wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK Tahun 5 (Set5)

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Imbangan ini dikenali sebagai imbangan..........................

a)

dekam

b)

dirian bangau

c)

satu kaki

d)

dua kaki

2.

Perhatikan gambar pada pilihan jawapan. Gambar manakah yang menunjukkan murid itu sedang melakukan "imbangan dirian bangau"?

a)
b)
c)
3.

Berdasarkan kepada gambar ini.


Murid tersebut sedang melakukan Imbangan atas ............................kaki.

a)

tapak

b)

hujung

c)

bebola

d)

jari

4.

Namakan Imbangan ini.

a)

Imbangan V

b)

Imbangan skala

c)

Imbangan dua kaki

d)

Imbangan sisi

5.

Tandakan jawapan yang betul berdasarkan gambar tersebut. Imbangan yang sedang dilakukan oleh murid perempuan ini ialah.................................

a)

imbangan kapal terbang

b)

imbangan duduk "V"

c)

Imbangan skala belakang

d)

Imbangan bahu

6.

Nyatakan jenis imbangan ini.

a)

Imbangan atas satu kaki

b)

Imbangan sisi

c)

Imbangan dirian bangau

d)

Imbangan dekam

7.

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang boleh berjangkit. Penyakit ini dinamakan sebagai.................

a)

penyakit demam campak

b)

penyakit rubella

c)

penyakit beguk

d)

penyakit cacar

8.

Semua di bawah adalah tanda - tanda dan gejala penyakit beguk KECUALI......................

a)

demam panas.

b)

mulut kering dan hilang selera makan.

c)

pembengkakan pada kalenjar air liur.

d)

sihat dan gembira

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit berjangkit?

a)

Penyakit yang tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

b)

Penyakit yang memberikan keselesaan kepada manusia.

c)

Penyakit yang hanya dihidapi oleh orang tua.

d)

Penyakit bawaan agen jangkitan atau vektor dan boleh berjangkit atau merebak kepada orang lain.

10.

Gambar tersebut menunjukkan seorang budak yang sedang menghidapi penyakit campak. Bagaimanakah penyakit ini boleh merebak?

a)

Penyakit ini boleh merebak melalui bawaan udara dan titisan air melalui mulut dan hidung pesakit.

b)

Penyakit ini boleh merebak apabila kita memakan makanan yang berkhasiat.

c)

Penyakit ini boleh merebak melalui haiwan peliharaan kita.

d)

Penyakit ini boleh merebak apabila minum air yang bersih.

11.

Tandakan "Betul" atau " Salah".


Penyakit cacar bermula dengan demam dan kemudian timbul bintik-bintik merah yang akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Penyakit Rubela boleh merebak melalui percikan cecair (air liur) dari mulut pesakit.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Nyatakan faktor yang memainkan peranan ketika melakukan imbangan songsang.

a)

kebersihan tempat aktiviti

b)

kekuatan otot kaki dan otot perut

c)

bilangan rakan yang membantu

d)

Kekuatan otot tangan, otot teras dan otot tengkuk.

14.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kecederaan semasa melakukan imbangan songsang?

a)

fokus dan meminta bantuan guru/rakan

b)

melakukan regangan lebih lama

c)

membuat imbangan secara sambil lewa

d)

menunjukkan kemahiran yang lebih tinggi arasnya

15.

Mengapakah imbangan songsang dapat dilakukan dengan mudah semasa kedudukan badan masih rendah berbanding ketika kaki dilejangkan ke atas?

a)

badan lebih ringan jika direndahkan

b)

kedudukan pusat graviti masih rendah

c)

berat badan semakin bertambah ketika kaki dilejangkan

d)

tidak melakukan di tempat yang betul

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan hambur tangan secara umunya?

a)

melompat menggunakan tangan

b)

menari secara berkumpulan

c)

berguling di atas tilam

d)

bergayutn pada palang

17.

