wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Quiz Bersempena Hari Guru Sedunia

Total questions: 50

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat utama pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) diperkenalkan?

a)

Untuk memastikan kehidupan yang lebih baik dalam mencapai cita –cita pendidikan Negara yang menuju ke arah transformasi pendidikan.

b)

Untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti dan mampu berdaya saing dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.

c)

Untuk menghasilkan lebih ramai pembelajaran sepanjang hayat dengan mempelajari pelbagai kemahiran untuk memastikan kesinambungan kehidupan dalam zaman yang sentiasa berubah.

d)

Untuk menghasilkan guru dan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif demi mencapai transformasi nasional.

2.

Apakah itu sudut OPEM di dalam bilik darjah?

a)

Sudut kehadiran murid.

b)

Sudut ganjaran dan pengiktirafan murid.

c)

Sudut hasil kerja murid.

d)

Sudut objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.

3.

Antara berikut yang manakah pertanyaan yang sesuai untuk topi berwarna kuning dalam aktiviti “ Six Thinking Hats” ?

a)

Bagaimanakah idea ini dapat membantu kita?

b)

Mengapa hal ini mungkin tidak akan berhasil?

c)

Apa yang harus kita lakukan untuk keluar dari masalah ini?

d)

Bagaimana mendapat informasi ini?

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti Jigsaw?

a)

Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan atau perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

b)

Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

c)

Pasukan membina masalah atau soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian.

d)

Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen atau pensil yang sama.

5.

Antara 8 peta pemikiran I–Think yang manakah sesuai untuk proses pemikiran analogi (hubungan yang sama, mencari faktor perhubungan)?

a)

Peta Buih Berganda

b)

Peta Alir

c)

Peta Pelbagai Alir

d)

Peta Titi

6.

Sebelas anjakan untuk transformasi system, apakah anjakan yang ke-7?

a)

Mengupayakan JPN, PPD, dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

b)

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

c)

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajarandi Malaysia.

d)

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

7.

Lima puluh peratus pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar–luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020” merujuk kepada lima aspirasi sistem?

a)

Kecekapan

b)

Kualiti

c)

Akses

d)

Ekuiti

8.

Aspirasi murid yang manakah menyentuh berkenaan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi serta penguasaan mata pelajaran teras Matematik dan Sains?

a)

Kemahiran Dwibahasa

b)

Pengetahuan

c)

Kemahiran berfikir

d)

Etika dan kerohanian

9.

Berikut antara 11 anjakan dalam Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia, yang manakah tidak benar?

a)

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

b)

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban Jabatan Pendidikan secara langsung.

c)

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

d)

Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

10.

Program Transformasi Daerah melibatkan empat perkara, yang manakah tidak benar?

a)

Dialog pencapaian linus di semua peringkat

b)

Sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah

c)

Dashboard dan ranking baru

d)

Pertukaran JPN dan PPD

11.

Sarawak Teachers’ Union (STU) merupakan kesatuan terbesar di Sarawak dan ke-___ besar di Malaysia.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

12.

Sarawak Teachers’ Union (STU) merupakan salah satu ahli ASEAN Council of Teachers (ACT) sejak __________.

a)

1989

b)

1985

c)

1980

d)

1979

13.

Untuk memohon keahlian Sarawak Teachers’ Union (STU), pemohon perlu menghantar document berikut, kecuali _____

a)

Borang permohonan keahlian STU yang lengkap

b)

2 keping gambar passport

c)

Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00

d)

Salinan slip gaji terkini yang disahkan

14.

President Sarawak Teachers’ Union (STU) terkini ialah _______.

a)

Saudara Jisin Anak Nyud

b)

Saudara Irie Anak Ambau

c)

Saudara Jalong Wan @ Ugat Wan

d)

Saudara Yong Ing Thung

15.

Yang manakah merupakan moto Sarawak Teachers’ Union (STU)?

a)

Together We Fight

b)

Social Justice and Peace In Mind

c)

Striving for Excellence in all Academic Areas

d)

A union of professionals

16.

Encik Zaki seorang guru DG41 ingin mengajar secara sambilan di pusat tuisyen bagi menambahkan pendapatannya. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Zaki bagi tujuan tersebut?

a)

tidak mengganggu tugasnya di sekolah

b)

hanya mengajar pada cuti hujung minggu

c)

mendapatkan kebenaran dari Jabatan Pendidikan

d)

menjalankan tugasnya di sekolah dengan cekap dan cemerlang

17.

