Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 3 tingkatan 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam pada tahun 1904. Apakah tujuan pengenalan undang-undang tersebut?
a)

Memperkukuh perundangan Islam

b)
Membendung pengaruh idea gerakan Islam
c)

Membenarkan penubuhan sekolah agama

d)

Menggalakkan penyebaran agama Islam

2.
Bagaimanakah British mengawal gerakan Islah Islamiah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?
a)
Menghadkan jumlah pelajar ke luar negara
b)
Melaksanakan perintah berkurung
c)
Melarang penubuhan persatuan
d)
Menubuhkan badan penyiasat
3.
Maklumat berikut berkaitan situasi politik di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Mengapakah British berwaspada dengan situasi tersebut?
a)
Penggunaan senjata canggih
b)
Penyatuan dunia Islam dan Barat
c)
Seruan bangkit menentang penjajah
d)
Kehadiran tokoh empayar Uthmaniyah
4.
Mengapakah kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu tidak meluas sebelum Perang Dunia Kedua?
a)
Kewujudan undang-undang
b)
Kemelesetan ekonomi dunia
c)
Ketiadaan pemimpin tempatan
d)
Kelemahan sistem pengangkutan
5.
“Cerita Tekukur” yang disiarkan dalam akhbar Melayu pada tahun 1920 berunsurkan politik kemerdekaan. Dalam cerita tersebut, “tekukur” menangisi nasibnya kerana
a)
hilang kebebasan
b)
kurang bermotivasi
c)
tidak mempunyai kawan
d)
cemburukan kehidupan manusia
6.
Perang Dunia Pertama telah tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor pemangkin meletusnya perang tersebut?
a)
Penggunaan senjata moden
b)
Penaklukan Jerman ke atas Rhineland
c)
Penaklukan kawasan kaya bahan mentah
d)
Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary
7.
Persidangan Damai Paris pada 18 Januari 1919 telah melahirkan Deklarasi Woodrow Wilson. Apakah prinsip yang dipersetujui berdasarkan deklarasi tersebut? I Penentuan nasib negara ditentukan rakyat sendiri II Sempadan negara berasaskan bangsa III Larangan penggunaan senjata nuklear IV Agihan kuasa antara negara
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap Eropah?
a)
Pakatan tentera dibentuk
b)
Pemerintahan beraja tamat
c)
Kerjasama ekonomi dipersetujui
d)
Keperluan bahan mentah meningkat
9.
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap Empayar Uthmaniyah?
a)
Pengukuhan kerjasama rakyat
b)
Pembentukan kerajaan republik
c)
Kewujudan pakatan tentera
d)
Kemunculan blok dunia
10.
Maklumat berikut berkaitan ideologi baharu yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Pilih pasangan yang betul.
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
11.

Mengapakah pemimpin berikut mengingkari Perjanjian Versailles?

I Kehilangan tanah jajahan

II pelaksanaan gencatan senjata

III Persaingan mendapatkan kawasan pasaran

IV Keperluan membayar pampasan perang yang tinggi

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
12.
Bagaimanakah Hitler mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
a)
Membina angkatan tentera
b)
Melaksanakan pilihan raya
c)
Memulihkan sistem monarki
d)
Membangunkan industri baru
13.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?

I Mengawal inflasi

II Mengadakan perjanjian damai

III Menangani krisis pencerobohan

IV Menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
14.
Pilih maklumat yang betul berkaitan faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.
a)
Itali - Menguasai Habsyah
b)
Jepun - Menakluk Korea
c)
Jerman - Menakluk Manchuria
d)
Perancis - Menguasai Albania
15.
Jerman melancarkan serangan berikut bagi menakluk negara Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan tersebut?
a)
Serangan bom nuklear
b)
Serangan hendap
c)
Serangan udara
d)
Serangan kilat
16.
Maklumat berikut berkaitan Operasi X semasa Perang Dunia Kedua. Operasi X Apakah tujuan operasi tersebut dilancarkan?
a)
Menakluk Rusia
b)
Menawan Poland
c)
Menguasai Jerman
d)
Memusnahkan pelabuhan Britain
17.
Gambar berikut menunjukkan pertemuan tiga tokoh pemimpin Kuasa Bersekutu di Yalta, Rusia ketika Perang Dunia Kedua. Apakah perkara yang mungkin dibincangkan dalam pertemuan tersebut?
a)
Rundingan damai
b)
Pemulihan ekonomi dunia
c)
Lawatan ke kawasan peperangan
d)
Keberkesanan strategi peperangan
18.
Apakah strategi tentera Bersekutu yang berjaya membebaskan Perancis daripada penaklukan Jerman dalam Perang Dunia Kedua?
a)
Kejayaan operasi “D-Day”
b)
Pendaratan tentera di Calais
c)
Pelancaran operasi Barbarossa
d)
Penggunaan poster propaganda
19.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengenalan dasar luar Jepun pada abad ke-20. Apakah perkara yang terkandung dalam orde tersebut?

I Perluasan kuasa ekonomi

II Penghasilan senjata moden

III Penghapusan amalan birokrasi

IV Penentangan terhadap imperialisme baru

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
20.
Maklumat berikut berkaitan usaha Jepun meluaskan kuasanya di Asia semasa Perang Dunia Kedua. Apakah reaksi kuasa barat terhadap situasi tersebut?
a)
Mengadakan perjanjian
b)
Menggugurkan bom atom
c)
Mengenakan sekatan ekonomi
d)
Melancarkan serangan bersenjata
21.
Jadual berikut berkaitan dengan serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Mengapakah Jepun melakukan serangan tersebut?
a)
Menguasai ekonomi barat
b)
Mewujudkan keamanan dunia
c)
Melumpuhkan armada laut musuh
d)
Memperlihatkan kecanggihan teknologi
22.
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Mengapakah perang tersebut berlaku?
a)
Dasar imperialisme Jepun
b)
Dasar dekolonisasi negara timur
c)
Dasar kapitalisme Amerika Syarikat
d)
Dasar neokolonialisasi negara barat
23.

