NEW
Font size
WorksheetsSejarah T4 Bab 1 & 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
B1. Apakah persamaan dalam peranan kerajaan-kerajaan Alam Melayu berikut?
+ Funan
+ Champa
+ Kedah Tua
Mengasaskan kerajaan Islam
Menentang kuasa barat
Mewariskan ciri negara dan bangsa
Mewarisi sistem pemerintahan Melaka
B1. Senarai di atas berkaitan dengan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Apakah fungsi Raja dalam kerajaan Alam Melayu?
Tonggak kerajaan
Pengasas kerajaan
Penyebar tamadun
Kesetiaan rakyat
B1. Apakah tujuan kerajaan Alam Melayu melaksanakan undang-undang?
I Menjamin kesetiaan rakyat
II Meluaskan wilayah pengaruh
III Menjadi panduan pentadbiran
IV Memastikan kesejahteraan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Apakah tujuan rakyat kerajaan Srivijaya menjalankan upacara persetiaan dan meminum air sumpah?
Menghormati raja
Melahirkan kesyukuran
Membuktikan kesetiaan
Mematuhi undang-undang
B1. Kesultanan Johor-Riau meneruskan usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah usaha tersebut dilakukan?
Mengukuhkan ekonomi
Menekankan kepentingan Islam
Memajukan kegiatan persuratan
Menjalinkan hubungan diplomatik
B1. Bagaimanakah pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan?
Kesetiaan rakyat
Undang-Undang bertulis
Lambang kebesaran raja
Sistem Pembesar Empat Lipatan
B1. Apakah peranan golongan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
I Taat setia kepada sultan
II Kukuhkan ekonomi
III Menjalankan pentadbiran
IV Mematuhi undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Selain melaksanakan penaklukan, apakah strategi peluasan empayar Melaka?
I Naungan
II Perjanjian
III Kerjasama
IV Perkahwinan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Apakah kesan pelaksanaan undang-undang berikut kepada Kesultanan Melayu Melaka?
* Hukum Kanun Melaka
* Undang-Undang Laut Melaka
Kedudukan raja bertambah kukuh
Hak rakyat mendapat perlindungan
Melaka muncul sebagai kerajaan unggul
Melaka menjalinkan hubungan dengan China
B1. Apakah kepentingan lambang di atas:
I Identiti kerajaan
II Keistimewaan sultan
III Lambang kemakmuran
IV Kesetiaan golongan rakyat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Apakah peranan Bendahara dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan?
I Ketua pentadbir
II Penasihat sultan
III Ketua protokol istana
IV Panglima angkatan laut
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Maklumat di atas berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka. Apakah keadaan yang membolehkan peruntukan tersebut dilaksanakan?
I Memalsukan titah perintah sultan
II Membunuh tanpa pengetahuan raja
III Membunuh askar dalam peperangan
IV Memalsukan arahan nakhoda
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B1. Apakah X?
Kawasan tadbir
Kawasan Pegangan
Kawasan Pemakaman
Kawasan Pentadbiran Sementara
B1. Maklumat di atas berkaitan dengan peruntukan dalam Undang-Undang Laut Melaka. Mengapakah diadakan peruntukan tersebut?
Mematuhi perintah sultan
Mewujudkan perpaduan
Memelihara keamanan negara
Menjamin keselamatan di kapal
B1. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, hubungan antara pemerintah dan rakyat dikaitkan melalui konsep ...
Daulat
Waadat
Naungan
Negara Bangsa
B1. Apakah perkara yang dilambangkan melalui waadat berikut?
Kedaulatan raja memerintah
Perpaduan rakyat
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Hubungan antara pemerintah dengan rakyat
B1. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, rakyat takut untuk menderhaka kepada raja. Mereka mempercayai bahawa jika melakukan derhaka, mereka akan....
Dimurkai sultan
Ditimpa tulah raja
Melanggar waadat
Menjalani hukuman bunuh
B1. Tulah amat ditakuti oleh rakyat Melaka. Bagaimanakah mereka dapat menghindarkan diri daripada ditimpa tulah?
Memelihara keamanan
Tidak menghormati raja
Tidak derhaka kepada raja
Mengeratkan perpaduan masyarakat
B1. Maklumat di atas berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Maklumat tersebut menjelaskan tentang....
Peranan rakyat
Kebesaran kerajaan
Kemasyhuran kerajaan Melaka
Hubung kait pemerintah dan rakyat
B1. Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Antara yang berikut, manakah yang termasuk dalam golongan pemerintah?
I Hamba raja
II Pedagang Arab
III Ulama
IV Kerabat raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B2. Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan konsep nasionalisme?
I Perpaduan rakyat
II Perjuangan menentang penjajah
III Perasaan cinta kepada negara bangsa
IV Perjuangan untuk menegakkan keadilan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B2. Idea nasionalisme di atas diperkatakan oleh tokoh X. Siapakah tokoh X?