Apakah kekuatan otot yang diperlukan ketika melakukan hambur tangan?

a)

otot kaki dan kepala

b)

otot tangan dan teras

c)

otot paha dan pinggul

d)

otot perut

18.

Apakah nama imbangan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Imbangan Y

b)

Imbangan bangau

c)

Imbangan songsang

d)

Imbangan satu tapak sokongan

19.

Berikut merupakan alatan yang diperlukan ketika melakukan hambur tangan kecuali...

a)

tilam

b)

trampolin

c)

peti lombol

d)

kon

20.

Bagaimanakah kawalan pernafasan semasa melakukan aktiviti hambur tangan dari tempat tinggi ke rendah?

a)

menahan nafas ketika melakukan hambur

b)

menghembus nafas ketika melakukan hambur

c)

menarik nafas ketika melakukan hambur

d)

menarik dan menghembus serentak ketika melakukan hambur

21.

Selain daripada trampolin, apakah alatan lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan lonjakan ketika melakukan hambur?

a)

papan selaju

b)

papan anjal

c)

kerusi plastik

d)

tilam

22.

Sebagai seorang yang bakal melalui zaman remaja, apakah perubahan yang paling merisaukan akan berlaku jika sudah akil baligh.

a)

muka akan tumbuh jerawat

b)

suara menjadi lunak

c)

otot dada membidang

d)

otot tangan dan kaki membesar

23.

Apakah reaksi kamu sekiranya kamu mengalami situasi seperti dalam gambar?

a)

menerima dengan hati yang terbuka

b)

berasa malu

c)

mengelakkan daripada berjumpa rakan

d)

kurangkan menonjol

24.

Perubahan fizikal seperti tumbuh jerawat, berat badan bertambah dan ketinggian bertambah akan berlaku kepada semua orang. Berikut merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri kecuali....

a)

berpakaian kemas

b)

memakai semburan pewangi

c)

kurangkan bersosial dengan rakan sebaya

d)

mengucapkan pertuturan yang sopan

25.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan jika terdapat rakan kamu yang mengejek murid yang berjerawat dan berbadan besar?

a)

memberitahu bahawa perubahan tersebut akan berlaku kepada semua orang

b)

mengejek murid tersebut juga

c)

ketawa

d)

tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut

26.

Berikut merupakan cara menghargai perubahan fizikal apabila melalui zaman remaja kecuali....

a)

mnerima dengan hati yang terbuka

b)

bersyukur dengan kurniaan tuhan

c)

mengamalkan pemakaian yang sopan

d)

sedih dengan perubahan yang berlaku

27.

Sebagai seorang murid yang mempunyai akhlak yang baik, adakah kamu akan mengejek rakan yang mengalami perubahan fizikal seperti tumbuh jerawat dan berbadan besar?

a)

Ya, kerana saya suka mentertawakan dan mengejek orang lain

b)

Tidak, kerana saya seorang murid yang mempunyai akhlak dan pekerti yang baik

28.

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor iaitu ketinggian atlet, __________________, jarak jangkauan dan kelajuan langkah kaki hadapan.

a)

kelajuan larian

b)

berat atlet

29.

Fleksikan lutut kaki belakang ke sisi dan halakan ke luar merupakan teknik lakuan fasa ___________________.

a)

mendarat

b)

lonjakkan

30.

Lari berhalangan adalah salah satu acara_______________.

a)

balapan

b)

padang

31.

Apakah nama bagi kecedaraan di dalam gambar?

a)

melecur

b)

melepuh

c)

melecet

32.

Apakah punca-punca kecederaan melecet?

a)

geseran antara kasut yang ketat dengan kulit kaki

b)

tersentuh objek yang panas

c)

geseran antara kulit dengan kulit terutamanya bahagian paha

33.

Apakah nama kecedaraan dalam gambar?

a)

melecet

b)

merenyam

c)

melecur

34.

Bolehkan bantuan awal diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan kecil di rumah?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh sama sekali

35.

