Font size
WorksheetsKuiz pdpr pjpk akhir tahun Tingkatan 3 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Diantara berikut merupakan cara melakukan pukulan pepat, kecuali?
Kilas badan dan ayunkan tangan ke belakang
pindahkan berat badan ke kaki belakang.
pandang bola dan bawa bet rabpat ke badan.
Tangan memegang bet berada di sisi badan
pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan
Permainan dalam kategori jaring biasanya dimainkan di gelanggang yang terbahagi kepada dua, dengan jaring direntang di tengah-tengah gelanggang tersebut.
Apakah tujuan utama permainan dalam kategori jaring ini?
untuk menhantar bola ke gelanggang pihak lawan bagi menyukarkan mereka mengembalikannya
untuk memasukkan bola ke dalam jaring
untuk mengahalang bola dari masuk ke kawasan pihak lawan
untuk memudahkan bola masuk ke gelanggang lawan
Dalam permainan tenis, sistem kiraan matanya agak unik. Kiraan mata dalam sesuatu set ialah "love", 15, 30, 40 dan game point.
Betul atau salah?
Betul
Salah
Senaraikan 3 cara melakukan kemahiran servis dalam permainan Tenis yang betul.
Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket
Raket dihayun ke belakang dan tangan yang tidak memegang raket mengimbangkan badan
Setelah bola dilambung, raket dihayun ke belakang
ikut lajak
Terdapat 2 kemahiran dalam permainan tenis, iaitu pukulan voli?
Voli atas
Voli smesy
Voli pepat
Voli kilas
Terdapat 3 faktor melakukan smesy dalam situasi permainan tenis. Apakah ia?
Bola cukup tinggi
Semasa bola melantun tinggi di hadapan jaring boleh lakukan smesy
Pukul dalam keadaan bersahaja dan tidak perlukan kekuatan
Pegang raket yang kemas
Gambar berikut menunjukkan kemahiran _________. Pemain yang melakukan aksi ini dipanggil sebagai _________.
voli, servis
lob, receiver
servis, server
smesy, severe
Kemahiran pukulan, voli dan lob mempunyai dua jenis. Pilih dua jenis kemahiran tersebut.
pepat
kilas
takel
set
Kemahiran servis, smesy dan pukulan pepat yang laju boleh dijadikan kombinasi dalam melakukan _____________.
hadangan
pukulan
serangan
jaringan
Strategi bertahan melalui pukulan kilas dilakukan apabila pemain bertahan cuba mengembalikan pukulan lawan yang menyerang di sebelah _______________.
kanan
kiri
depan
belakang
Berapakah jenis serangan dalam permainan tenis?
2
4
5
3
Berapakah jenis strategi bertahan dalam permainan tenis?
2
3
5
4
Pukulan ini boleh menjadi pukulan menyerang jika bola dihantar melepasi pemain lawan yang berada dihadapan jaring. Pukulan ini dipanggil ____________________.
pukulan pepat
pukulan smesy
pukulan kilas
pukulan lob
Strategi permainan beregu lebih kepada ____________________ dan banyak bermain di jaring.
menyerang
bertahan
menghadang
memukul
Kejohanan Terbuka Wimbledon biasanya dimainkan di gelanggang ____________________.
tanah liat
simen
rumput
pasir
Kejohanan Terbuka Australia biasanya dimainkan di gelanggang ____________________.
tanah liat
pasir
rumput
simen
Berikut merupakan kiraan mata dalam sesuatu set KECUALI
Love
30
40
10
Pilih jenis peralatan yang diperlukan untuk memulakan permainan tenis.
(Boleh memilih jawapan lebih daripada 1 pilihan dan tekan SUBMIT)
Bola
Bip
Jaring
Bet
Raket
Ginjal berfungsi sebagai penapis dalam sistem badan manusia. Manakala kardiovaskular adalah berkait dengan jantung
Betul
Salah
Air penting kepada badan manusia. Air mineral lebih baik daripada air suling?
Betul
Salah
Manusia memerlukan hanya 3 gelas air kosong sahaja setiap hari
Betul
Salah
Apakah Indek Jisim Tubuh (BMI) ?
Menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian
Ukuran tahap kalori keperluan harian
Kaedah memanaskan badan
Kaedah mengukur jantung yang sihat
Mengapa menurunkan berat badan penting untuk kesihatan?
Agar kelihatan cantik
Mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda
Mengelakkan jantung bekerja keras
Agar suami atau isteri anda sentiasa sayangkan anda
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (Keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Apakah tanda-tanda gastrik?
Rasa mual dan kerap buang air besar
Rasa senak, berangin atau pedih serta kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
Muntah-muntah
Rasa sakit pada bahagian belakang badan
Yang manakah BENAR mengenai tanda-tanda stress
Reaksi perasaan
Sukar membuat keputusan
Perubahan perlakuan
Lulus dalam peperiksaan
Kemahiran ___________ yang pantas berguna untuk hantaran, clearance, atau untuk membuat jaringan
Menggelecek
Menolak
Menguis
Memukul
Berat bola hoki yang diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa adalah antara 153 gram hingga 163 gram
Betul
Salah
Dalam permainan hoki, hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan untuk mengawal pintu gol selagi ia berada dalam kawasan D
Betul
Salah
Aktiviti kesenggangan merupakan satu tempoh masa yang terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak yang aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak
Betul
Salah
Sebuah keluarga dikatakan bahagia apabila ahli-ahlinya
Saling hormat- menghormati
Menghargai ahli keluarga
Sukar mencapai kata sepakat
Penyejukan badan dan regangan tidak perlu dilakukan selepas tamat aktiviti fizikal.
Betul
Salah
______bahagian yang cedera. Bawa murid ke tempat yang redup, selamat dan selesa supaya dia dalam keadaan tenang.
Baring
Rehat
Tidur
Meniarap
________ iaitu perlu meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera. Ais yang digunakan perlu dimasukkan ke dalam beg plastik atau tuala basah, atau pek sejuk dibalut dengan tuala basah.
TOTAPS
RICE
DRABC
ICE
Apakah fungsi jantung?
Mengepam darah melalui sistem otot badan
Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan
Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?
Kepantasan
Kelenturan
Kekuatan otot
Daya tahan kardiovaskular
Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji
kelenturan
imbangan
daya tahan otot
daya tahan kardiovaskular
Apakah fungsi "home plate" dalam permainan sofbol?
Tapak memulakan "run"
Tapak mendapatkan 'strike
Tapak melakukan pitching"
Tapak memperolehi "run"
Penubuhan sesebuah persatuan sukan di peringkat sekolah mesti mendapat kebenaran dan berdaftar dengan
pengetua
guru penasihat
Jabatan Pendidikan Daerah
Jabatan Pendidikan Negeri
Selain daripada peningkatan penyakit yang serius, obesiti juga menyebabkan
menghasilkan banyak tenaga
meningkatkan kecergasan fizikal
menghalang peningkatan kecederaan
menghadkan keupayaan dalam aktiviti fizikal
Berikut yang manakah BUKAN cara-cara mengurangkan berat badan?
Mengamalkan cara hidup aktif
Menetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan
Menentukan pengambilan karbohidrat dan lemak yang tinggi
Mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama 20-30 minit