Hans Kohn
Dato Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
B2. Revolusi Keagungan 1688 menyaksikan usaha untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat di Britain. Mengapakah usaha tersebut dinamai Revolusi Keagungan?
Berlaku di Britain
Menegakkan keadilan
Revolusi oleh rakyat jelata
Tidak berlaku pertumpahan darah
B2. Apakah prinsip yang dipopularkan oleh John Locke dalam karyanya yang di atas?
The Social Contract
Raja Berperlembagaan
Keunggulan suara rakyat
Tiada cukai tanpa perwakilan
B2. Perisytiharan di atas telah dibuat oleh Thomas Jefferson, seorang ahli falsafah Amerika. Apakah kesan yang dibawa oleh perisytiharan tersebut?
Revolusi Perancis
The Social Contract
Revolusi Keagungan
Kemerdekaan Amerika
B2. Maklumat di atas berkaitan dengan The Social Contract. Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan perkara tersebut?
Revolusi Perancis
Revolusi Keagungan
Perang Kemerdekaan Amerika
Kemunculan idea nasionalisme
B2. Di atas adalah tokoh yang mempelopori kebangkitan rakyat di China. Apakah ideologi perjuangan yang dipeloporinya?
Sistem Diktator
Tiga Prinsip Rakyat
Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen
B2. Bagaimanakah pemerintahan Meiji memulih dan memodenkan negara Jepun?
I Mencontohi negara barat
II Memperkenalkan semangat bushido
III Mengeratkan hubungan diplomatik
IV Melancarkan dasar perluasan kuasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
B2. Pertubuhan berikut dibentuk pada tahun 1906 di Burma (kini Myanmar). Apakah matlamat penubuhannya?
Mengekalkan tradisi Buddha
Mencapai kemerdekaan Burma
Memelihara kesucian kuil Budha
Melancarkan penentangan bersenjata
B2. Gambar di atas menunjukkan seorang tokoh nasionalisme Filipina. Apakah matlamat yang diperjuangkan?
Kemerdekaan Filipina
Hak dan kebebasan penduduk
Pembentukan kerajaan sendiri
Filipina sebahagian daripada Sepanyol
B2. Tokoh di atas meneruskan gerakan nasionalisme di Vietnam selepas Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan yang dilakukannya?
Memodenkan kehidupan
Mengusir kuasa penjajah
Memelihara kesucian agama
Mengisytiharkan kemerdekaan
B2. Senarai di atas berkaitan dengan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Apakah persamaan dalam perjuangan mereka?
Bersifat radikal
Akhbar sebagai wadah
Memajukan sosioekonomi
Berfokus kepada agama Islam
B2. Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam gerakan nasionalisme Thailand pada awal abad ke-20?
Kemerdekaan negara
Pengunduran kuasa penjajah
Mempertahankan kedudukan raja
Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
B2. Apakah peranan Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) dalam pergerakan nasionalisme tanah air kita?
Mengasaskan penubuhan politik
Menubuhkan sekolah kebangsaan
Melancarkan penentangan bersenjata
Melahirkan idea melalui penulisan dan akhbar
B2. Senarai di atas adalah antara media cetak di tanah air pada awal abad ke-20. Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar tersebut?
Menyiarkan berita hiburan
Membangkitkan nasionalisme
Menyampaikan idea pembaharuan
Menegur campur tangan kuasa penjajah
B2. Apakah peranan sistem pendidikan dalam perjuangan nasionalisme tanah air?
Melahirkan ahli politik
Menghasilkan karya kreatif
Menubuhkan persatuan sosioekonomi
Mendedahkan idea tokoh falsafah Islam dan barat
B2. Apakah sumbangan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dalam perkembangan nasionalisme tanah air?
Membina sekolah Melayu
Memajukan pendidikan masyarakat Melayu
Menambahkan bilangan orang Melayu dalam jabatan kerajaan
Menyediakan dana untuk anak Melayu melanjutkan pelajaran
B2. Seruan di atas dilaungkan oleh akhbar Fajar Sarawak. Apakah mesej yang hendak disampaikan?
Mencapai kemerdekaan
Bangkit menuju kejayaan
Meningkatkan taraf sosioekonomi
Bangunkan negara bangsa
B2. Apakah kesan usaha British di atas terhadap masyarakat Melayu?
Menuntut kemerdekaan
Maju dalam sosioekonomi
Peka tentang masa depan
Aktif dalam perkhidmatan awam
B2. Pihak di atas berusaha memajukan masyarakat Melayu. Apakah bidang kemajuan yang diperjuangkan?
Pendidikan
Kemerdekaan
Kemajuan Ekonomi
Penulisan akhbar
