Font size
WorksheetsKUIZ PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 2
Total questions: 45
Worksheet time: 22mins
Apakah maksud Pengantunan kanak-kanak?
A. Penderaan kanak-kanak.
B.Hubungan emosi yang terjalin antara orang dewasa dan kanak-kanak bagi tujuan mendapatkan kepercayaan mereka bagi melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak-kanak.
C.Pengabaian kanak-kanak
Siapakah yang menjadi mangsa pengantunan seksual kanak-kanak?
A. Kanak-kanak yang selalu bersendirian dan kurang mendapat perhatian keluarga.
B. Kanak-kanak yang selalu berjalan bersama ibu bapa.
C. Kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa menggunakan kenderaan sendiri ke sekolah.
Yang manakah antara berikut tindakan yang akan dibuat oleh individu yang melakukan pengantunan seksual kanak-kanak?
(Boleh pilih lebih dari satu)
Memujuk mangsa.
Tidak memujuk mangsa.
Mendapatkan maklumat tentang mangsa.
Pilih situasi yang menunjukkan pengantunan seksual kanak-kanak.
(boleh pilih lebih dari satu)
Menghantar video atau pesanan ringkas yang menyebabkan kamu berasa tidak selesa.
Menyentuh bahagian tubuh kamu.
Mencari peluang bersendirian dengan kamu.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada situasi pengantunan kanak-kanak?
A.Menerima ajakan dan mengikuti individu yang tidak dikenali.
B.Menerima hadiah daripada orang yang tidak dikenali.
C. Tidak mendedahkan maklumat peribadi.
Pilih pernyataan yang menunjukkan situasi selamat daripada pengantunan seksual kanak-kanak.
A.Bersalaman bersama ibubapa ketika Hari Raya.
B.Dipanggil dan diekori ketika berjalan bersendirian.
C. Dipujuk dan diajak ke suatu tempat oleh individu yang tidak dikenali.
Antara kesan pengantunan seksual kanak-kanak ialah................
(Boleh pilih lebih dari satu )
Berasa malu.
Kemurungan.
Kehamilan luar nikah.
Pilih perkataan yang sesuai untuk pernyataan di bawah.
kepada ibu bapa sekiranya diganggu oleh orang yang mencurigakan.
A. Berdiam diri
B.Melaporkan
C.Merahsiakan
Pilih contoh berkomunikasi secara berhemah tetapi tegas bagi MENGELAKKAN pengantunan seksual kanak-kanak.
A. "Terima kasih, saya sudah makan".
B." Ini nombor telefon dan alamat rumah saya".
C." Terima kasih,saya suka hadiah ini".
Seseorang yang tidak dikenali telah datang menghampiri anda dan mengajak bermain bersama-sama secara bersendirian.Apakah tindakan anda?
A.Mengikuti dan bermain bersama orang yang tidak dikenali.
B.Terus bermain dengan orang yang tidak dikenali.
C.Mengelak dan berkata " Minta maaf,saya terpaksa pergi ayah dan ibu saya menunggu di sana".
Penyalahgunaan bahan bermaksud....
Mengambil dadah/ubat secara berlebihan dan tidak dibenarkan bukan tujuan perubatan.
Mengambil dadah/ubat secara berlebihan untuk tujuan perubatan.
Mengambil dadah/ubat dengan kebenaran doktor bagi penyakit demam.
Mengambil dadah/ ubat daripada farmasi selepas mendapat rawatan daripada doktor.
Penyalahgunaan bahan sering berlaku dikalangan ...
dewasa
remaja
orang tua
kanak-kanak
Penyalahgunaan bahan dikaitkan dengan
Pengambilan gula
Pengambilan makanan
Pengambilan dadah
Pengambilan minuman
Punca-punca penyalahgunaan bahan adalah seperti berikut, kecuali ______________ .
kurang kasih sayang ibu bapa
kurang didikan agama
keluarga bahagia
pengaruh rakan sebaya
Dadah adalah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan __________
darah
fisiologi badan
kaki tangan
perut
Penyalahgunaan dadah mengakibatkan ....
halusinasi, kerosakkan otak
pening, hilang keseimbangan
sukar berjalan lurus dan terhuyung hayang
selalu tersenyum dan gembira
Apakah kesan terhadap seseorang yang minum arak ?
Rajin membaca buku
Boleh tidak tidur selama 24jam
Mabuk
Boleh memandu kereta dengan baik
Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam rokok?
Nikotin, Karbon Monoksida dan Tar
Toksik, Racun dan Tar
Karbon Dioksida, Oksigen dan Nikotin
Antara berikut yang manakah risiko penyalahgunaan bahan dari aspek fizikal
Berhalusinasi
Suka menyendiri
Gangguan mental
Penampilan diri tidak terurus dan tidak normal.
