wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Intervensi 1, PJPK Tingkatan 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?

a)

Menolong pesakit yang ditimpa kemalangan.

b)

Memberi bantuan awal kepada mangsa di tempat kejadian sebelum kedatangan pegawai perubatan

c)

Membantu pegawai perubatan di klinik atau hospital

d)

Membantu mangsa berpandukan prinsip D.R. A.B.C

2.

Bantuan kecemasan D.R.A.B.C. ketika memberi pertolongan cemas hanya boleh dilakukan oleh jururawat dan doktor sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk..

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

4.

Tujuan pertolongan cemas dilakukan adalah untuk..

(Tandakan dua jawapan)

a)

menyelamatkan nyawa

b)

membuat kecederaan yang dialami individu menjadi lebih teruk

c)

memudahkan rawatan lanjutan

5.

Pertolongan cemas bermaksud..

a)

bantuan yang dilakukan selepas pihak pegawai perubatan tidak boleh menyelamatkan individu yang cedera

b)

bantuan permulaan yang diberikan kepada individu yang cedera sementara menanti ketibaan ambulans atau pegawai perubatan

6.

Standard Pembelajaran bagi topik Pertolongan Cemas dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 akan mempelajari tentang..

a)

T. O. T. A. P. S

b)

D. R. A. B. C

c)

R. I. C. E

d)

E.A.R.S

7.

Prinsip D. R. A. B. C bagi mengalihkan mangsa daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Pernafasan (Breathing)

c)

Peredaran Darah (Circulation)

d)

Bahaya (Danger)

e)

Saluran Udara (Airways)

8.

Prinsip D. R. A. B. C bagi proses memanggil mangsa atau kejutkan mangsa untuk melihat reaksi daripada mangsa ialah

a)

Bahaya (Danger)

b)

Reaksi (Response)

c)

Saluran Udara (Airways)

d)

Pernafasan (Breathing)

e)

Peredaran Darah (Circulation)

9.

Prinsip D. R. A. B. C bagi proses mendongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa bagi membuka saluran pernafasan ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Pernafasan (Breathing)

d)

Peredaran Darah (Circulation)

e)

Bahaya (Danger)

10.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memeriksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid (leher). Jika nadi masih berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap lima saat. Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (resusitasi) ialah

a)

Peredaran Darah (Circulation)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Bahaya (Danger)

d)

Reaksi (Response)

e)

Pernafasan (Breathing)

11.

____________________ dapat dibina dengan melakukan latihan tertentu seperti senamrobik.

a)

Kekuatan otot

b)

Kelenturan

c)

Daya tahan otot

d)

Daya tahan kardiovaskular

12.

Seseorang yang mempunyai ______________ yang baik mampu melakukan sesuatu aktiviti berulang kali dan dalam jangka masa yang lama.

a)

Kekuatan otot

b)

Kelenturan

c)

Daya tahan otot

d)

Daya tahan kardiovaskular

13.

_____________ bermaksud kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat dengan menggunakan daya yang maksimum.

a)

Kekuatan otot

b)

kelenturan

c)

Kuasa

d)

Kelajuan

14.

Komponen ______________ berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh badan.

a)

Kecergasan fizikal

b)

Kecergasan mental

c)

Kekuatan rohani

d)

Ketahanan emosi

15.

Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.

a)

Mendagu dan tekan tubi

b)

Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri

c)

Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter

16.

6. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?

a)

Tekan tubi

b)

Bangkit tubi

c)

Ayun tangan

d)

Jangkauan melunjur

17.

Kelenturan dapat dibina melalui

a)

Aktiviti memanaskan badan

b)

Aktiviti menyejukkan badan

c)

Aktiviti regangan

d)

Aktiviti pemikiran

18.

_________ ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi semasa senaman, latihan atau kerja yang dilakukan.

a)

Daya tahan otot

b)

Kelenturan

c)

Daya tahan kardiovaskular

d)

Kekuatan otot

19.

