud sajak

24.

pilih hiperbola yang ada di dalam puisi

a)

selera kian menggelepar

b)

sendawa itu tidak sempurna

c)

melangit damai dirasa

d)

nafsu makan pun bergelora

25.

pilih perkataan yang tepat

kala ________ di depan mata

a)

pizza

b)

donut

c)

bombolodek

d)

roti

26.

pilih persoalan yang tepat

a)

bersyukur terhadap allah

b)

kemiskinan hidup

c)

kemakmuran hidup

d)

hidup bahagia

27.

Apakah pengajaran yang anda dapat dalam sajak Roti?

a)

Sebagai manusia, kita hendakalah sentiasa berputus asa.

b)

Kita hendaklah memberontak jika tidak mendapat sesuatu.

c)

Kita hendaklah melatih diri supaya menjadi orang yang tidak beriman.

d)

Kita hendaklah sabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.

28.

tema puisi ini ialah

a)

perbicaraan

b)

kegigihan

c)

kesyukuran

d)

kebahagiaan

29.

siapakah penulis puisi ini

a)

Baha Zain

b)

Mahwa Mohamed

c)

A. Hamid Jemain

d)

Ahmad Syahrul Wahid

30.

pada halaman yang keberapakah puisi ini dicetak di dalam buku komsas tingkatan 2

a)

1 - 2

b)

27 - 28

c)

34 - 35

d)

25 - 27

31.

Apakah perlambangan utama dalam sajak ini?

a)

Roti canai

b)

Roti sandwich

c)

Roti

32.

Rangkap 1

"Dari cerobong dapur

asap berjelaga berkepul

terkecur liur

harum berbau juadah tersohor."

Maksud?

a)

Roti yang dibuat di kedai membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum

b)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.

c)

Roti berbau wangi kerana roti itu terkenal

33.

Rangkap 3

"Kalau roti di depan mata

nafsu makan pun bergelora

berkeping-keping menggegar selera

perut pun kenyang terasa

tenang bersendawa."

Maksud?

a)

Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.

b)

Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan bersendawa.

c)

Orang yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.

34.

Rangkap 4;

"Bagi pemilik iman di dada

sendawa itu tidak sempurna

masih ada beban di bahu mereka

warga miskin belum terbela

masih merintih lapar dahaga."

Maksud?

a)

Bagi orang yang beriman dan mempunyai perikemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka teringat akan orang miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.

b)

Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.

35.

Menurut penyajak, mengapakah sendawa seseorang itu tidak sempurna?

a)

Roti masih berbaki

b)

Masih ada yang kelaparan

c)

Masih belum kenyang

d)

Tetamu masih tidak datang

36.

Apakah maksud bagi Rangkap 5?

a)

Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.

b)

Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan bersendawa.

c)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.