Seseorang yang tidak melibatkan diri dengan gejala penyalahgunaan bahan akan memperolehi faedah berikut
Sihat dari segi mental dan emosi
Dapat mengelakkan diri daripada melanggar undang-undang
Hubungan sosial yang tidak sihat
Peluang pekerjaan yang lebih luas dan baik
Inhalan ialah bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan dan boleh mengakibatkan kesan-kesan psikoaktif.
Betul
Salah
Berikut merupakan contoh-contoh bahan inhalan kecuali,
Gam
Pengilat kuku
Minyak masak
Berikut merupakan kesan jangka pendek akibat penyalahgunaan bahan inhalan, kecuali,
Khayal
Halusinasi
Hilang ingatan
Apakah itu inhalan?
a. Bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan dan mengakibatkan kesan-kesan psikoaktif.
b. Bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan boleh mengakibatkan kesan-kesan psikososial.
Apakah faedah menghindarkan diri daripada penyalahgunaan bahan?
Mental dan emosi seseorang individu meningkat
Prestasi akademik dan hubungan sosial bertambah baik
Individu akan cenderung untuk menyendiri
Gam mempunyai bau yang sangat kuat. Bagaimanakah cara menghindar bau yang sangat kuat ketika kamu sedang menggunakan gam?
a. Menutup hidung dengan tapak tangan
b. Mencairkan gam
c. Menggunakan pewangi
d. Memakai pelitup mulut dan hidung
Manakah antara berikut bahan inhalan yang ada di sekolah?
a. Cecair pencuci fabrik
b. Penyembur fabrik
c. Pen marker
d. Pengilat kuku
Bahan inhalan boleh mengakibatkan kesan-kesan ..................... .
psikoaktif
psikologi
psikopasif
psikomotor
Inhalan ialah bahan kimia yang .......................... melalui ........................ .
diminum ; hidung
dimakan ; mulut
disedut ; pernafasan
disedut ; mulut
Tingkah laku seksual merujuk kepada
perubahan fizikal individu
tiada berlaku perubahan fizikal
sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual
perubahan ketinggian
Bolehkah gangguan seksual berlaku di tempat-tempat awam?
Ya
Tidak
Pilih situasi yang mendorong kepada gangguan tingkah laku sosial
Berhimpit-himpit dengan penumpang lain dengan sengaja semasa berada di dalam pengangkutan awam.
Memasuki tandas awam (perempuan) dengan sengaja
Makan bersama-sama ahli keluarga
Beriadah bersama-sama ahli keluarga
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?
Membaca bersama-sama
Membuang majalah tersebut
Mengambil dan menyimpan majalah tersebut
Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah
Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?
Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual
Supaya dapat belajar bersama-sama
Supaya tidak bergaduh
Perubahan fizikal bagi lelaki yang sudah akil baligh adalah
Tumbuh misai dan bulu dada
Dada membidang
Zakar membesar
Rambut menjadi panjang
Ayah dan ibu Farid telah mengasingkan tempat tidur dia dan adik perempuannya yang bernama Farah apabila Farah berumur 12 tahun. Pada pendapat kamu apakah sebab utama ibu bapa mereka berbuat demikian?
Farid mahu biliknya sendiri
Mengelakkan mereka bergaduh
Farah mahu mengulangkaji pelajaran
Kedua-dua mereka telah akil baligh
Apakah situasi yang dihadapi oleh Farid dalam gambar ini?
haid
kencing malam
ihtilam
cirit-birit
Apakah dua perubahan fizikal yang berlaku kepada murid lelaki.
menjadi pandai
perubahan suara
berkumis
rambut bertambah panjang
Apakah yang berlaku dalam situasi gambar di atas ?
Iklan menaiki pengangkutan awam
Gangguan seksual daripada seorang penumpang lelaki
Iklan sopan santun di dalam bas
Menambah ilmu dengan melayari Internet
Berikut adalah merupakan kepentingan pemakanan seimbang KECUALI...
Tidak mudah jatuh sakit
Otak sihat dan cerdas
Mental stabil dan berdaya tahan
Menyebabkan obesiti
Tumbesaran fizikal yang sempurna
Apakah kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang?
Otak sihat dan cerdas
Mudah diserang penyakit
Badan cergas dan sihat
Berlaku keseimbangan dalam badan
Makanan yang seimbang perlu...
mengandungi semua zat makanan dalam kadar yang betul.
tidak mengandungi apa-apa zat makanan.
cuma mengandungi beberapa jenis zat makanan.
mengandungi semua zat makanan mengikut kadar yang salah.
Apakah maksud pemakanan seimbang?
Makan makanan yang mempunyai sukatan yang sama
Tabiat memilih makanan dengan tujuan mengekalkan kesihatan
Makan makanan kegemaran
Tabiat memilih makanan mengikut nafsu
Apakah kebaikan protein kepada badan?
Membantu pertumbuhan sel-sel dalam badan
Sumber tenaga utama
Melawaskan pembuangan najis
Membekalkan haba
Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membekalkan ___________ kepada badan.
lemak
vitamin
protein
karbohidrat