Slogan berikut berkaitan dengan usaha Jepun menjayakan misi mereka ke Tanah Melayu Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut?

a)

Mewujudkan propaganda

b)
Menambah jumlah tentera
c)
Meningkatkan ekonomi penduduk
d)

Menaikkan imej negara

24.
Misi utama kedatangan Jepun ke negara kita ialah memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan ketenteraan. Apakah tindakan Jepun untuk mencapai misi tersebut?
a)
Memalsukan dokumen
b)
Melakukan tipu muslihat
c)
Melaksanakan provokasi
d)
Menggunakan propaganda
25.
Mengapakah penguasaan Pulau Borneo penting bagi Jepun dalam pelan strategik ketenteraannya?
a)
Membuka laluan menguasai telaga minyak Sumatera
b)
Menjayakan operasi penaklukan di Pulau Jawa
c)
Memudahkan kemaraan ke Tanah Melayu
d)
Menyekat kemaraan tentera Bersekutu
26.
Rajah berikut berkaitan perubahan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
a)
Permintaan penduduk kedua negara
b)
Penghapusan pentadbiran Sumatera
c)
Penentangan dari negara Belanda
d)
Perbezaan sistem politik
27.
Mengapakah rakyat Tanah Melayu tidak mahu ditangkap oleh pasukan Kempetai Jepun?
a)
Diseksa dengan kejam
b)
Dihantar ke negara Jepun
c)
Dikenakan perintah berkurung
d)
Dibuang kerakyatan Tanah Melayu
28.

Mengapakah pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo di Tanah Melayu?

a)
Menjadi pasukan tentera sukarela
b)
Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu
c)
Memperjuangkan semangat politik Jepun
d)
Membantu masyarakat dalam bidang ekonomi
29.

Maklumat berikut berkaitan jawatankuasa yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

I Menggabungkan pentadbiran wilayah

II Membangunkan industri tempatan

III Mengawal selia pelupusan barang

IV Menyediakan pusat latihan belia

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
30.
Mata wang berikut telah digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita. Apakah kesan pengenalan mata wang tersebut?
a)
Menyebabkan inflasi
b)
Mengukuhkan ekonomi
c)
Meningkatkan pendapatan
d)
Meningkatkan penawaran barangan
31.
Gambar berikut adalah novel karya Ahmad Murad Nasaruddin pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Apakah mesej yang disampaikan melalui karya tersebut?
a)
Peluang dalam pentadbiran
b)
Ketabahan seorang pemuda
c)
Pendidikan golongan wanita
d)
Perpaduan antara kaum
32.
Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita Apakah sumbangan tokoh tersebut?
a)
Mempertahankan Tanah Melayu
b)
Mencipta senjata baharu
c)
Menubuhkan Force 136
d)
Mengusir komunis
33.
Operasi Zipper telah dilancarkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1945. Apakah yang dimaksudkan dengan operasi tersebut?
a)
Menyebarkan propaganda anti-Jepun
b)
Membantu pertahanan pesisiran pantai
c)
Melaksanakan tindakan mensabotaj musuh
d)
Melancarkan serangan besar-besaran
34.
Operasi berikut dilakukan oleh Unit Khas Z Australia semasa tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak. Apakah tujuan pelaksanaan operasi tersebut?
a)
Menyebarkan risalah
b)
Menyediakan ubat-ubatan
c)
Membantu mangsa perang
d)
Melatih serangan perang gerila
35.
Mengapakah pentadbiran Jepun membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1942?
a)
Pemimpin KMM menuntut kemerdekaan
b)
Jepun mengalami masalah kewangan
c)
KMM bekerjasama dengan British
d)
Arahan kepimpinan pusat Jepun
36.
Apakah peranan Giyu Tai dalam gerakan nasionalisme zaman pendudukan Jepun?
a)
Menguruskan ekonomi Jepun
b)
Menjaga ketenteraman awam
c)
Membantu pentadbiran negeri
d)
Melancarkan gerakan gerila
37.
Maklumat berikut berkaitan pentadbiran Jepun di Sarawak. Mengapakah Jepun melaksanakan tindakan tersebut?
a)
Kesedaran politik
b)
Permintaan rakyat
c)
Kekurangan pegawai
d)
Perubahan kepimpinan
38.

Kelewatan pendaratan semula tentera British selepas Jepun menyerah kalah telah meninggalkan kesan terhadap Tanah Melayu. Apakah kesan tersebut?

I Kekosongan politik

II Kemunculan persatuan negeri

III Pemerkasaan kuasa Raja-raja Melayu

IV Penguasaan Bintang Tiga

a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
39.
Dato’ Onn Jaafar berusaha memulihkan keamanan dan kekacauan ekoran pergaduhan kaum di Batu Pahat selepas Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan yang dilaksanakan oleh beliau?
a)
Melaksanakan darurat
b)
Mengatur perundingan
c)
Menangkap pemimpin terlibat
d)
Menghantar orang perantaraan
40.
Apakah kesan pendudukan Jepun ke atas negara kita?
a)
Keretakan hubungan antara kaum
b)
Pemulihan kuasa pemimpin tempatan
c)
Kemusnahan pusat pentadbiran
d)
Perkembangan ekonomi negara