Aktiviti _______ badan hendaklah dilakukan sebelum latihan dan aktiviti ________ badan hendaklah dilakukan selepas latihan.

a)

Memanaskan, memanaskan

b)

Menyejukkan, menyejukkan

c)

Memanaskan, menyejukkan

d)

Menyejukkan, memanaskan

20.

Menggunakan kemampuan otot berulang kali untuk melakukan kayuhan.

a)

Daya tahan otot

b)

Kekuatan otot

c)

koordinasi

d)

Daya Tahan kardiovascular

21.

Acara-acara olahraga asas boleh dikategorikan mengikut acara

a)

melompat

b)

padang

c)

melontar

d)

balapan

e)

berlari

22.

Merejam lembing adalah acara dalam kategori

a)

lompatan

b)

balapan

c)

padang

d)

jarak jauh

23.

Lumba jalan kaki merupakan satu daripada acara olahraga dalam kategori

a)

berjalan

b)

berlari

c)

perlumbaan jarak dekat.

d)

perlumbaan jarak jauh.

24.

Antara jarak yang biasa dipertandingkan dalam acara lumba jalan kaki ialah

a)

5 km

b)

10 km

c)

15 km

d)

100 km

25.

Kemahiran lumba jalan kaki terbahagi kepada berapa fasa?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

26.

Postur badan bermaksud

a)

kedudukan badan.

b)

komposisi badan.

c)

otot dalam badan.

d)

bentuk badan.

27.

Lompat jauh melibatkan berapa fasa lakuan?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

28.

Terdapat tiga gaya dalam acara lompat jauh iaitu

a)

gaya gantung

b)

gaya layar

c)

gaya layangan

d)

gaya kayuh

29.

Ada berapakah teknik pegangan lembing?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

30.

Pilih semua teknik pegangan lembing:

a)

gaya Amerika

b)

gaya bebas

c)

gaya Finnish

d)

gaya Fork

e)

gaya Pork

31.

Bagi acara lumba jalan kaki, sebelum penyertaan dibatalkan peserta akan diberikan sebanyak__________ amaran.

a)

dua kali

b)

tiga kali

c)

empat kali

32.

Olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.

a)

Betul

b)

Salah

33.

Apakah kesalahan teknik lakuan yang membatalkan lumba jalan kaki pada gambar di bawah?

a)

lutut bengkok

b)

Badan condong ke hadapan

c)

Jarak langkah terlalu pendek

d)

Kaki belakang keadaan lurus

34.

Simbol manakah menunjukkan kesalahan apungan?

a)
b)
c)
d)
35.

Manakah antara berikut adalah teknik utama dalam Pertandingan Lumba Jalan Kaki?

a)

Rotasi pinggul

b)

Pergerakan pinggul

c)

Pergerakan bahu

d)

Postur badan

36.

Antara berikut, aktiviti manakah yang meningkatkan kapasiti aerobik?

I Tidur

II Makan

III Berkuda

IV Bermain badminton

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Antara berikut, denyutan nadi seminit manakah yang menunjukkan tahap kapasiti aerobik adalah sederhana?

a)

51-69

b)

70-79

c)

Bawah 50

d)

Lebih daripada 80

38.

Haiqal berusia 13 tahun. Kadar nadi rehat Alzam pada waktu pagi selepas dia bangun tidur ialah 62 denyutan seminit. Berapakah kadar nadi maksimu Alzam?

a)

49

b)

158

c)

206

d)

207

39.

Antara yang berikut yang manakah merupakan aktiviti PNF ?

I Regangan otot biceps

II Regangan oto Oblique

III Regangan otot hamstrings

IV Regangan otot rectus abdomonis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan ?

a)

Hipertrofi otot

b)

Meningkatkan imunisasi

c)

Menguatkan daya tahan diri

d)

Mengelakkan kekejangan kaki