WorksheetsSEJARAH B2T4 SPM
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Pompei merupakan antara bandar Tamadun Rom. Mengapakah bandar tersebut pernah digelar bandar contoh?
Pengukuhan pertahanan
Permuafakatan penduduk
Pembentukan kerajaan berpusat
Penyediaan pelbagai kemudahan
Apakah kesan kedatangan orang Aryan terhadap masyarakat Tamadun India?
Permulaan hidup beragama
Penyatuan kerajaan kecil
Penggubalan undang-undang
Peningkatan perdagangan antarabangsa
Maharaja Shih Huang Ti mengasaskan Dinasti Chin. Apakah sumbangan maharaja tersebut?
Mengembangkan agama
Menyatukan wilayah
Membukukan undang-undang
Melindungi kebebasan rakyat
#Athens
#Corinth
#Sparta
Apakah ciri negara kota tersebut?
Merupakan bandar terancang
Mementingkan keamanan hidup
Memiliki corak pemerintahan tersendiri
Mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang
Mengapakah rakyat di Athens tidak berpuas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi?
Memiliki kuasa besar
Membentuk empayar besar
Mengutamakan golongan raja
Menggalakkan kemasukan orang asing
Andaikan anda seorang ahli Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi negara kota Athens. Apakah tugas anda?
Mencadang dasar kerajaan
Merangka aktiviti keagamaan
Mengendalikan pilihan raya
Mengetuai pentadbiran kerajaan
Negara kota Sparta mengamalkan sistem pemerintahan tentera. Apakah kesan sistem pemerintahan tersebut?
Mendamaikan perang saudara
Mengelakkan rampasan kuasa
Melahirkan semangat patriotik
Memperluas wilayah pengaruh
Di Rom, pada tahun 509 SM masyarakat Latin di bawah pimpinan golongan patrician telah bangun memberontak.
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Rom?
Pemulihan kuasa raja
Pembentukan republik
Pengukuhan kuasa konsul
Pemusatan kuasa pentadbiran
Apakah DUA peranan ahli Dewan Senat dalam pemerintahan republik di Rom?
Merangka perundangan
Membincangkan hal pentadbiran
Memperkukuh kuasa pemerintah
Mengendalikan urusan pilihan raya
Apakah DUA perubahan yang berlaku pada sistem republik Rom semasa pemerintahan Julius Caesar?
Pemerintahan diktator
Penggunaan gelaran raja
Penamatan sistem monarki
Penguasaan angkatan tentera
Apakah DUA cara yang digunakan oleh Asoka dalam menjalankan peluasan kuasa selepas peristiwa Perang Kalinga?
Menerusi ketenteraan
Menekankan kedamaian
Menerusi penyebaran agama Buddha
Membentuk sistem aristokrasi
Apakah DUA kesan perluasan kuasa terhadap Tamadun China?
Pembentukan empayar
Pembentukan sistem feudal
Penamatan sistem demokrasi
Pembentukan birokrasi awam
Pada Zaman Dinasti Chin, Maharaja Shih Huang Ti telah membentuk sistem pemerintahan birokrasi. Bagaimanakah pegawai-pegawai awam dipilih?
Cadangan kerabat diraja
Persetujuan golongan pembesar
Berasaskan pencapaian peperiksaan
Berkemahiran dalam strategi peperangan
Pemerintahan Augustus Caesar mencapai kegemilangan yang digelar sebagai Pax Romana dalam Tamadun Rom. Apakah kejayaan beliau yang membawa kepada kegemilangan tersebut?
Mewujudkan keamanan
Menghapuskan kuasa diktator
Mematahkan rampasan kuasa
Menekankan aktiviti keagamaan
Intipati Undang-Undang Rom masih kekal sehingga hari ini. Apakah DUA intipati tersebut?
Bukti yang mencukupi
Seseorang tetap bersalah
Hukuman yang sama bagi semua kes
Manusia sama di sisi undang-undang
Hukum Kanun 12 dalam Tamadun Rom dipahat dan diletakkan di tempat awam. Mengapakah pemerintah Rom berbuat demikian?
Melambangkan keagungan kerajaan
Mendapatkan pandangan penduduk
Memudahkan rakyat membaca peraturan
Menunjukkan kehebatan seni bina agung
Mengapakah rakyat dikehendaki memahami kandungan yang terdapat pada Tiang Asoka?
Menghargai pengorbanan tentera
Mematuhi titah perintah raja
Mencatat salasilah kerabat diraja
Memahat tanggungjawab membayar cukai
Han Fei Tzu merupakan pengasas falsafah legalisme dalam Tamadun China. Bagaimanakah falsafah tersebut dilaksanakan?
