wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KARANGAN PT3

Total questions: 44

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah kita menulis pendahuluan karangan? (bhgn 1)

a)

Dalam kegairahan masyarakat kita me langkah ke era globalisasi,

b)

Dalam keasyikkan negara kita melangkah ke era globalisasi,

c)

Dalam keghairahan masyarakat kita melangkah ke era globalisasi,

d)

Dalam keghairahan masyarakat kita membilang ke era globalisasi,

2.

Bagaimanakah kita menulis pendahuluan karangan? (Bhgn 2)

a)

Isu yang berkaitan dengan (TEMA) setiap hari diuar-uarkan melalui media massa Sama ada media cetak mahupun media elektronik

b)

Isu yang berkaitan dengan (TEMA) saban hari diwar-warkan melalui media massa Sama ada media cetak mahupun media elektronik

c)

Isu yang berkaitan dengan (TEMA) saban waktu diuar-uarkan melalui media massa Sama ada media cetak mahupun media elektronik

d)

Isu yang berkaitan dengan (TEMA) setiap hari diwar-warkan melalui media Sama ada media cetak mahupun media elektronik

3.

Pilih pernyataan yang betul untuk remaja

a)

Remaja yang berumur setahun pinang Dan berdarah setampuk jagung

b)

Remaja yang berumur setahun jagung Dan berdarah setampuk pinang

c)

Remaja yang berbau pucuk jerenga

d)

Remaja yang berbau pucuk jerengau

4.

Remaja yang bakal __________ pucuk pimpinan negara

a)

Tonggak

b)

Mengetuai

c)

Tunjang

d)

Menerajui

5.

Cara remaja membantu kerajaan mengelakkan penularan penyakit Covid-19

a)

Rajin membasuh tangan

b)

Menutup mulut Dan hidung semasa bersin

c)

Menjauhkan diri daripada orang lain

d)

Semua Benar

6.

Yang mana kah Peribahasa di bawah menunjukkan tolong-menolong?

a)

Ke bukit Sama didaki, ke lurah Sama dituruni

b)

Kedengaran guruh di Langit, air di tempayan dicurahkan

c)

Air dicincang tidak akan putus

d)

Seperti isi dengan kuku

7.

Setakat 30/3/2020, Perintah Kawalan Pergerakan akan berlangsung sampai bila?

a)

31/3/2020

b)

7/4/2020

c)

14/4/2020

d)

21/4/2020

8.

1. Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan FOKUS dalam kaedah membuat pendahuluan karangan

a)

Merujuk kepada " main point '' isi dalam tajuk karangan

b)

menulis tentang kesimpulan

c)

fokus kepada kehendak seoalan

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan CONTOH dalam kaedah membuat pendahuluan karangan.

a)

Memberikan contoh berkaitan dengan situasi karangan

b)

Memberikan contoh - contoh yang relevan dengan isi utama karangan

c)

Memberikan contoh di luar kotak (KBAT)

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan LANGKAH2 dalam kaedah membuat pendahuluan karangan

a)

Memberi cadangan langkah - langkah yang munasabah secara ringkas dalam isi pendahuluan karangan

b)

Memberi idea yang bernas terhadap cara - cara mengatasi atau menyelesaikan isu utama dalam arahan soalan

c)

Menghuraikan langkah - langkah untuk membuat kesimpulan karangan

12.

Apakah kesilapan pelajar sewaktu membuat pendahuluan karangan

a)

Menggunakan kaedah Fokus,Langkah , Contoh.

b)

Membuat pendahuluan terlalu panjang

c)

Memasukkan penghuraiaan lengkap isi - isi karangan

13.

Bagaimana ingin membuat isi - isi dalam karangan

a)

Menggunakan teknik sesuka hati

b)

Menggunakan teknik (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

14.

Pilih susunan komponen karangan yang betul.

a)

Isi karangan - Kesimpulan - Pendahuluan

b)

Pendahuluan - Isi karangan - Kesimpulan

c)

Kesimpulan - Isi karangan - Pendahuluan

15.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

16.

Yang manakah ayat arahan yang paling tepat

a)

Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan

b)

saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan

c)

persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia?

d)

Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan

17.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.


Kenal pasti ayat tema bagi soalan ini

a)

Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

b)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

c)

Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkan masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.

d)

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

18.

Kenal pasti ayat huraian yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

19.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

20.

Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah


"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"

a)

Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,

b)

Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.

c)

Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.

d)

Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.

21.

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?


ayat arahan ialah

a)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

b)

Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.

c)

Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

d)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

22.

Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah


"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"

a)

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.

b)

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa

c)

Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi

d)

Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah

23.

Tajuk : Punca-punca Penderaan kanak-kanak


ayat arahan ialah

a)

Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.

b)

Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.

c)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

d)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

24.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

25.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Guru-guru di sekolah ini juga tegas tetapi amat penyayang.

b)

Guru-guru di sekolah ini sangat berdedikasi.

c)

Guru-guru di sekolah ini juga penyayang, tegas, mengambil berat, peramah dan bertanggungjawab.

