Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN 2 PENYEJUKKAN DAN PEMBEKUAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah maksud pemprosesan sejuk dingin?

a)

Menyimpan makanan pada suhu sekitar 0–4°C

b)

Menyimpan makanan pada suhu beku -18°C

c)

Memanaskan makanan pada suhu sederhana

d)

Menyejukkan makanan menggunakan nitrogen cecair

2.

Tujuan utama kaedah sejuk beku ialah:

a)

Melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

b)

Menghentikan hampir sepenuhnya aktiviti mikroorganisma

c)

Menambahkan rasa manis pada makanan

d)

Mengurangkan kandungan protein dalam makanan

3.

Apakah perbezaan utama antara sejuk dingin dan sejuk beku?

a)

Sejuk dingin mengekalkan makanan pada suhu bilik, sejuk beku pada suhu rendah

b)

Sejuk dingin hanya sesuai untuk minuman, sejuk beku untuk makanan berprotein

c)

Sejuk dingin melambatkan pertumbuhan mikrob, sejuk beku menghentikan aktivitinya

d)

Sejuk dingin menggunakan nitrogen, sejuk beku menggunakan udara

4.

Kelemahan utama kaedah sejuk dingin ialah:

a)

Kos operasi tinggi

b)

Jangka hayat makanan lebih singkat berbanding sejuk beku

c)

Tekstur makanan banyak berubah

d)

Tidak sesuai untuk buah-buahan segar

5.

Apakah kelemahan utama pembekuan lambat berbanding pembekuan pantas?

a)

Menghasilkan hablur ais besar yang merosakkan tekstur makanan

b)

Meningkatkan kualiti rasa makanan

c)

Mengurangkan kos tenaga

d)

Lebih mengekalkan vitamin

6.

Apakah kelebihan pembekuan pantas (rapid freezing)?

a)

Menghasilkan hablur ais kecil, mengekalkan tekstur makanan

b)

Menjadikan makanan lebih manis

c)

Lebih menjimatkan tenaga

d)

Tidak memerlukan peralatan khas

7.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai digunakan industri untuk pembekuan pantas?

a)

Chest freezer

b)

Blast freezer

c)

Cold room

d)

Peti sejuk rumah

8.

Apakah ciri deria utama yang perlu dinilai dalam produk sejuk beku?

a)

Warna, tekstur, dan rasa selepas dinyahbeku

b)

Saiz dan bentuk makanan mentah sahaja

c)

Bau ketika disimpan

d)

Suhu penyimpanan sahaja

9.

Contoh produk yang sesuai dengan kaedah sejuk dingin ialah:

a)

Daging ayam beku

b)

Buah-buahan segar dalam peti sejuk

c)

Ikan kering

d)

Susu pekat manis

10.

Mengapakah kaedah pemprosesan sejuk penting dalam industri makanan moden?

a)

Untuk menambah bahan kimia dalam makanan

b)

Untuk menjadikan makanan lebih berasid

c)

Untuk menurunkan kos pembungkusan

d)

Untuk mengekalkan kesegaran, tekstur, dan nilai nutrisi makanan