Rakyat berpendidikan tinggi
Raja memiliki kuasa utuh mengawal undang-undang
Pentadbir mendalami ajaran agama
Tentera bijak merancang strategi ketenteraan
Mengapakah negara kota Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan?
Dasar pemerintah
Keadaan geografi
Kemahiran penduduk
Kemasukan modal luar
Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah meningkat pada Zaman Gupta. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada Tamadun India?
Membekalkan buruh
Mendalami ilmu agama
Meningkatkan hasil sastera
Membekalkan rempah ratus
Apakah DUA matlamat penubuhan persatuan perdagangan atau sresthin dalam Tamadun India?
Mengawal gaji pekerja
Mengawal kualiti barangan
Menetapkan had masa bekerja
Meningkatkan produktiviti pekerja
Apakah DUA kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian pada zaman Dinasti Tang di China?
Pembinaan baray
Penciptaan kolar kuda
Pengenalan tanaman bergilir
Pembentukan Jabatan Pertanian
Mengapakah bidang sukan dan muzik diberi penekanan di Athens?
Melatih panglima tentera
Membentuk insan berani
Melahirkan manusia yang seimbang
Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi
Apakah DUA perkara yang perlu dipelajari oleh bakal Brahmin dalam sistem pendidikan di India?
Menghafal mentera
Menterjemah buku suci
Mengenali bahasa Sanskrit
Mempelajari karya saintifik
Mengapakah masyarakat tamadun China menyanjung tinggi pelaksanaan Sistem Peperiksaan Awam?
Memupuk semangat nasionalisme
Menambah pendapatan keluarga
Mengubah status sosial seseorang
Melahirkan warganegara yang patriotik
Mengapakah pendidikan di Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata?
Mewujudkan kesejahteraan hidup
Melahirkan manusia yang seimbang
Melahirkan manusia yang cemerlang
Menghasilkan warganegara yang setia
Falsafah Rom berasaskan falsafah stoik atau stoisisme. Apakah DUA perkara yang ditekankan dalam falsafah stoisisme?
Keadilan
Keberanian
Kesungguhan
Kesempurnaan
Plato, Socrates dan Aristotle merupakan ahli falsafah yang terkenal di Yunani. Apakah DUA isu yang menjadi perbincangan dalam falsafah mereka?
Demokrasi
Legalisme
Ketuhanan
Individualisme
Hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat. Pernyataan tersebut berkaitan dengan .....................
Taoisme
Stoisisme
Legalisme
Confucianisme
Gambar berikut menunjukkan aqueduct dalam tamadun Rom. Apakah fungsi binaan tersebut?
Menyalurkan air bersih
Menjadi jambatan perhubungan
Menjalankan kerja awam
Mengairi kawasan pertanian
Pantheon dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Hadrian. Apakah fungsi Pantheon?
Menjalankan kerja awam
Menyimpan khazanah negara
Menguruskan pentadbiran negara
Menjalankan kegiatan perdagangan
Apakah yang menjadi tema utama hasil karya penulis dan penyajak Rom seperti Cicero dan Virgil?
Keindahan alam
Nilai-nilai murni
Kebahagiaan hidup
Semangat cinta akan negara
Apakah persamaan antara sistem republik Rom dengan sistem republik moden?
Mengutamakan sistem ketenteraan
Rakyat terlibat dalam pemilihan ketua negara
Pelantikan dua orang konsul sebagai ketua negara
Hanya warganegara lelaki dewasa terlibat dalam politik
Teknologi manakah diwariskan dari Tamadun China?
Pembuatan kertas
Pembuatan perabut
Pengeluaran manik dan kristal
Pembakaran batu batu dengan suhu yang tinggi
#Teori Archimedes
# Teori Pythagoras
Teori di atas disumbangkan oleh tamadun
Rom
India
China
Yunani
Apakah DUA teras dalam agama Islam?
Qadar
Qadha
Akidah
Syariah
Apakah peristiwa penting yang menjadi titik tolak kepada perkembangan agama Islam di Tanah Arab dan ke seluruh dunia?
Hijrah
Perjanjian Hudaibiyah
Turunnya wahyu pertama
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sumbangan Lao Tze dan Confucius kepada peningkatan tamadun China?
Pengasas ajaran
Penulis karya sastera
Perancang bandar moden
Penggubal undang-undang
Bagaimanakah ketinggian moral yang ditekankan dalam ajaran Confucianisme boleh dicapai?
Menerusi pendidikan
Mengembara ke luar negara
Menjawat awatan kerajaan
Meningkatkan status sosial
Mengapakah penganut Hindu berusaha mencapai moksya?
Bersatu dengan Tuhan
Berharmoni dengan alam
Dilantik sebagai Brahmin
Dilahirkan semula ke dunia