26.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Seterusnya, saya turut menghadiri kelas tuisyen pada setiap minggu. Saya suka mengikuti kelas tuisyen kerana bilangan muridnya tidak ramai dan gurunya mesra murid. Melalui kelas ini, pelajaran yang tidak saya fahami di sekolah dapat saya atasi di kelas tuisyen.

b)

Seterusnya, saya turut menghadiri kelas tuisyen pada setiap minggu. Hal ini dikatakan kerana pelbagai soalan berformat UPSR akan diberikan oleh guru tuisyen sebagai latih tubi. Oleh itu, kita akan lebih yakin untuk menduduki peperiksaan UPSR.

27.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Selepas mengikuti program ini, kita akan lebih bersemangat untuk menjadi murid yang cemerlang.

b)

Aktiviti ini akan membangkitkan semangat dalam diri kita untuk menjadi murid yang cemerlang.

28.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah baharu. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di daerah Klang.

b)

Saudara,

Saya ingin memberitahu bahawa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di daerah Klang. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah baharu.

29.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat membantu kita menjadi tenang.

b)

Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat menghilangkan stres kita.

c)

Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat membantu kita untuk mengatasi stres.

d)

Akhir sekali, stres kita akan hilang dengan lawatan sambil belajar ini.

30.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Saya tidak hadir ke sekolah kerana hadir majlis konvokesyen abang saya.

b)

Saya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana perlu menghadiri majlis konvokesyen abang sulung saya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

c)

Saya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana ikut sama ke majlis konvokesyen abang saya di Kuala Lumpur.

d)

Saya tidak hadir ke sekolah kerana ikut sama ke Kuala Lumpur.

31.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Selain itu, ibu bapa wajiblah melarang anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen.

b)

Selain itu, ibu bapa seharusnya menegah anak menunggang motosikal dengan tidak berlesen.

c)

Selain itu, anak-anak yang tiada lesen memandu septutnya dihalang oleh ibu bapa daripada menunggang motosikal.

d)

Selain itu, ibu bapa hendaklah melarang anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen.

32.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Satu daripada cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita mestilah melakukan aktiviti riadah.

b)

Aktiviti beriadah adalah salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan.

c)

Untuk menjaga kesihatan, aktiviti riadah perlulah kita lakukan

33.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

Selepas perasmian, aktiviti pertukaran buku cerita telah diadakan.

b)

Selepas perasmian, telah diadakan aktiviti menukar buku cerita.

c)

Selepas perasmian, semua murid menukar buku cerita.

34.

Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.

a)

pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan bahasa melayu telah dijalankan.

b)

Aktiviti berkaitan bahasa melayu telah banyak dijalankan.

c)

Pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan bahasa melayu telah dijalankan.

35.

Apakah komponen terakhir dalam karangan bahasa Melayu?

a)

Isi 3

b)

Pendahuluan

c)

Isi 1

d)

Penutup

36.

Apakah penanda wacana yang sesuai untuk permulaan pendahuluan karangan?

a)

Oleh itu

b)

Hal ini demikian kerana

c)

Dewasa ini

d)

Selain itu

37.

Berikut merupakan jenis-jenis ayat dalam perenggan isi kecuali?

a)

Ayat Topik

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Huraian

d)

Ayat Penegasan

38.

Mengapakah susunan ayat dalam perenggan isi perlu teratur?

a)

Mengelirukan pembaca

b)

Maklumat tersusun

c)

Penulisan kemas

d)

Ayat kurang jelas

39.

Berikut merupakan penanda wacana untuk memberikan contoh dalam karangan, kecuali?

a)

Misalnya

b)

Oleh itu

c)

Tamsilnya

d)

Sebagai contoh

40.

Berapakah jumlah minimum perenggan bagi karangan respons terbuka?

a)

3

b)

4

c)

6

d)

5

41.

Pilih ayat topik yang tepat bagi skop soalan faktor berlakunya banjir.

a)

Antara faktor berlakunya banjir ialah sistem perparitan yang tidak sistematik.

b)

Contohnya, longkang yang dibina tidak mempunyai keluasan yang bersesuaian.

c)

Oleh itu, pihak berwajib perlu memastikan sistem perparitan diperbaiki.

d)

Hal ini demikian kerana kegagalan perancangan yang rapi dalam pembinaan sistem perparitan.

42.

Peribahasa yang sesuai bagi topik kehidupan bermasyarakat ialah

a)

Air dicincang takkan putus

b)

Talam dua muka

c)

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

d)

Bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat

43.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"

a)

Sombong

b)

Tidak pandai bergaul

c)

Mementingkan diri sendiri

d)

Hubungan yang erat

44.

Mengapakah subjek bahasa Melayu perlu dipelajari oleh semua pelajar?

a)

Menjadi orang Malaysia

b)

Dipandang serong masyarakat

c)

Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu

d)

Mempelajari bahasa asing