Cikgu Sebastian menduduki rumah kerajaan dan akan bersara pada 31 Disember 2018. Sekiranya tiada pegawai ingin menduduki rumahnya,Cikgu Sebastian mesti berpindah dari rumah kerajaan yang didiaminya selewat-lewatnya pada

a)

7 Januari 2019

b)

14 Januari 2019

c)

30 Januari 2019

d)

31 Disember 2019

18.

Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali:-

a)

April

b)

Jun

c)

Januari

d)

Oktober

19.

Hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali:-

a)

Tahan kerja

b)

Lucut hak emolument

c)

Tangguh pergerakan gaji

d)

Buang kerja

20.

Ganjaran terbitan ialah faedah di bawah skim pencen yang dibayar sekaligus berikutan kematian pegawai berpencen dalam dihitung mengikut formula berikut:-

a)

7.5/100 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir

b)

1/600 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir

c)

1/30 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir

d)

1/500 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir

21.

Antara keinginan & kehendak psikologi individu adalah:

a)

membentuk kecemerlangan

b)

melancong ke luar negara

c)

menikmati perkara yang diingini

d)

melihat rakan-rakan sebaya

22.

Berikut adalah antar petua penampilan diri positif kecuali:

a)

Pamerkan air muka yang mesra dan senyum

b)

Bersifat peramah kepada pegawai atasan sahaja

c)

Perlihatkan keyakinan diri dan rasa selesa

d)

Perkenalkan diri, bersalam dan tunjukkan minat

23.

Berikut adalah antara konsep ketrampilan sosial yang betul kecuali?

a)

Lantang bersuara

b)

Menghormati dan mengutamakan orang lain

c)

Kebijaksanaan budi bicara

d)

Cara gaya yang betul

24.

Pergerakan gaji daripada mata gaji semasa ke mata gaji di tangga yang berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi.

a)

pelarasan gaji

b)

anjakkan gaji

c)

kenaikan gaji

d)

pergerakan gaji

25.

Siapakah yang berkuasa untuk meluluskan cuti sakit untuk seseorang pegawai kerajaan?

a)

Lembaga perubatan

b)

Ketua Jabatan

c)

Pegawai perubatan

d)

Ahli Panel Doktor

26.

Antara berikut yang manakah BUKAN ciri bahasa Melayu Baku?

a)

bermaksud bahasa standard dari segi ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan, dan laras bahasa adalah betul.

b)

bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi dan alat sebaran am.

c)

bahasa baku bahasa yang perlu digunakan dalam semua suasana dan ketika.

d)

antara sebab penggunaan bahasa Melayu adalah pengaruh Bahasa ibunda, jantina, tempat tinggal dan sikap.sikap

27.

Bahasa Melayu Baku mesti digunakan dalam suasana rasmi seperti berikut kecuali

a)

Majlis perasmian (pembukaan dan Penutupan)

b)

Majlis pelancaran

c)

Majlis jamuan

d)

Majlis Akad Nikah

28.

Antara situasi penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam bidang pendidikan adalah….

a)

dalam soalan Peperiksaan

b)

papan notis kokurikulum

c)

murid membeli makanan di kantin

d)

guru sedang makan-makan di bilik guru sambal berbual

29.

Kenal pasti dua ayat yang betul dalam penggunaan kata pemeri ialah

a)

Persembahan daripada kumpulan murid istimewa itu ialah baik sekali.

b)

Nama bandar bersejarah di Malaysia ialah Melaka.

c)

Kain sutera itu ialah untuk ibu saya.

d)

Antara hadiah yang disampaikan semasa majlis itu ialah piala, hamper makanan dan sijil penghargaan.

30.

Kenal pasti dua ayat yang betul dalam penggunaan kata pemeri adalah.

a)

Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja.

b)

Bahasa Melayu adalah salah satu Bahasa yang tergolong dalam keluarga Autronesia.

c)

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.

d)

Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada hari Rabu.

31.

Keburukan internet ialah _________________________.

a)

memudahkan komunikasi

b)

perkongsian maklumat

c)

penyebaran unsur negatif

d)

pencarian maklumat yang berkesan

32.

Rangkaian ialah ______________________.

a)

unit-unit dalam sistem yang berhubung di antara satu sama lain.

b)

penghantaran mesej berbentuk mel

c)

perkhidmatan untuk faks dokumen

d)

perkhidmatan penyampaian berita

33.

