wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TINGKATAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah alatan yang digunakan untuk melonjak ke atas peti lombol?

a)

tilam

b)

bangku

c)

trampolin

d)

peti anjal

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem aerobik?

a)

Kemampuan seseorang mengoptimumkan julat pergerakan otot dan sendi.

b)

Kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa berasa letih

c)

Keupayaan seseorang melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama.

d)

Keupayaan otot berkontraksi mengatasi sesuatu rintangan untuk jangka masa yang lama atau melakukan aktiviti secara berulang-ulang.

3.

Memilih dan menamakan jenis aktiviti fizikal atau senaman untuk dilakukan mengikut keupayaan dan minat merupakan prinsip _______ dalam latihan berlandaskan prinsip F.I.T.T.

a)

Frequency (kekerapan)

b)

Intensity (intensiti)

c)

Time (masa)

d)

Type (jenis)

4.

Apakah yang mempengaruhi keupayaan individu untuk melakukan aktiviti secara berterusan dalam jangka masa lama?

a)

Kekuatan otot dan tahap ketangkasan

b)

Kepantasan dan masa tindak balas

c)

Tahap fleksibiliti yang cemerlang

d)

Tahap kapasiti aerobik yang tinggi

5.

Berikut merupakan prinsip FITT kecuali

a)

kekerapan melakukan latihan

b)

tinggi dan berat badan seseorang

c)

tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal

d)

masa yang diperuntukkan untuk melakukan aktiviti fizikal

6.

Bagaimanakah aktiviti regangan membantu dalam pergerakan harian?

a)

Meningkatkan julat pergerakan yang maksimum

b)

Menguatkan otot rangka dan jantung

c)

Meningkatkan jangka masa yang lama melakukan aktiviti

d)

Tiada peningkatan dalam berat badan

7.

berdasarkan rajah, apakah kegunaan dalam ujian kecergasan fizikal?

a)

Menguji tahap kelenturan badan

b)

Menguatkan kekuatan otot tangan

c)

Mengukur peratusan lemak badan

d)

Meningkatkan daya tahan otot kaki

8.

Mengapakan ujian SEGAK perlu dijalankan dua kali setahun?

a)

meningkatkan kemahiran murid

b)

mencungkil bakat murid

c)

memantau tahap kecergasan murid

d)

tindakan susulan pemeriksaan kesihatan

9.

Pergerakan kreatif merupakan gabungan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan _____________untuk menghasilkan satu pergerakan.

a)

minat

b)

wang

c)

daya

d)

kekuatan

10.

Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk membina ________.

a)

kelenturan

b)

ketangkasan

c)

daya tahan otot

d)

daya tahan kardiovaskular

11.

Kelenturan dapat dibina melalui

a)

Aktiviti memanaskan badan.

b)

Aktiviti menyejukkan badan.

c)

Aktiviti regangan.

d)

Aktiviti pemikiran.

12.

Antara berikut, denyutan nadi seminit manakah yang menunjukkan tahap kapasiti aerobik tidak cergas?

a)

bawah 50

b)

70-79

c)

80-89

d)

51-69

13.

Peratusan lemak badan boleh diukur menggunakan kaliper pada bahagian

I. Tricep

II. Abdominal

III. Hamstring

IV. Gastroknemius

a)

I, II, dan IV

b)

I, II, dan III

c)

III dan IV

d)

semua di atas

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju ?

a)

Jangka masa yang ditetapkan untuk melakukan sesi latihan

b)

latihan yang sama perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

c)

Penambahan beban beransur-ansur, menambah jarak sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang tidak diubah

d)

Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah beban latihan sedikit demi sedikit dari

aktiviti mudah kepada sukar.

15.

Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular ?

a)

Untuk menguatkan otot jantung

b)

Untuk membina ketahanan otot

c)

Untuk melancarkan sistem penghadaman

d)

Untuk meningkatkan daya tindak balas

16.

Manakah di antara berikut BUKAN komponen kecergasan fizikal yang berkaitan kesihatan

a)

daya tahan kardiovaskular

b)

kekuatan otot

c)

kelenturan

d)

kuasa

17.

Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan _______ .

a)

kuasa

b)

kekuatan otot

c)

daya tahan otot

d)

daya tahan kardiovaskular

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan orientasi seksual?

a)

Kesejahteraan diri dan mental

b)

sukar Membezakan lelaki yang bersifat sasa dan perempuan yang berciri lemah lembut

c)

kecenderungan dalam tarikan dan emosional kepada individu yang berlainan jantina, sesama jantina atau kedua-duanya

d)

Berkait rapat dengan aspek psikologi dan tingkah laku berkaitan seseorang individu

19.

Apakah gelaran untuk seseorang yang mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang sama?

a)

Biseksual

b)

Monoseksual

c)

Homoseksual

d)

Heteroseksu

20.

Pernyataan yang menunjukkan cara bagi remaja menangani masalah kecelaruan identiti KECUALI

a)

tidak suka berpoya-poya

b)

Melayari laman web pornografi

c)

Bergaul bersama rakan-rakan yang positif

d)

Menjauhkan diri dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak

21.

