Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN 1 INOVASI DALAM PRODUK

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi inovasi makanan?

a)

Proses menghasilkan semula produk sedia ada tanpa perubaha

b)

Penerapan idea baharu untuk mencipta atau menambah baik produk makanan

c)

Proses mengimport produk makanan dari luar negara

d)

Meniru produk pesaing secara langsung

2.

Tujuan utama pembangunan produk makanan inovatif ialah…

a)

Mengurangkan pilihan pengguna di pasaran

b)

Meningkatkan keuntungan semata-mata

c)

Memenuhi keperluan dan pilihan pengguna yang sentiasa berubah

d)

Menggantikan semua produk tradisional

3.

Evolusi inovasi makanan dipengaruhi oleh…

a)

Perkembangan teknologi & perubahan gaya hidup pengguna

b)

Harga minyak mentah di pasaran dunia

c)

Cuaca & iklim semata-mata

d)

Perubahan dasar politik antarabangsa

4.

Antara berikut, yang manakah contoh inovasi penambahbaikan produk?

a)

Minuman baharu campuran buah naga & halia

b)

Biskut coklat yang ditambah serat dan dikurangkan gula

c)

Sos tempatan berasaskan resipi tradisi baharu

d)

Minuman tenaga menggunakan sumber semula jadi sepenuhnya

5.

Apakah peraturan utama dalam sesi sumbang saran (brainstorming)?

a)

Kritikan dibenarkan untuk tapis idea awal

b)

Semua ahli mesti menghasilkan satu idea sahaja

c)

Tiada kritikan semasa idea dikemukakan

d)

Idea mesti disemak kos sebelum diterima

6.

Antara berikut, yang manakah faktor penting dalam saringan produk?

a)

Warna bungkusan sahaja

b)

Kos, kebolehlaksanaan teknikal, permintaan pasaran

c)

Nama produk yang menarik

d)

Sokongan daripada rakan kumpulan

7.

Dalam analisis SWOT, “Opportunities” merujuk kepada…

a)

Faktor dalaman yang menguatkan produk

b)

Faktor luaran yang boleh dimanfaatkan untuk kejayaan produk

c)

Ancaman daripada pesaing

d)

Kekurangan dalam formulasi produk

8.

Jika objektif projek ialah “Menghasilkan minuman sihat berasaskan herba tempatan”, maka kekangan yang mungkin dihadapi ialah…

a)

Permintaan pasaran tinggi

b)

Bahan mentah herba sukar diperoleh sepanjang tahun

c)

Minuman tersebut menambah variasi baharu

d)

Produk menepati trend kesihatan global

9.

Dalam kertas cadangan produk inovasi, bahagian Impak perlu menghuraikan…

a)

Kos bahan mentah semata-mata

b)

Kesan produk terhadap ekonomi, sosial, dan alam sekitar

c)

Warna & bentuk logo produk

d)

Nama ahli kumpulan projek

10.

Antara berikut, yang manakah termasuk dalam jenis dan konsep produk?

a)

Produk baharu sepenuhnya, produk penambahbaikan, produk gabungan

b)

Produk dalam negeri sahaja

c)

Produk import sahaja

d)

Produk tiruan pesaing