________________________ merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.

a)

Frog VLE

b)

Google Apps

c)

1BestariNet

d)

Rangkaian Yes 4G

34.

Yang manakah antara media pengajaran berikut lebih berupaya mewujudkan suasana komunikasi dua hala?

a)

Televisyen

b)

Radio

c)

Modul pembelajaran kendiri

d)

Komputer

35.

Satu bahan pengajaran multimedia merupakan integrasi daripada:

a)

Audio, video, interaktiviti, teks, dan animasi.

b)

Audio, visual, interaktiviti, grafik dan animasi.

c)

Audio, grafik, teks, animasi dan video.

d)

Audio, teks, grafik, animasi, video dan interaktiviti.

36.

Apakah yang dimaksudkan sebagai Jawatan KUP ?

Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Apakah perbezaan antara Gred Utama dan Gred Khas ?

Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut :

Gred Utama

Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar.

Contoh: Ketua Pengarah di sesebuah Jabatan.

Gred Khas

Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun

menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.

Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari sekaligus oleh Ketua Jabatan ?

a)

Ya

b)

Tidak

39.

Siapakah yang layak menerima bayaran insentif kanak-kanak cacat dengan kadar RM250 ?

Selaras dengan SPP 1/2001 dan SPP 1/2008, pegawai yang layak menerima bayaran insentif adalah:

i. Pengetua/Guru Besar di Sekolah Pendidikan Khas;

ii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas;

iii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di kelas percantuman di sekolah biasa; dan

iv. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar murid-murid berkeperluan khas di SMT/SMV & Politeknik.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i

d)

i, ii, iii dan iv

40.

Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan PPP ?

Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;

ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan

iii. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

a)

i, ii dan iii

b)

i

c)

ii, iii

d)

Tiada Jawapan

41.

Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama pada tahun 1955 – 1957?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Abdul Razak bin Hussein

c)

Tun Hussein bin Dato’ Onn

d)

Tun Datuk Seri Utama Abdul Ghafat bin Baba

42.

Antara berikut yang manakah merupakan sekolah pertama di Malaysia yang telah dibuka secara rasmi pada 20 Oktober 1816?

a)

Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang

b)

Penang Free School

c)

Kolej Melayu Kuala Kangsar

d)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Sarawak

43.

Berikut merupakan cadangan – cadangan pendidikan yang terlibat dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan di Malaysia kecuali?

a)

Penyata Razak, 1956

b)

Penyata Rahman Talib, 1960

c)

Penyata Barnes, 1950

d)

Penyata Kabinet, 1951

44.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pelantikan dan pengesahan perkhidmatan pegawai dalam perkhidmatan pendidikan ialah?

a)

Jabatan Pendidikan Negeri, JPN

b)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP

c)

Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM

d)

Pejabat Pendidikan Daerah, PPD

45.

Berikut merupakan sedikit keratan dari suata frasa.


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis”


Keratan frasa di atas merujuk kepada?

a)

Falsafah Pendidikan Guru

b)

Falsafah Pendidikan Murid

c)

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

46.

Terdapat beberapa Gelombang Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kita kini berada di dalam Gelombang yang ke?

a)

Gelombang 1

b)

Gelombang 2

c)

Gelombang 3

d)

Gelombang 4

47.

Apakah kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan?

a)

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

b)

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

c)

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

d)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

48.

Antara berikut yang manakah bukan terkandung dalam 6 Aspirasi Murid yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

a)

Potensi Menyeluruh Individu

b)

Pengetahuan

c)

Kemahiran Berfikir

d)

Etika dan Kerohanian

49.

Antara berikut yang manakah menjelaskan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan tepat?

a)

Instrumen yang membolehkan Ketua Perkhidmatan melaksanakan penilaian prestasi mengikut kesesuaian skim perkhidmatan dan tugas

b)

Kaedah penilaian untuk menilai sama ada organisasi mencapai tahap kecemerlangan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi

c)

Penilaian kendiri yang digunakan oleh pentadbir sekolah di peringkat sekolah untuk penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah

d)

Kaedah penilaian yang menilai kompetensi berdasarkan konsep tugas dan tempat bertugas mengikut standard prestasi yang ditetapkan

50.

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan 5 elemen utama. Antara berikut yang manakah merupakan salah satu elemen yang merupakan teras dalam proses PAK21?

a)

Pengetahuan

b)

Kepimpinan

c)

Identiti Nasional

d)

Kolaboratif