Antara berikut, yang manakah sesuai untuk melakukan TOTAPS?

a)

Lemas dalam sungai

b)

Terjatuh ketika sedang bermain bola sepak.

c)

Serangan sakit jantung

d)

Tercekik semasa makan

22.

Pernyataan manakah lebih tepat menerangkan maksud gangguan seksual?

a)

semua jenis perbuatan yang dilakukan oleh individu tidak dikenali kepada wanita

b)

tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan negatif kepada psikologi atau fizikal kepada individu yang terlibat

c)

perbuatan yang memberi kesan kecederaan kepada individu yang terbabit

d)

gangguan yang berunsur seks secara terang-terangan di kalayak ramai

23.

Apakah tindakan terakhir mengikut prinsip rawatan bantu mula T.O.T.A.P.S?

a)

sentuhan

b)

pasif

c)

aktif

d)

kemahiran

24.

Apakah kesalahan Teknik lakuan yang membatalkan peserta lumba jalan kaki pada rajah?

a)

Lutut bengkok

b)

Badan condong ke hadapan

c)

Jarak langkah terlalu pendek

d)

Kaki belakang keadaan lurus

25.

Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali ________________.

a)

Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar tidak mencecah tanah

b)

Ayun tangan selari dengan dada

c)

Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu

d)

Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus

26.

Nyatakan fasa-fasa yang telibat dalam gaya lompat jauh.

I. Fasa lari landas

II. Fasa melonjak

III. Fasa melayang

IV. Fasa mendarat

a)

I dan II

b)

I, II, dan III

c)

I, II, dan IV

d)

I, II, III, dan IV

27.

Berikut adalah gaya memegang lembing, KECUALI.

a)

Gaya Amerika

b)

Gaya Finnish

c)

Gaya Perancis

d)

Gaya Fork

28.

Papan penanda plastesin dalam acara lompat jauh berfungsi untuk?

a)

mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan yang batal

b)

menandakan tempat permulaan bagi memulakan larian

c)

memudahkan hakim untuk mengukur jarak lompatan atlet

d)

mengelakkan atlet daripada kecederaan otot bahagian kaki

29.

Acara lompat jauh, merejam lembing, lontar peluru dan lempar cakera adalaH merupakan ………….

a)

Acara berkumpulan

b)

Acara padang

c)

Acara gelanggan

d)

Acara balapan

30.

Apakah maksud simbol kesalahan dalam lumba jalan kaki yang terdapat di dalam rajah

a)

kesalahan jejak terapung (floating)

b)

kesalahan membengkok lutut

c)

pembatalan penyertaan

d)

kesalahan keluar garisan

31.

Berikut merupakan jarak yang biasa dipertandingkan dalam acara lumba jalan kaki kecuali ?

a)

5 kilometer

b)

10 kilometer

c)

20 kilometer

d)

100 kilometer

32.

Bola baling merupakan satu permainan secara berkumpulan. Berapakah bilangan pemain dalam sesebuah pasukan?

a)

Tujuh

b)

Enam

c)

Lima

d)

Lapan

33.

Apakah tujuan kemahiran mengacah dilakukan?

a)

Menghalang pihak lawan untuk menyerang dan menjaringkan gol

b)

Mengubah arah bagi mengelirukan pihak lawan untuk menjaringkan gol

c)

Menghantar bola kepada rakan sepasukan

d)

Menghantar bola pada jarak jauh

34.

Apakah maksud Bounce Try dalam permainan ragbi?

a)

Sisi badan dijatuhkan bersama bola dan touch down ke kawasan in-goal

b)

Melompat ke hadapan bersama bola dan touch down dalam kawasan in-goal

c)

Membawa bola ke kawasan score line dengan membengkokkan lutut dan merendahkan badan.

d)

Gunakan kedua-dua tangan bagi menyentuh bola ke kawasan in-goal

35.

Berikut merupakan kemahiran hantaran dalam permainan ragbi sentuh kecuali ?

a)

Hantaran ke arah sisi kanan

b)

Hantaran ke arah sisi kiri

c)

Hantaran ke arah depan

d)

Hantaran ke arah belakang

36.

berapakah langkah yang dibenarkan ketika memegang bola dalam permainan bola baling

a)

3 langkah

b)

4 langkah

c)

5 langkah

d)

6 langkah

37.

Jenis irama yg dimainkan dalam tarian inang ialah_______

a)

Irama melayu

b)

Irama masri

c)

Irama joget

d)

Irama syadu

38.

Bola baling merupakan permainan ketagori serangan, dan mempunyai teknik jaringan. Yang manakah teknik jaringan yang terdapat dalam bola baling KECUALI.

a)

Jaringan aras dada

b)

Jaringan lantun

c)

Jaringan junam

d)

Jaringan atas kepala

39.

Jenis hantaran yang terdapat dalam bola baling, kecuali.

a)

hantaran atas bahu

b)

hantaran sisi

c)

hantaran aras dada

d)

hantaran junam

40.

Yang manakah, saiz bola baling yang digunakan dalam permianan bola baling perempuan.

a)

saiz 2

b)

saiz 3

c)

saiz 4

d)

saiz 5