Apakah ubat yang dibenarkan untuk merawat kecederaan melecet semasa bantuan awal?

a)

ubat gigi

b)

minyak angin

c)

ubat antiseptik

36.

Berapa lamakah perlu kita siram air ke kawasan luka melecur?

a)

1 jam

b)

30-40 minit

c)

10-15 minit

37.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya setelah bantuan awal kemalangan telah diberikan tetapi pesakit masih berasa sakit?

a)

Lakukan pembedahan yang ringkas di rumah

b)

Menyapu atau makan lebih banyak ubat

c)

Berjumpa doktor

38.

Apakah punca kecederaan melecur?

a)

Terkena air yang panas atau cecair masakan yang panas

b)

Terkena percikan api

c)

Terkena letupan bom

d)

Tersentuh objek yang panas

39.

Apakah yang perlu dilakukan semasa memberi bantuan awal kecederaan melecur?

a)

Sapukan ubat gigi supaya luka menjadi sejuk

b)

Siram kawasan melecur dengan air paip selama sejam

c)

Sapukan tempat luka dengan mimyak gamat

d)

Taburkan tempat luka dengan tepung dan pecahkan sebiji telur di atas luka

e)

Siram kawasan melecur dengan air paip selama 10-15 minit

40.

Apakah nama perbuatan bantuan awal ini?

a)

Membalut kawasan cedera

b)

Menyapu ubat antiseptik

c)

Menyapu ubat gigi di kawasan luka

41.

__________ialah kecederaan yang disebabkan oleh haba panas seperti air atau minyak panas.

a)

Melecet

b)

Melecur

c)

Meragam

d)

Menangis

42.

Berikut adalah langkah-langkah bantu mula untuk kecederaan melecur kecuali________.

a)

bawa ke tempat yang selamat.

b)

siram bahagian yang melecur di bawah aliran air.

c)

sapu bahagian melecur dengan mentega, minyak atau ubat gigi.

d)

minta bantuan perubatan jika melecur teruk.

43.

Berikut adalah kejadian kecemasan kecuali____________.

a)

kebakaran

b)

lemas

c)

kemalangan

d)

ketenangan

44.

Jika mengalami kecemasan, anda boleh dail nombor __________untuk mendapatkan bantuan.

a)

999

b)

901

c)

998

d)

961

45.

Berikut adalah langkah-langkah yang diambil semasa menghubungi panggilan kecemasan kecuali________

a)

kenal pasti kecemasan

b)

hubungi pihak sekolah

c)

beritahu jenis kecemasan

d)

beritahu alamat dan lokasi

46.

Apakah kesan jika disapu mentega atau ubat gigi kecederaan melecet?

a)

Boleh memberikan kelegaan

b)

Boleh menyembuhkan luka melecet

c)

Boleh mengakibatkan jangkitan

d)

Tidak memberikan apa-apa kesan

47.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya melecet kecuali_____________.

a)

elak daripada memakai kasut yang ketat.

b)

pakai sarung kaki apabila memakai kasut.

c)

pakai sarung kaki dan kasut yang sesuai semasa melakukan aktiviti.

d)

jauhi tempat yang sesak

48.

Bersihkan dengan air. Jika terdapat gelembung, pecahkan dan sapu dengan antiseptik. Pernyataan ini merujuk kepada langkah yang diambil semasa situasi__________.

a)

melecur

b)

melecet

c)

meluka

d)

membasuh

49.

Siram bahagian tersebut dibawah aliran air selama 15 minit. Pernyataan ini merujuk jika berlakunya____________

a)

melecur

b)

melecet

c)

menangis

d)

demam

50.

Apakah kebaikan jika mempelajari pertolongan cemas?

a)

Mengelakkan daripada tercedera.

b)

Mendekatkan diri kepada bahaya.

c)

Dapat membantu orang lain ketika situasi kecemasan.

d)

Dapat imbuhan dan ganjaran.